19 : burn

28.1K 1.1K 56
                                    

Rayyan mengheret kerusi ke arah seorang lelaki yang diikat kaki dan tangannya pada dinding ruang tersebut. Kerusi itu diletakkan di hadapan lelaki tersebut. Punggungnya dilabuhkan di kerusi tersebut dan kakinya disilangkan. Penutup lighter di tangannya dibuka dan ditutup berulang kali, memecahkan kesunyian di dalam bilik itu. Matanya tajam memandang lelaki yang menatapnya dengan tajam.

"Khairul Hairee, Edspired's security guard." Rayyan menggelengkan kepalanya. "Good. I like how you still have the courage to stare at me with those eyes."

Khairul melagakan giginya.

"My men must be so nice with you considering you only have a few bruise on your body." Rayyan senyum biasa sambil membuka dan menutup penutup lighter.

"K..kau nak apa daripada aku?"

Rayyan menjungkitkan bahunya. "I don't know. You tell me. Kau nak apa daripada dia?" soal Rayyan biasa. Nadanya kedengaran tenang tetapi terselit kekejamannya.

"Siapa?"

"Siapa? You're asking me siapa?" Rayyan menjongketkan bahunya. "Unbelievable." Rayyan mengeluarkan beberapa keping gambar dari dalam poket jaket yang dipakainya dan dilemparkan ke lantai, di hadapan Khairul. Semua gambar yang diterima oleh Ayyara kecuali gambar Ayyara dari 4 tahun yang lalu kerana dia tidak mahu sesiapa melihat gambar itu lagi. Tiada sesiapa berhak melihat Ayyara dalam keadaan seperti itu.

Mata Khairul jatuh pada gambar-gambar yang berterabur di lantai. Serta-merta wajahnya pucat.

"Now tell me." Suara Rayyan membuatkannya kembali memandang jejaka itu. "Kau nak apa daripada Ayyara?" Rayyan mengulang soalan yang sama pada lelaki di hadapannya itu.

"A..aku cuma ikut arahan.."

"Arahan?" Kening Rayyan terjongket. "Daripada siapa? Who gave you the order, Khairul?" Nada Rayyan kedengaran sangat dingin di pendengaran Khairul.

Khairul diam.

Rayyan senyum sinis. "Right. Why did I expect too much from you? Of course you won't tell me." Rayyan bangun dari kerusi. Lighter di tangannya dimasukkan di dalam poket belakang seluarnya. Dia melangkah ke arah meja, di mana semua senjata-senjatanya diletakkan. Jarinya dilarikan di atas senjata-senjata besi itu sehingga jarinya berhenti di sebilah pisau kecil yang tajam.

Kakinya kembali melangkah ke arah Khairul sambil dia membelek pisau di tangannya. Rayyan memandang pada wajah pucat Khairul. "You are so pale. Don't be. Tak best kalau kau takde darah," ujar Rayyan sambil tersenyum sinis.

"N..no.. jangan bunuh a..aku.. a..ku cuma ikut arahan.."

"That's why.." Pisau di tangannya diletakkan di pipi Khairul. Ditekan perlahan dan dilarikan di pipi hingga ke dagu Khairul, membuatkan Khairul meringis kesakitan. "Aku tanya siapa yang bagi kau arahan? So that.." Pisau itu ditarik hingga ke leher Khairul, membentuk satu garisan. "I can let you go."

Translation : So that you can die without any pain.

Mata Khairul yang berair memandang pada Rayyan yang tidak putus memandangnya. "K..kau akan lepaskan aku kalau aku bagitau siapa yang.. arghh!" Khairul menjerit saat pisau di tangan Rayyan ditikam pada bahunya.

"Ops!" Rayyan senyum tidak bersalah. "You talk too much when you can terus bagitau siapa yang bagi kau arahan. I'm not that patient Khairul." Rayyan senyum. Keningnya dijongketkan. "I'm in a good mood today. So, I'm giving you a second chance."

Rayyan meletakkan tangannya di belakang badannya. Matanya masih memandang Khairul. "Siapa yang bagi kau arahan untuk hantar gambar tu?"

"A..Aidan.. Noah Aidan."

Terjongket kening Rayyan. "Noah Aidan? Anak bongsu Datuk Mikael?"

Khairul mengangguk lemah. Rayyan mengetap rahangnya saat mengetahui kebenaran yang satu itu. Dia memusingkan badannya dan menanggalkan jaket yang dipakai olehnya. Pistol yang diselitkan di dalam poket dalaman jaket yang dipakainya diambil sebelum dia melemparkan jaketnya di atas lantai. Dia kembali memandang Khairul yang kelemahan di dinding sana. Jika tangan dan kaki lelaki itu tidak digari dengan rantai, dia pasti badan Khairul sudah terjelepok di atas lantai.

