"So did Paris meet your expectations?"
Rayyan menoleh pada Ayyara yang berjalan di sebelahnya sambil tangannya masih menggengam erat tangan Ayyara sambil mereka melangkah menyusuri jalan untuk ke restoran bagi makan malam. Rayyan menegaskan agar mereka menggunakan kereta tetapi Ayyara lebih menegaskan agar mereka berjalan kaki kerana dia hendak menikmati permandangan dan udara Paris itu.
"No," jawab Ayyara ringkas. "It exceeded my expectations. Paris is totally a dream comes true," tambahnya teruja.
Rayyan senyum. Sejak mereka tiba di Paris seminggu yang lalu, wanita itu sangat teruja dan gembira. Sangat jauh berbeza dengan wanita yang sentiasa memakai suit hitam dan bercakap tentang bisnes. Di Paris, Ayyara sesungguhnya seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum. Even though she's crying at nights because of how intense our sex is. Rayyan tersenyum sinis saat terfikirkan itu.
"Nak tinggal dekat sini?" soal Rayyan biasa.
Ayyara segera menoleh ke arah Rayyan. "You could make that happens?"
"I can even get the star for you if you want it."
Ayyara tergelak saat mendengar itu. Tangannya menepuk lengan Rayyan. "Melebih," ujarnya sambil mengeratkan lagi pelukannya pada lengan Rayyan. "I tak nak stay sini. I want it to become a place where I can escape to, not the place I want to escape from," ujarnya setelah itu.
Rayyan memandang lembut pada isterinya itu. Bibirnya mengucup lembut tepi dahi Ayyara. "So tell me bila you rasa nak datang sini. I'll fly us here, bila-bila you nak."
Ayyara senyum kecil. "That's why I love you. I mean, I love your money. I still hate you anyway," Ayyara menyungging sengihan mengusik membuatkan Rayyan menggulingkan biji matanya.
"Said the person who actually owns a whole damn company."
"Said the person who invested a lot in that whole damn company."
"Said the person who produce a double profits in the last few months."
"Gotta be the successful woman in case you tinggalkan I."
"Unfortunately, I won't leave you." Usai menuturkan itu, Rayyan mengucup lembut bibir Ayyara. Dilumatnya ringkas dan lembut. "Not even in your wildest dreams."
~
"Can I ask you something?"
Rayyan yang sedang memotong daging ayam di atas pinggannya itu mengangkat wajahnya untuk memandang Ayyara yang duduk berhadapan dengannya. "Sure. Apa dia?" soalnya biasa.
Ayyara mencapai gelas air putih milik Rayyan. "Sepanjang kita kenal, I tak pernah tengok you minum minuman lain pun selain daripada plain water. You tak bosan ke minum air kosong je?" soal Ayyara.
Rayyan memandang gadis itu sebelum tangannya mencapai gelas air putih itu daripada Ayyara. "No," jawabnya sepatah sebelum dia menghirup air kosong itu. "I mean, I minum je minuman lain. But not that much," tambahnya setelah itu. Gelas air kosong itu diletakkan kembali di atas meja.
"Kenapa?" soal Ayyara sambil meletakkan garpu dan pisaunya di sisi pinggannya.
Rayyan diam sejenak. Matanya yang tadi memandang gadis itu dialihkan ke arah lain. Genggaman jarinya pada pisau dieratkan.
Ayyara yang menyedari ketegangan jejaka itu mengerutkan dahinya. Tanpa disuruh, tangannya mencapai lembut tangan Rayyan di atas meja. Digenggamnya dan diusapnya lembut jari-jemari jejaka itu.
