Arisha melangkah menuruni tangga ke dapur yang sudah gelap. Jarinya meraba suis lampu di tepi pintu masuk ke dapur dan ditekannya suis lampu. "Shit!" Arisha menoleh ke tepi dan matanya dipejamkan erat saat melihat kelibat seseorang yang duduk di dapur itu.
"Ni kakak lah."
Suara Ayyara itu membuatkan Arisha kembali membuka matanya. Nafasnya dihelakan sebelum melangkah ke arah meja di mana Ayyara sedang duduk sambil minum. "Akak buat apa duduk dalam gelap macam ni?" soal Arisha sambil melangkah ke arah peti sejuk. Sebotol air kosong diambil sebelum dia melangkah untuk mengambil gelas.
"Saja."
"Kenapa tak tidur lagi? Tak penat ke?" Arisha bertanya biasa sambil menuangkan air kosong ke dalam gelas di tangannya.
Ayyara diam. Nafasnya dihelakan. Sudah hampir tiga puluh minit dia duduk di dalam dapur ini, sejak Rayyan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Ayyara terus mengambil kesempatan itu untuk keluar dari bilik.
Arisha mengetuk permukaan meja, menyentakkan Ayyara. Arisha mengerutkan keningnya. "Are you okay?" soal Arisha.
Ayyara menganggukkan kepalanya. "Yes, okay."
Arisha mengecilkan matanya memandang wajah Ayyara, seolah-olah ingin membaca apa yang ada di dalam fikiran kakaknya itu. "Fine. Ari naik dulu. Good night," Arisha malas hendak bertanya lebih.
"Good night."
Arisha kembali melangkah ke pintu dapur. Namun, tika itu juga Rayyan tiba-tiba muncul ingin masuk. "Oh my God!" Arisha mengetap bibir. Tangannya naik mengusap dadanya. Dah kenapa pengantin baru dua ekor ni kerja bagi aku terkejut je malam ni? Dia memandang Rayyan yang tersengih. "Lain kali bagi salam, boleh?" sarkastik Arisha.
Rayyan menarik sengih sambil menggaru belakang lehernya. "Sorry."
Arisha menghelakan nafasnya. "Tepi sikit. Ari nak lalu," pinta Arisha datar yang membuatkan nadanya kedengaran mengarah.
Rayyan sekadar menurut. Dihantarnya langkah adik iparnya itu dengan pandangan sebelum dia melangkah masuk ke dalam dapur. Matanya terus tertumpu pada Ayyara yang duduk di meja. Senyuman terus melebar di bibirnya. "You dekat sini rupanya."
Ayyara terus laju memandang Rayyan. Terkebil-kebil matanya bila melihat jejaka itu berada di dalam dapur. "You buat apa dekat sini?" soalnya.
Terjongket kening Rayyan saat mendengar soalan pelik daripada Ayyara itu. "I cari you. Tadi before I mandi, you elok je duduk atas katil. Lepas I mandi, you hilang pula."
Gelas di tangannya ditunjukkan kepada Rayyan, memberi alasan. "I haus, so I turun kejap."
"I see. Kejap you tu daripada I start mandi sampai I habis mandi sampai I duduk atas katil main phone for 15 minutes?" Rayyan melipatkan lengannya di dadanya.
Ayyara menelan liur, membasahkan tekaknya. Dia segera bangun dari kerusi dan melangkah ke arah sinki dengan gelas di tangannya. "I baru nak naiklah ni," dalih Ayyara sambil mencuci gelas minumannya tadi. Setelah itu, dia memusingkan badannya untuk memandang Rayyan.
Rayyan senyum kecil saat melihat riak risau di wajah gadis itu. Tangannya dihulurkan kepada Ayyara. "Let's go. It's almost 12. Esok kita ada satu majlis lagi kan?"
Ayyara memandang huluran suaminya itu seketika sebelum dia menyambut dan serta-merta Rayyan mengenggam erat tangannya. Beriringan, mereka melangkah naik ke bilik mereka.
"So.." Rayyan memandang Ayyara sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik. Tangan Ayyara masih erat dipegangnya. "You okay kita tidur satu katil or you nak I tidur dekat sofa ke?"
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...