Mata Khairul membulat saat melihat pistol di rangan Rayyan. "A..apa kau nak buat? Kau.. cakap kau akan lepaskan aku kalau aku bagitau siapa yang suruh aku.."

Bang!

Tidak sempat Khairul menghabiskan ayatnya, kaki kanannya ditembak oleh Rayyan. Rayyan hanya mempamerkan riak kosong. "Aku cuma cakap aku akan lepaskan kau. Tapi aku tak cakap aku akan lepaskan kau hidup atau mati." Rayyan senyum kecil. "Tapi aku boleh janji dengan kau satu benda.."

Rayyan mengeluarkan lighter dari dalam poket seluarnya. Dibuka penutup lighter tersebut dan dihidupkannya api. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat api kecil yang terhasil daripada lighter tersebut. "Takde sesiapa akan cari kau," Rayyan kembali memandang Khairul sebelum dia membalingkan lighter di tangannya kepada Khairul. Dan hanya begitu, api kecil itu membakar dan memakan badan Khairul. Mata Rayyan hanya menatap badan Khairul yang dimakan bara api untuk beberapa ketika sebelum dia memusingkan badannya dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

"That's quite fast of you."

Rayyan memandang Ivan yang bersandar pada dinding di luar ruang bilik itu sambil menatap skrin telefonnya. "He's not the real deal. Noah Aidan is," beritahunya. Jika ada seseorang yang dia percayai dengan semua itu, Ivan ialah orangnya. Ivan bukan sahaja sangat berahsia, tetapi jejaka itu juga tidak berminat hendak mengambil tahu tentang hidup orang lain.

Ivan mengangkat wajahnya daripada skrin telefonnya. "Noah Aidan? Datuk Mikael's son?"

Rayyan menganggukkan kepalanya. Dia melangkah ke sinki di sudut hallway tersebut.

"So kau nak buat apa dengan dia?"

"Tak fikir lagi." Rayyan memandang pantulan imejnya di cermin sebelum memandang pada Ivan di belakangnya. "But one thing for sure, I'll put him six feet in the ground," ujarnya dengan matanya yang gelap.

Ivan hanya diam. Dia berkawan dengan Rayyan sejak mereka sama-sama menghadiri kelas boxing sejak umur mereka 15 tahun. Jadi dia sangat mengenali tatapan Rayyan yang satu itu.

Ketegangan di udara dihilangkan dengan satu bunyi deringan dari telefon Rayyan yang tersimpan elok dalam poket blazer kasual yang dipakai oleh Ivan. Ivan mengeluarkan telefon Rayyan itu dan diserahkan kepada Rayyan tanpa melihat nama pemanggil.

Wajah tegang Rayyan serta-merta berubah tenang saat melihat nama Ayyara di skrin telefonnya itu. "Minta orang bersihkan that bastard," pesan Rayyan sebelum dia menjawab panggilan tersebut sambil melangkah ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas rumah agamnya itu.

"Yes Ayyara?" Rayyan menyapa lembut.

"You dekat mana?"

"I baru habis buat kerja. Kenapa? Are you okay?" Rayyan melangkah masuk ke biliknya yang terdapat di rumah itu. Matanya jatuh pada katil yang bersaiz King di tengah-tengah bilik tersebut sebelum dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

"I'm okay. I cuma nak ingatkan you with our dinner tonight."

Rayyan senyum kecil. "Of course I ingat. I baru nak balik. You dah siap?"

"Belum lagi."

"Pergi siap. I'll see you soon, sweetheart."

Ayyara senyum kecil. "I prefer that more than angel."

"Really?" Rayyan senyum tipis. "I'll call you sweetheart then if you want me to."

Ayyara tersenyum.

"I'll see you soon, okay?"

Ayyara mengangguk walaupun dia tahu Rayyan tidak melihatnya. "Sure, see you soon."

Rayyan menunggu hingga Ayyara yang menamatkan panggilan. Dia menatap skrin telefonnya yang sudah gelap. Senyuman di bibirnya pudar saat dia teringat akan nama yang disebut oleh Khairul tadi. Serta-merta, dia mengenggam kuat telefonnya.

Noah Aidan, live your life to the fullest for now. Before I find you.

~

The last one for today !! Jangan lupa tinggal komen everyone 🤣

My Silent Temptation Where stories live. Discover now