"Seriously?"
Rayyan memandang wajah abang iparnya yang duduk di hadapannya, berharap agar apa yang keluar dari Arfan hanya sekadar gurauan. Tetapi tidak sama sekali. Tiada tanda tanda gurauan di air muka jejaka itu. Dia menoleh pada Ayyara yang hanya duduk bersandar pada kepala katil hospital itu. Ayyara hanya menjungkitkan bahunya, tanda malas hendak ambil kisah dengan 'perbalahan' antara suami dan abangnya itu.
"You're telling me untuk berpisah dengan my own wife for 100 days? How could you?" Rayyan kembali menoleh pada Arfan.
Dramatic.
Arfan geleng kepala. "Aku tak suruh berpisah pun Rayyan. Aku cuma cakap Ayyara kena berpantang, for at least 40 days and even better, for 100 days. It's normal for a woman yang baru sahaja melahirkan untuk berpantang. Confinement period is not just a tradition. It's a must to let her body to recover from the childbirth," panjang lebar Arfan menjelaskan. Nafasnya dihelakan. Malah ketika Liyana melahirkan Aariz dulu, dia juga turut memberi penjelasan tentang apa itu 'pantang' kepada Naufal. Dan sekarang kepada Rayyan.
Terdiam seketika Rayyan saat mendengar penjelasan Arfan itu. 40 days pun dah lama, ini kan pula 100 hari. Gila apa Arfan ni? "Then apa yang patut aku buat dalam masa Yara berpantang tu?"
"Dude." Arfan menarik nafas dengan dalam dan dihelakannya perlahan, cuba bersabar dengan perangai Rayyan ini. "Kau dah ada anak tau sekarang? Dah kalau bukan kau yang jaga, siapa nak jaga?" Keningnya dijongketkan pada Rayyan.
"Oh.."
"Oh?" Ayyara menjawab dari sana. "You ada terhantuk mana-mana ke ni buat you slow sangat hari ni? I ke you yang bersalin sekarang ni?" Geram pula dia mendengar perbualan Rayyan dan Arfan sebentar tadi.
Rayyan menghelakan nafasnya, "i'm just processing."
Arfan geleng kepala. Dia menoleh pada Airis yang sedang bermain dengan bayi Rayyan dan Ayyara yang baru sahaja lahir pagi tadi. Senyuman kecil terukir di bibirnya bila melihat isterinya itu tersenyum manis. "Did you guys give your baby a name already?" soalnya biasa tanpa mengalihkan pandangannya daripada Airis.
"Arien Zayyan," jawab Ayyara sambil tersenyum lebar. "It's a nice name, kan?"
Serentak itu, Airis mengangkat muka untuk memandang Ayyara. Senyuman terukir di bibirnya. "It's beautiful," pujinya ikhlas.
Ayyara senyum sama. "It's my idea," beritahu Ayyara sambil mengenyitkan matanya pasa Rayyan, bangga.
Rayyan mencebik. "My idea is nicer but Arien Zayyan is
irresistible."Ayyara menggulingkan biji matanya. "Just admit it. My idea of his name is better. You don't even guess the gender right," ujar Ayyara malas.
"Aku tak nampak keperluan untuk korang bergaduh sekarang ni, so shut up," sampuk Arfan, geram dengan perangai Rayyan dan Ayyara yang tidak serik hendak bertekak dengan satu sama lain.
Serentak itu, Ayyara dan Rayyan sama-sama diam.
~
"I tak rasa I boleh berpisah dengan you."
Ayyara memandang Rayyan yang tiba-tiba merepek di sebelahnya itu. "Bila masa I nak berpisah dengan you?"
"You kan kena berpantang."
"Oh my God," Ayyara menghelakan nafasnya dengan panjang. "Rayyan, I still berpantang dalam rumah kita. I'm not going anywhere. You masih boleh tengok I setiap hari. Please don't be so dramatic about it."
"But it's not the same?"
"Apa yang tak sama nya?" Dahi Ayyara berkerut.
Rayyan memandang pada baby cot di mana Zayyan sedang tidur lena. "I want to give Zayyan a sister as soon as possible."
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...