Ayyara memandang pantulan imejnya di full body mirror di sudut biliknya. Setelah memastikan suit yang dipakainya terletak kemas di badannya dan rambutnya kelihatan kemas, dia mencapai beg tangannya di atas meja solek. Telefon bimbitnya dibuka buat seketika untuk menyemak jika-jika ada Whatsapp penting sebelum dimasukkan ke dalam perut beg tangannya. iPad miliknya turut diambil dan dipeluknya ke dada sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
High heels berwarna hitam diambil dan disarungkan pada kakinya sebelum keycard yang dimasukkan di dalam power switch socket di dinding diambil. Pintu rumahnya dibuka dan dia melangkah keluar. Setelah memastikan pintu berkunci, dia melangkah ke arah lif. Butang di luar lif ditekan. Dia menunduk memandang high heels yang dipakainya saat bunyi pintu lif kedengaran.
Ayyara serta-merta mengangkat wajahnya, hanya untuk matanya bertembung dengan mata Rayyan yang sudah di dalam lif. Kakinya tiba-tiba kaku saat melihat jejaka itu.
Rayyan menjongketkan keningnya. "Tak nak masuk?" soalnya saat gadis itu masih tidak bergerak.
"Hah? Err.." Ayyara tersentak. Dia berdehem bagi menghilangkan gugupnya sebelum melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Dia sengaja berdiri di hadapan sekali, berhadapan dengan butang-butang lif. Bibirnya dikemam, seolah-olah menahan nafasnya daripada kedengaran.
Rayyan yang berdiri di belakang gadis itu juga sama diam. Buat pertama kalinya, tiada pertikaman lidah di antara mereka berdua. Hanya bunyi lif yang meluncur turun ke lobi apartment yang kedengaran.
Ting!
Ayyara menghelakan nafas lega saat pintu lif terbuka saat lif itu sudah tiba di lobi. Tanpa membuang masa, Ayyara terus melangkah keluar. Kakinya mengatur langkah dengan laju, seolah-olah ingin lari daripada jejaka di belakangnya itu.
"Ayyara!" Rayyan merentap tangan Ayyara, menghentikan langkah gadis itu.
Ayyara tidak sedar masa bila pula Rayyan dapat mengejarnya namun sekarang, dia terpaksa berhadapan dengan lelaki yang sengaja dihindarinya itu. Dia menarik kembali tangannya dari genggaman tangan Rayyan sebelum memandang Rayyan buat seketika dan matanya kemudian dialihkan ke arah lain. "What?" soalnya dingin.
Rayyan menghelakan nafasnya. "Why are you being like this?" soalnya mendatar. Matanya cuba mencari anak mata Ayyara yang sengaja mengelak daripada bertentangan mata dengannya.
"Like what?"
"Like this! You are being cold with me." Tangan Rayyan dihalakan kepada Ayyara saat menuturkan itu.
"I am always cold with you." Ayyara membalas biasa. Bibirnya diketap. "We are not friends. You cuma kawan pada abang I. Itu je. Nothing more, nothing less. So tak perlu nak act like we are friends or lebih daripada tu cause we are nothing."
Terjongket kening Rayyan saat mendengar itu. "After what I have told you?"
Ayyara mengenggam sisi blazer yang dipakainya. "That changes nothing, Rayyan. I lagi prefer kita anggap that night and that conversation between us tak terjadi." Ayyara menghelakan nafasnya. "I need to go now. Bye," Ayyara memandang sekilas pada Rayyan sebelum dia kembali menyambung langkahnya ke keretanya.
Rayyan mengenggam kuat tangannya. "Anggap that night tak terjadi? You must be kidding me, Ayyara." Matanya tajam menikam kereta Ayyara yang sudah keluar dari perkarangan The Newhaven.
~
Rayyan menekan papan kekunci komputer ribanya sambil matanya gelap pada skrin tersebut. Matanya memandang gambar Jay yang terpapar di skrin komputernya. You are touching Ayyara? Fine.
Tangan Rayyan lincah menekan papan kekunci dan sesekali kelihatan jarinya menggerakkan mouse di sebelah komputer ribanya itu. Beberapa minit kemudian, senyuman lebar terukir di bibirnya saat gambar Jay dan beberapa orang perempuan terpapar.
