43: her office

69.3K 958 25
                                    

"Sweetheart."

Ayyara yang sedang rancak berbual dengan beberapa orang perempuan menoleh pada Rayyan yang mendekatinya. Rayyan mengukir senyuman kecil sambil dia memaut pinggang Ayyara. Ibu jarinya mengusap lembut sisi pinggang Ayyara. Rayyan mengucup lembut sisi dahi Ayyara sebelum dia kembali memandang pada tiga orang perempuan yang berdiri di hadapan mereka. "I'm sorry, I nak pinjam isteri I sekejap, if you guys don't mind?"

"Sure of course."

"Thank you," Rayyan memandang kembali kepada isterinya. "Let's go," ajak Rayyan sambil mengukir senyuman kecil. Tangannya meraih tangan Ayyara dan ditariknya agar menjauhi kumpulan wanita itu.

"Kita nak pergi mana?" soal Ayyara hairan.

Rayyan hanya mengerling sebelum dia menghampiri Ivan dan Arisha yang masih duduk di meja, menikmati makanan masing-masing dengan diam. "Guys," panggil Rayyan, menyebabkan Arisha dan Ivan serentak mengangkat muka memandang ke arah pasangan itu.

"You guys tolong tengokkan event boleh? We have something to do now. Thank you." Tanpa memberi peluang untuk Ivan dan Arisha membantah, Rayyan kembali menarik tangan Ayyara untuk beredar keluar dari ballroom tersebut.

"Where are we going?" soal Ayyara bila Rayyan masih tidak menjawab soalannya daripada tadi.

"To finish what you had started earlier," jawab Rayyan biasa sambil dia menekan butang lif.

"What?" Ayyara mengerutkan dahinya, cuba memahami jawapan suaminya itu. To finish what you had started earlier? "What did I.."

Tanpa sempat Ayyara menyoal kembali, Rayyan menarik tangan Ayyara untuk masuk ke dalam perut lif sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Tanpa kata, Rayyan terus menekan butang lif untuk menutup pintu lif dan nombor aras teratas bangunan Edspired itu, di mana pejabat Ayyara terletak.

"That's my office's level. Rayyan, you nak buat apa sebenarnya?" Ayyara menjadi geram bila Rayyan masih tidak menjawab. Rayyan memusingkan badannya untuk menghadap Ayyara. Matanya meneliti wajah isterinya itu sebelum matanya jatuh pada gaun yang dipakai oleh wanita itu.

"How much is your dress?" soalnya biasa.

Ayyara mengerutkan keningnya. "Kenapa tiba-tiba tanya harga dress I?"

"Take my card and take as much money as you need to buy another one."

"What?" Kening Ayyara terjongket, tidak memahami apa yang dituturkan oleh Rayyan. "Kenapa pula?"

"Sebab.." Rayyan melangkah merapati Ayyara. Tangannya memeluk pinggang isterinya itu sebelum wajahnya diletakkan di sisi wajah Ayyara. Bibirnya mengucup lembut telinga Ayyara membuatkannya shivering. "Your dress won't survive tonight," sambung Rayyan sambil tersenyum sinis membuatkan Ayyara membulatkan matanya.

Ting!

Tidak sempat Ayyara hendak membalas, pintu lif terbuka luas menandakan lif tersebut sudah tiba di aras pejabat milik Ayyara. "Rayyan.."

Rayyan hanya senyum. "Walk to your office, sweetheart," ujar Rayyan biasa sambil melipatkan tangannya di dada.

Ayyara memandang Rayyan. Bibirnya diketap. Dia tahu bila aura Rayyan sudah menguasai sekelilingnya, dia tidak akan terlepas daripada inner beast suaminya itu. Padan muka Ayyara, kau cabar dia lagi tadi. Nafasnya dihelakan sebelum dia melangkah keluar dari perut lif tersebut dan diekori oleh Rayyan. Mereka saling melangkah ke arah pejabat Ayyara.

"Your staffs semua dekat bawah, right?" Rayyan menyoal sambil dia mengunci pintu pejabat Ayyara itu. Setelah itu, dia melangkah ke arah meja kerja Ayyara. Dia kemudiannya bersandar pada bucu meja.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now