"When I was a kid, I tak pernah suka pun minum plain water. Kalau minum je, I mesti minuman manis. Coke, Pepsi, jus. Everything but plain water. Mummy I selalu bagitau I 'that's not good for you Ayyan' but I never listen to her. And masa accident tu," Rayyan mengetap rahangnya. Jari Ayyara di tangannya digenggam lembut, seolah-olah meminta kekuatan daripada isterinya itu. "She passed me a bottle of plain water before my father get me out from the car. Can you imagine it?" Rayyan memandang Ayyara. "Masa dia tengah-tengah sakit macam tu, masa dia ada masa untuk keluarkan diri dari kereta tu, dia bagi I plain water. Why? Sebab dia tak nak I haus sementara tunggu bantuan sampai. Instead of keluar daripada kereta, dia cari a bottle of fucking plain water. Just for me." Mata Rayyan tajam memandang pada gelas air kosong di atas meja, seolah-olah kejadian kemalangan yang berlaku kepadanya dahulu bermain di situ.
"I start minum plain water because that is the last thing she got for me. Sebab 10 years old me thought she will come back if I ikut cakap dia. Because 10 years old me was too naive, believing that she would come back to me at the end of the day. 10 years old me thought she just went for another long work trip."
"Rayyan.." Ayyara menyeru lembut nama jejaka itu. "I.. I'm sorry.." Ayyara hilang kata. Tidak pasti hendak mengatakan apa. Matanya menatap lembut wajah Rayyan. Sebahagian daripada dirinya hendak memutarkan masa untuk kembali kepada 20 tahun yang lalu, untuk memeluk dan menjaga budak lelaki yang berumur 10 tahun itu daripada dunia realiti yang kejam. Tetapi sebahagian daripada dirinya memberitahunya untuk ada di tika ini, bersama dan di sisi Rayyan.
Rayyan kembali memandang Ayyara. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Don't be sad for me Ayyara. It's not a sad story," Rayyan mengusap lembut jari Ayyara di dalam genggamannya.
Ayyara mengukir senyuman kecil. "Rayyan, trust me. Your mother must be so proud of you," ujar Ayyara lembut.
"Really?" Hujung bibir Rayyan melengkung sedikit. "I don't think so. Rayyan yang mummy I besarkan ialah Rayyan yang sangat baik hati, Rayyan yang tak sampai hati nak bunuh semut. Rayyan yang mummy I sayang ialah Rayyan yang sebiji dengan perangai dia. Kind, sweet, loving, caring."
Ayyara terdiam saat mendengarkan itu. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Rayyan. Tidak perlu untuk dia bertanya apa yang terjadi kepadanya sekarang. Cukup untuk dia mengetahui akan kebakaran The Reid Hotel beberapa bulan yang lalu ialah angkara jejaka ini. Kerana dia tahu apa yang jejaka ini mampu lakukan. Tetapi dia tidak akan pernah bertanya tentang itu. Dia tidak mahu untuk menjadikan apa yang Rayyan pernah lakukan di belakangnya sebagai topik perbualan mereka.
Rayyan yang melihat Ayyara terdiam hanya turut diam. Dia tahu Ayyara mengetahui apa yang mampu dia lakukan. Matanya jatuh pada tautan erat tangan mereka. Tangan yang bersih dan suci di dalam genggaman tangan yang penuh dengan dosa dan darah.
You will never deserve her Rayyan.
Suara di fikirannya bergema.
I know. Rayyan memandang wajah Ayyara. Senyuman kecil diukirnya untuk gadis itu. "I love you sweetheart," ucapnya lembut.
Ayyara turut sama senyum. "Kenapa tiba-tiba?"
Rayyan senyum. "I just want to remind you about it."
"So you need a daily reminder about how I hate you?"
"I would love to."
"Fine." Ayyara senyum kecil sebelum dia bangkit dari kerusinya dan mendekatkan badannya dengan meja, merapatkan jarak antaranya dan Rayyan. "I hate you," bisiknya lembut sebelum dia mengucup bibir Rayyan.
Rayyan senyum dalam ciuman mereka itu.
I don't deserve her, but I don't care. She is mine anyway and no one can take her from me.
~
Here you go !! Jangan lupa comments hahahaha !!
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...