Tanpa membuang masa, kesemua gambar itu dimuat turun. Sempat dia mencapai air kosong di atas mejanya dan diteguk perlahan sebelum dia membuka aplikasi e-mel. E-mel milik isteri kepada Jay ditaip dan gambar-gambar tadi dihantar kepada e-mel tersebut, menggunakan anonymous e-mel yang dia pasti tiada sesiapa dapat menjejak pemilik e-mel tersebut.
"And, send!" Rayyan tersenyum lebar. Badannya bersandar di kerusi empuknya, cuba membayangkan situasi di rumah Jay selepas isterinya membuka e-mel tersebut.
"You cuma kawan pada abang I. Itu je. Nothing more, nothing less. So tak perlu nak act like we are friends or lebih daripada tu cause we are nothing."
Suara Ayyara pagi tadi terngiang kembali di telinganya. "We are nothing?" Rayyan mengetap bibirnya. Matanya kembali pada skrin komputer ribanya. Dia menutup komputer ribanya itu sebelum bangun dan mencapai telefon, kunci kereta dan dompetnya. Dia terus melangkah keluar daripada pejabatnya itu.
"Kau nak pergi.."
"Aku half-day hari ni," beritahunya pada Naufal saat terserempak dengan jejaka itu di luar. Tanpa sempat Naufal hendak bertanya soalan, Rayyan telah terus beredar keluar.
~
Ivan yang duduk di sudut bilik yang menjadi bilik khas untuk boxing memandang pada Rayyan yang sedang menumbuk punching bag di tengah-tengah sana. Kepalanya digelengkan. Boxing merupakan salah cara Rayyan melepaskan tekanannya selain daripada menggodam akaun atau device orang lain.
"Fuck!"
Ivan yang matanya sudah dialihkan pada skrin telefonnya kembali memandang pada Rayyan yang sudah terbaring penuh di lantai. Dia mencapai botol air yang tersusun elok di atas meja bersebelahan dengannya sebelum melangkah ke arah Rayyan. Botol air itu diletakkan di sisi Rayyan sebelum dia meneliti punching bag yang tergantung.
"I think we should change this," ujar Ivan biasa.
Rayyan mengangkat sedikit kepalanya memandang Ivan yang melarikan tangannya pada calar-calar di pemukaan punching bag tersebut. "You must be kidding me Ivan. Punching bag tu lagi penting daripada aku ke?"
Ivan menoleh padanya sebelum akhirnya duduk bersila di sebelah Rayyan. Matanya jatuh pada buku jari Rayyan yang kelihatan merah. "You're gonna be okay."
Rayyan mengetap bibir. "You are really sucks in comforting people."
"I know." Ivan mencapai botol air yang dibawanya tadi dan dibukanya penutup. "Nah, minum."
Rayyan menggulingkan biji matanya. Dia bangun dari pembaringannya dan mencapai botol air tersebut dan diteguk sehingga habis.
"Kenapa? Apa jadi?" soal Ivan biasa.
Rayyan memandangnya dan menggelengkan kepalanya. "It's not something that you can help with."
"So it's about your feelings."
Rayyan mengerutkan keningnya. "Mana kau tahu?"
Ivan menjungkitkan bahunya. "Aku boleh tolong kau apa-apa je, kecuali tentang perasaan kau." Dia bangun dari duduknya. "Sorry, but I really can't help you if that's the case. I can't understand you people who let those stupid feelings have a control on your body and mind," ujar Ivan dingin sebelum beredar meninggalkan Rayyan.
Rayyan sekadar membiarkan.
"I can't understand you people who let those stupid feelings have a control on your body and mind."
Rayyan mengetap bibir. Stupid feelings. Right. Why are you being like this Rayyan? This is so not you. Kenapa kau kejar seorang perempuan bila kau boleh dapat lebih banyak perempuan yang bahkan lagi cantik daripada dia?
This is not about beauty. Hatinya menjawab.
So you're telling me that you are falling in love?
Buat pertama kalinya, Rayyan tiada jawapan untuk soalan daripada dirinya sendiri itu. Bahkan hatinya juga diam, tidak mengetahui apa yang diinginkan. Rayyan memandang tangannya yang tiba-tiba dibaluti darah yang tidak kelihatan di mata orang lain. Do you even deserve her, Rayyan?
Rayyan mengetap bibirnya. "No."
~
"Stupid feelings." - Halah berlagaklah Ivan ni ✋
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...