45: outstation

52.1K 1K 30
                                    

"God, can you please focus?"

Rayyan tersentak saat ketukan di permukaan meja kedengaran di telinganya. Dia mengangkat wajahnya memandang Naufal yang bersandar pada kerusi sana dengan mata tajam yang menikam wajahnya. "Sorry, what?"

Naufal menghelakan nafasnya. "Apa masalah kau ni? Dua tiga hari kau langsung tak fokus buat kerja. What is wrong with you, really?"

Rayyan menggelengkan kepalanya. "My wife is not home."

"She's working, dude. She's a CEO, she owned a business. Keluar outstation and everything, it's normal. Yang tak normalnya sekarang ni," Naufal mengeluh. "You don't look alive."

Rayyan menggulingkan biji matanya. "That's too much."

"That's the fact. Look at yourself in the mirror and you'll agree. Or maybe get a check up from Arfan."

"Seriously?"

Naufal tergelak. "Arfan takkan layan kau pun kalau kau pergi jumpa dia sekarang. Which I suggest for you to.." Naufal bangun dari kerusi dan menyusun fail dan komputer ribanya. "Take a leave and go to your wife. Kalau kau duduk sini pun, you are not even working. So leave. Tak kuasa aku nak hadap muka stress kau tu tiap hari."

"Are you serious?"

Naufal menjungkitkan bahunya. "I know what it like to be away from a wife. So, go before I take back my words."

~

Ayyara menguak pintu bilik hotel yang dihuninya sepanjang dia berada di Sabah demi kerja. Lehernya diregangkan sambil dia melangkah masuk ke dalam bilik hotel tersebut.

"Hey sweetheart."

Terhenjut bahu Ayyara saat mendengar sapaan daripada belakangnya itu. Dia segera memalingkan badannya untuk memandang gerangan yang menyapanya itu. Serentak, matanya membulat besar saat melihat Rayyan. "Rayyan! You buat apa dekat sini?" soalnya hairan. Sambil itu, dia meletakkan beg tangannya di atas meja yang bersebelahan dengan pintu bilik tersebut.

Rayyan tersenyum lebar sambil menjongketkan keningnya. "Well, I miss my wife," ujarnya biasa. "Don't you miss me?" soalnya kemudian.

Ayyara diam sejenak sebelum menjawab, "obviously."

Rayyan senyum dan mendepakan tangannya. "Come here, sweetheart."

Ayyara senyum kecil sebelum membuang dirinya ke dalam dakapan suaminya. Wajahnya disembamkan di bahu Rayyan. "I miss you so much," bisiknya lembut sambil memeluk erat badan Rayyan.

Kucupan lembut dihadiahkan di dahi isterinya sambil dia membalas erat pelukan isterinya. Tangannya mengusap lembut belakang badan Ayyara. "And God, I miss you more my sweetheart," bisik Rayyan juga. "Boleh tak lepas ni you meeting online je dari KL? Away from you for almost a week is too much for me to handle."

Ayyara menjauhkan badannya dari Rayyan dengan keadaan tangan Rayyan yang masih memeluk pinggangnya. "Love, did you forget that your wife is a CEO?"

"Grrr.." Rayyan melagakan dahinya dengan dahi Ayyara, tidak mahu berjauhan dengan isterinya itu.

Ayyara senyum kecil. "You minta cuti daripada Naufal ke?"

Rayyan geleng. "No."

"Then macam mana you boleh datang sini?"

"He asked me to take a leave and here I am."

Ayyara senyum. Bibirnya kemudian mengucup lembut dan ringkas bibir Rayyan. "I miss you," ujarnya setelah itu.

Rayyan senyum kecil. "I miss you too sweetheart," balasnya sebelum kembali menemukan bibir mereka. Ayyara senyum dalam ciuman itu sebelum dia membalas juga ciuman Rayyan. Tangannya dilingkarkan di leher Rayyan.

Rayyan menolak lembut badan Ayyara jatuh ke atas katil dan dia menindih separuh badan Ayyara tanpa menghentikan ciuman mereka. "How's work?" soal Rayyan setelah menghentikan ciuman mereka. Badan Ayyara didakapnya erat dan Ayyara hanya menyelesakan badannya dalam dakapan suaminya itu.

