7 : dinner

31.1K 1.1K 26
                                    

"Ayyara."

Ayyara yang termenung tersentak saat namanya dipanggil dengan tegas. Dia terus menoleh pada Megat Awatif yang duduk di hujung meja mesyuarat mereka. Ayyara berdehem sejenak, membasahkan tekaknya. "Sorry. What is it Pa?" soal Ayyara.

Megat Awatif bangun dari kerusi dan melangkah ke arah gadis itu. "This weekend one of our shareholders ada buat event and most of shareholders and board of directors datang event tu. So I want you to attend it."

Ayyara mengerutkan keningnya. "Bukan Papa ke yang selalu attend dinner, event.."

"Yes. But you are going to be Edspired's CEO. Pergi buat connection and get on their good side supaya diaorang tak mempersoalkan lagi kredibiliti you untuk jadi CEO Edspired."

Ayyara terdiam sejenak sebelum mengangguk. "Baik Pa."

"And don't make a mess. Be a good girl."

Ayyara mengangguk. "Sure."

"Good. I'll ask Rose to accompany you."

"Alright. Thank you Pa," ucap Ayyara ringkas. Dia hanya memandang langkah Megat Awatif yang keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Ayyara menghelakan nafasnya. Matanya mengerling pada telefonnya sebelum jarinya membuka telefonnya itu. Aplikasi Whatsapp dibuka dan ruang perbualan dengan nombor yang tidak dikenali itu ditekan. Masih tiada balasan daripada orang itu sejak semalam.

Ayyara meraup rambutnya ke belakang sebelum kepalanya dijatuhkan di atas meja, cuba menenangkan diri.

"Cik Yara."

Ayyara mengangkat wajahnya saat mendengar suara itu. Dia memandang Rose yang baru sampai dan berdiri di sebelahnya. "Rose.."

Rose senyum kecil. "Tadi Tuan Megat bagitau saya yang Cik Yara akan pergi event Datuk Mikael Sabtu ni."

"Ha, ye.." Ayyara menganggukkan kepalanya. "Duduklah," pelawanya sambil menunjukkan kerusi di hadapannya.

Rose senyum sebelum menarik kerusi di hadapan Ayyara dan kemudiannya melabuhkan punggung. "Cik Yara okay ke? Nampak macam tak sihat je?"

"I okay je. Maybe sebab tak cukup tidur kot," ujar Ayyara biasa. "So, apa yang I perlu tahu pasal event.. siapa tadi? Datuk what?"

"Datuk Mikael, Cik Yara."

"Yes, Datuk Mikael. So, apa yang I perlu tahu?" Ayyara memicit hujung dahinya.

"Right.." Rose membuka buku nota di tangannya dan satu-persatu details tentang majlis itu dibacanya dan dijelaskan kepada Ayyara. Manakala Ayyara hanya mendengar dengan tekun dan teliti.

~

Naufal mengetuk pintu bilik kerja Rayyan. Rayyan yang sedang ralit menatap skrin komputernya menoleh pada Naufal yang berdiri di hadapan pintu. "Yes, Tuan Naufal?" Rayyan menjongketkan keningnya.

Naufal sengih sebelum melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Rayyan.

Rayyan mengerutkan keningnya bila melihat sengihan kawannya itu. "What's wrong with you?" soalnya.

Naufal senyum sebelum meletakkan sampul surat yang berwarna merah jambu cair di atas meja dan ditolaknya kepada Rayyan. "Nah."

Rayyan memandang Naufal dengan pandangan penuh curiganya sebelum mencapai sampul surat tersebut. "Apa ni?"

"Bukalah."

Rayyan membuka sampul surat tersebut. Sekeping kad jemputan dikeluarkannya dan dibaca. "Event Datuk Mikael. Kau nak aku buat apa dengan ni?" soal Rayyan sambil kembali memandang Naufal.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now