Buat pertama kali setelah sekian lamanya, Ayyara memulakan paginya dengan senyuman. Badannya terasa ringan saat melakukan rutin paginya, iaitu, flying yoga. Setelah melakukan rutin paginya, Ayyara terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan kemudiannya bersiap untuk masuk ke pejabat.
Ayyara menyarungkan jumpsuit yang berwarna hitam dan berlengan panjang. Rambutnya disikat kemas dan digayakan dengan half up and half down. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia mencapai beg tangannya dan disangkutkan di lengannya. Ipad dan telefonnya dicapai dan dipeluk ke dada.
Ayyara kemudiannya melangkah keluar dari rumahnya. Dipastikan pintunya berkunci sebelum dia melangkah ke arah lif. Butang lif ditekan. Sempat dia menyemak penampilannnya pada pantulan imejnya di pintu lif. Dipusing-pusingkannya badannya. Senyuman terukir di bibirnya.
"What are you doing?"
Ayyara yang sedang sibuk memusingkan badannya tersentak saat mendengar sapaan itu. Dia berpaling memandang pintu lif yang sudah terbuka luas dan Rayyan berdiri di dalam lif sambil mata jejaka itu memandangnya bersama kerutan di dahi. Serta-merta, pipi Ayyara naik merah, mengundang senyuman lucu daripada Rayyan. Tangannya menahan pintu lif yang hampir tertutup.
"Come in angel. You're going to miss the lift if you are gonna keep blushing like that," tuturnya biasa.
Ayyara berdehem dan menjeling Rayyan sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Rayyan hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia menekan butang untuk menutup pintu lif.
"You have a good sleep?" soal Rayyan, memecahkan kesunyian antara mereka setelah lif itu bergerak turun.
Ayyara memandang pada Rayyan yang hari ini mengenakan kemeja dan suit hitam tanpa mengenakan tali leher seperti selalu. Malah, butang teratas kemejanya dibiarkan dibuka, menayangkan leher jejaka itu.
"You're gonna burn a hole in my body if you keep staring at me like that," ujar Rayyan biasa membuatkan Ayyara terus mengalihkan matanya.
"Perasan," bisik Ayyara.
"I'm not. It's a fact."
"Yes, whatever. Shut up." Ayyara tidak tahu kenapa dia tiba-tiba mengalah dan tiada idea hendak bertikam lidah dengan jejaka itu. Selalunya lidahnya tidak pernah kering daripada kata-kata sinis.
Rayyan mengukir senyuman. Shy Ayyara is adorable. "You're not answering my question. Do you have a good sleep for you to be in such a good mood today?" Rayyan mengulang soalannya tadi.
"Kind of," jawab Ayyara ringkas. Dia mengerling pada Rayyan. "How about you?" soalnya kembali.
Rayyan memandang Ayyara. "I barely sleep."
Ayyara memandangnya. "Kenapa?"
Ting!
Tidak sempat Rayyan hendak menjawab, pintu lif terbuka saat mereka tiba di aras lapan. Rayyan menarik lembut siku Ayyara untuk melangkah ke belakang lif, memberi ruang kepada mereka yang baru sahaja masuk ke dalam lif. Rayyan meletakkan tangannya di palang besi di lif tersebut, memerangkap Ayyara di belakangnya. Badannya menghalang sepenuhnya Ayyara daripada terdedah kepada orang lain, seolah-olah ingin menghalang gadis itu daripada disentuh oleh dunia luar.
Ayyara terdiam saat diperlakukan seperti itu. Wangian maskulin yang dipakai oleh Rayyan jelas pada deria baunya membuatkannya memejamkan matanya. Wangian yang membuatkannya merasa seperti berada di dalam satu kawasan yang selamat. Wangian yang membuatkannya merasa seperti berada dekat dengan seseorang yang sanggup menjaganya daripada semua kekejaman dunia. Ayyara kembali membuka mata. "Rayyan.." I think I like you.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...