"Good with a little bit of stress. It's just the way work is," balas Ayyara biasa.

Rayyan mengangguk dan mengucup lembut sisi dahi Ayyara. "Whatever it is, you did a great job. Alright?"

Ayyara senyum dan mengangguk. "Thank you."

Rayyan senyum sama dan kembali mengucup lembut dan ringkas bibir isterinya. Tika itu juga, telefon milik Ayyara berdering, menandakan ada panggilan yang masuk. Rayyan dan Ayyara serentak berpandangan sesama sendiri sebelum Ayyara bangun untuk mengambil telefonnya yang terletak rapi di dalam beg tangannya. Ayyara membaca nama pemanggil sebelum dia menjawab panggilan daripada Arisha itu sambil kembali melangkah ke arah Rayyan. Badannya kembali dibaringkan di sebelah Rayyan.

"Arisha?"

"Kak."

Ayyara mengerutkan keningnya bila mendengar nada gadis itu. Rayyan yang berbaring di sebelahnya hanya diam, mengusap lembut perutnya. "Kenapa ni? Ari okay tak?" Ayyara menyoal.

"Ermm.. it's nothing. Really. Tapi.."

Makin berkerut dahi Ayyara mendengar nada Arisha yang bergetar, seperti ketakutan. Serentak itu, dia segera bangun dari pembaringannya, membuatkan Rayyan mengerutkan keningnya. "Sweetheart?" sapanya lembut sambil dia juga bangun dari pembaringannya. Matanya tunak memandang riak wajah Ayyara.

"Arisha, what is wrong with you? Ari okay tak?"

"Someone was killed in the parking lot, and I saw it. I saw the victim and..."

"And what?"

"The killer's face. I think.. I think he saw me too. I'm... I'm.. I'm scared.."

"God, Arisha.." Ayyara meraup wajahnya. "Listen, do not leave your house, alright? Stay where you are. Akak balik sekarang, okay?"

Setelah memastikan Arisha lebih tenang, Ayyara terus menamatkan panggilan. "Kita kena balik KL sekarang," Ayyara memusingkan badannya untuk menghadap Rayyan.

Rayyan mengerutkan keningnya. "What's going on?" soalnya.

"Arisha.. Arisha.. she's.."

"Sweetheart.." Rayyan mengenggam lembut kedua-dua lengan Ayyara. "Sweetheart, take a breath," arah Rayyan lembut. Ibu jarinya mengelus lembut pergelangan tangan Ayyara.

Ayyara hanya menurut arahan Rayyan itu. Dia menarik nafas dengan dalam dan dihembusnya.

"Good," Rayyan menganggukkan kepalanya. "Sekarang bagitau I apa jadi? One by one," sambungnya.

"Arisha told me that she saw a murder in her apartment. She saw the victim, the killer and she think that the killer saw her face as well. She's.." Ayyara mengetap bibir. "She's scared. I tak pernah tengok dia takut macam tu sekali." Ayyara mengenggam kuat tangan Rayyan. "She needs me, Rayyan." Matanya mulai berair.

Rayyan menghelakan nafasnya. "Alright, sekarang, dia dekat mana?"

"Her apartment."

Rayyan mengangguk. "Jap lagi I call Ivan untuk tengokkan dia. And if possible, I'll ask him to stay with her for a time being, sampai kita balik sana. For now, you pergi mandi, rehat. Sekarang dah pukul 11 malam dah. I'll try my best to find the earliest flight to KL tomorrow's morning. Okay?"

Ayyara menganggukkan kepalanya. Rayyan senyum kecil. Satu kucupan dihadiahkan di dahi isterinya itu sebelum didakapnya isterinya itu. "Jangan risau. I takkan biarkan anything terjadi kat Arisha. Just believe in me, okay?"

Ayyara mendongak memandang Rayyan. Matanya menikam lurus pada anak mata Rayyan yang jelas menampakkan keikhlasan. Senyuman kecil diukirnya sebelum mengangguk. "I akan sentiasa percayakan you. In everything."

~

aaaaaaa sorry kalau bosan :(((

My Silent Temptation Where stories live. Discover now