34 : needy

87K 1K 33
                                    

Ayyara menutup kepalanya dengan hoodie yang dipakainya. Ditariknya tali hoodie tersebut agar turut menutup lehernya yang dipenuhi dengan kesan-kesan merah akibat kerja Rayyan malam semalam. Ayyara memandang wajahnya yang tidak mengenakan solekan. Beg makeup miliknya yang terletak di atas meja solek itu dipandang malas.

"Kita nak balik rumah je sweetheart. It's okay if you don't want to put any make up." Rayyan bersuara dari belakangnya. Jejaka itu biasa sahaja berbaring di atas katil sambil bersandar pada kepala katil. Kakinya diluruskan dan disilangkan sambil tangannya memegang telefonnya, menghantar Whatsapp kepada Hazrul untuk meminta bantuan kawannya itu menjadualkan semula tarikh penerbangan dia dan Ayyara ke tempat bulan madu mereka.

"Tapi kita still akan jumpa staffs hotel untuk check out and everything. I can't show up like this."

"I'll deal with them later. You boleh masuk terus dalam kereta. Alright? Tak perlu nak fikir-fikir," ujar Rayyan biasa. "Barang you dah habis packing semua?" soalnya sambil memandang bagasi Ayyara yang terletak di sudut bilik itu.

"Dah."

Rayyan angguk sebelum dia bangkit dari katil. Bagasi Ayyara ditariknya dan dia melangkah ke arah Ayyara. "Kalau dah, jom," ajak Rayyan. Tangannya dihulurkan kepada Ayyara.

Ayyara menyimpan beg makeup miliknya di dalam totebag yang dibawa olehnya sebelum dia menyambut huluran tangan Rayyan. "You dah check bilik tadi?" soal Ayyara sambil dia memeluk erat lengan Rayyan sebaik sahaja mereka melangkah keluar.

"Dah. Everything's clear," jawab Rayyan biasa. Dia memandang pada Ayyara. "You okay tak? Boleh jalan? Ke nak I dukung?" ujar Rayyan.

Serentak itu, tangan Ayyara ringan naik menampar lengan Rayyan yang dipeluknya. "You jangan nak macam-macam ya? I'm walking just fine right now," geram Ayyara saat Rayyan tidak habis-habis mengusiknya dengan 'you boleh jalan tak' sejak dari pagi tadi.

"And you took hours to walk just fine like this." Sengaja Rayyan menekankan just fine itu.

Ayyara mengetap bibir. "Don't start with me Rayyan. I malas nak gaduh dengan you."

Rayyan sengih. Dia memandang isterinya yang cemberut wajahnya. Tanpa kata bibirnya mengucup lembut dan ringkas bibir Ayyara membuatkan gadis itu membulatkan matanya. "You! Orang tengoklah!"

"There's no one here sweetheart," balas Rayyan biasa. Jarinya menekan butang lif setelah itu. "Also, apa nak malu? We are married. Normal lah tu husband wife kissing," tambah Rayyan sambil mengenyitkan matanya kepada Ayyara.

Ayyara mengetap bibir, geram dengan perangai selamba Rayyan itu. "You are insufferable," gumamnya. 

Rayyan hanya buat tidak dengar sambil menarik tangan Ayyara untuk masuk ke dalam lif. Tangannya memaut erat pinggang Ayyara ke sisinya, tidak mahu berenggang walau seinchi pun dengan gadis itu. Sesekali bibirnya mengucup lembut tepi dahi gadis itu. "Kita pergi Paris lusa," ujar Rayyan biasa membuatkan Ayyara terus memandangnya.

"Paris?"

Rayyan angguk. Bibirnya mengambil kesempatan untuk mengucup dahi Ayyara. "For honeymoon."

"No... You're kidding me?" Ayyara bagai tidak percaya dengan apa yang baru meluncur keluar dari bibir Rayyan itu. "We're going to Paris? For honeymoon, while at it?" soal Ayyara lagi, memastikan apa yang dia dengar tadi bukan satu halusinasi.

Rayyan tersenyum. Jarinya naik memicit lembut hidung mancung Ayyara. "Yes sweetheart. We're going to Paris."

"Oh my God! Aaaaa!!" Ayyara terus melompat dan memeluk Rayyan dengan erat. Kakinya naik melingkar di pinggang Rayyan. Tangan Rayyan terus memegang erat pinggang gadis itu, risau jika gadis itu terjatuh. Sudahlah baru boleh berjalan dengan baik, dia pergi melompat pula.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now