23 : lombok

37.7K 1.1K 33
                                    

Rayyan menghentikan kereta di bahu jalan. Dengan pantas, dia terus membuka seatbelt dan terus melangkah keluar dari keretanya. Kakinya laju melangkah ke arah Ayyara yang duduk di sisi jalan itu.

"Sweetheart."

Ayyara mendongak. "Rayyan.. you come."

Rayyan mengetap bibir saat melihat mata gadis itu merah dan berair. Pipi gadis itu basah akibat air mata. Rayyan terus duduk mencangkung di hadapan Ayyara. Tangannya meraih kedua-dua tangan Ayyara dan digenggamnya lembut. Dia mengangkat wajahnya untuk memandang Ayyara. "It's okay. You have me. You can tell me everything," ujar Rayyan lembut.

Air mata kembali menitis membasahi pipinya. "Kenapa... Kenapa hidup I teruk sangat Rayyan? All this time.. orang yang I paling sayang, paling I look up to turns out to be orang yang sepatutnya I benci. And I.." Ayyara mengetap bibirnya. "I'm disgusting from the very first day I lahir ke dunia ni Rayyan.. I cuma anak luar nikah.. I anak hasil hubungan curang.. I.."

"Ayyara." Rayyan mengenggam kuat tangan Ayyara.

Ayyara memandangnya. "Kenapa Rayyan? What I ever did to deserve this kind of life? I ingatkan.. hidup I dah teruk bila I kena rogol 4 tahun yang lalu. Tapi sebenarnya.. hidup I dah hancur dari awal lagi Rayyan! Kenapa.. kenapa mama I perlu lahirkan I?!"

Rayyan mengetap bibir. Tanpa kata, dia terus memeluk erat badan Ayyara. Tangannya mengusap lembut belakang badan Ayyara, membiarkan Ayyara melepaskan segalanya. Ayyara memejamkan matanya di dalam pelukan Rayyan itu. "Lepas ni apa Rayyan? Apa yang I perlu hadap lagi?"

"No, Ayyara. I takkan biarkan you hadap apa-apa lagi lepas ni," bisik Rayyan lembut.

Ayyara mengetap bibirnya. Dia menolak lembut badan Rayyan dari terus memeluknya. Dia memandang lurus pada wajah Rayyan. "I penat Rayyan. I.. I nak pergi jauh dari sini."

"Sweetheart.."

Ayyara meraih tangan Rayyan pada lengannya. "Kalau you betul sayangkan I, can you help me?"

Rayyan mengerutkan keningnya. "What?"

"I nak pergi dari sini, jauh dari semua orang. That's the least I need now. I nak pergi jauh dari Megat Awatif, dari abang I, dari adik I.. I nak pergi jauh dari semua orang yang I kenal."

Rayyan mengangguk. "Sure, anything for you."

"And can you promise me one thing?" soal Ayyara.

"Sure. What is it sayang?"

"Tunggu I." Ayyara memandang tepat pada wajah Rayyan. "I need time to heal myself, Rayyan. Only then, I can talk about us."

Rayyan diam sejenak.

"Of course, you tak perlu tunggu I kalau you.."

"No, I'll wait for you," potong Rayyan terus. Genggaman tangannya pada tangan Ayyara dieratkan. "Even if it takes ten years, I'll wait for you sweetheart."

Ayyara senyum tipis. "Thank you."

"Tapi you kena bagitau I you nak pergi mana. I takkan bagitau sesiapa dan I takkan pergi jumpa you selagi you tak ready. But please let me know where are you going. Boleh?"

Ayyara diam sejenak dan mengangguk, bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Rayyan itu.

~

Dan hanya begitu, Ayyara berada di Lombok, Indonesia seminggu kemudian. Keseorangan. Sampai sahaja di Lombok, Ayyara terus menutup telefonnya selesai menghantar satu mesej kepada Rayyan untuk memaklumkan bahawa dia sudah tiba di Lombok.

Ayyara meletakkan bagasinya di tepi katil di bilik hotel yang ditempahnya. Suis lampu dan penghawa dingin dihidupkan sebelum dia melangkah ke arah balkoni bilik tersebut. Pintu gelangsar dibukanya sebelum dia melangkah keluar. Matanya dipejamkan buat sejenak saat angin sejuk menyapa lembut badannya. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now