Ayyara melabuhkan punggungnya di atas sofa. Matanya memandang gambar-gambar yang terletak di atas meja. Nafasnya dihelakan sebelum dia duduk bersila di atas lantai. Right Ayyara. Kau settle satu-persatu masalah kau. But first of all, settle gambar ni dulu.
Satu-persatu gambar yang sudah diterimanya di beberapa minggu yang lepas.Telefonnya dicapai dan nombor yang tidak disimpannya itu diteliti, cuba mengingat jika jika dia pernah melihat nombor itu di mana-mana. Dia menekan pada nombor tersebut. Tiada profile picture. Tiada bio. Seolah-olah nombor itu dibeli untuk menghantar gambar-gambar itu kepadanya.
"Macam mana aku nak cari dia ni?" Ayyara mengigit kuku ibu jarinya sambil jemari kirinya mengetuk dahinya, cuba mencari solusi kepada masalah yang satu itu. "Kalau nak cari dia, aku kena track pemilik nombor tu. Tapi siapa.." Ketukan Ayyara pada dahinya berhenti saat dia teringat akan seseorang. "Rayyan."
Ayyara menghelakan nafasnya. "Kalau kau minta tolong dia, kau kena bagitau semua dekat dia, Yara. And.. are you ready for that?" Ayyara melagakan giginya. Dia kembali memandang gambar-gambar di atas meja kaca itu. Tapi kalau aku tak cari siapa yang hantar gambar ni, there's a high possibility gambar ni tersebar. Dan kalau gambar ni tersebar, hidup kau pun hancur Ayyara.
Ayyara memejamkan matanya seketika, memberi masa untuk diri membuat keputusan. Seketika kemudian, dia kembali membuka mata. Dan kali ini matanya kelihatan nekad. Tangannya mengumpulkan semua gambar-gambar di atas meja tersebut dan dimasukkan ke dalam sampul surat. Dia beredar ke bilik tidurnya untuk mengambil hoodie dan disarungkan ke dalam badannya sebelum dia kembali keluar. Sampul surat tadi dan telefonnya diambil sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya.
Kakinya mengatur langkah ke arah lif. Jarinya menekan butang nombor aras rumah Rayyan. Nafasnya dihelakan cuba membuang debaran di dada.
Ting!
Ayyara mendongak sebaik sahaja lif berhenti dan pintu lif terbuka luas. Ayyara menelan liur sebelum dia melangkah keluar. Matanya diliarkan. Tidak seperti di aras lain yang mempunyai 4 buah rumah, aras teratas bangunan apartment ini hanya mempunyai sebuah rumah sahaja, iaitu penthouse milik Rayyan yang mengambil luas kesemua luas aras itu. Ayyara melangkah ke arah pintu. Jarinya menekan loceng di luar rumah tersebut untuk beberapa kali. Seminit kemudian, masih tiada yang membuka pintu. Ayyara menekan kembali loceng rumah itu dan kembali menunggu.
Kali ini, beberapa ketika kemudian pintu dibuka dari luar dan muncul wajah Rayyan. Ayyara mengangkat wajahnya sebelum matanya jatuh pada badan Rayyan yang tidak berlapikkan apa-apa kecuali seluar pendek paras lutut. That perfectly aligned abs.. wow.
Rayyan berdehem, membuatkan Ayyara kembali memandangnya. Senyuman sinis terukir di bibir Rayyan sebelum dia berdiri menyendeng pada bingkai pintu. Lengannya dilipatkan di dadanya membuatkan otor lengannya lebih kelihatan. "What are you doing here?" soalnya sambil menjongketkan keningnya.
Ayyara cuba untuk tidak melihat badan lelaki itu dan hanya fokus pada muka jejaka itu. "I nak minta tolong dengan you. If you don't mind."
Rayyan mengerutkan dahinya. "Did something happened?"
"No-- well, yes! I mean.. I nak minta you tolong cari seseorang untuk I. I ingat yang abang I pernah cakap yang you are a cyber expert. So.. can you help me?"
Rayyan memandang wajah gadis itu sebelum menghelakan nafasnya. "Masuk. Kita bincang dekat dalam."
"Err.. tapi.."
"Don't worry, aras ni rumah I je. No one berani naik sini, except for you. So come in." Rayyan membuka pintu rumahnya itu dengan lebih luas. Dia kembali memandang Ayyara yang masih lagi ragu-ragu. "Don't worry. I won't do anything to you, especially when you are my bestfriend's sister," tambahnya.
Ayyara menghelakan nafasnya sebelum mengangguk. Dia mula melangkah masuk ke dalam rumah jejaka itu. Matanya diliarkan ke setiap sudut ruang rumah tersebut.
"Siapa.."
Ayyara menoleh ke arah suara itu. Ivan yang baru keluar dari bilik tetamu memandang pada Ayyara sebelum matanya jatuh pada Rayyan. Keningnya dijongketkan tanda bertanya.
Rayyan melangkah menghalang Ayyara daripada pengelihatan Ivan. "Dia datang ada benda nak bincang. Kau nak pergi dah ke?" soalnya biasa walaupun dia perasan akan pandangan hairan Ivan itu.
Ivan mengangguk. "Ha'ah." Dia mencapai kunci kereta di atas meja di luar bilik tetamu itu sebelum melangkah ke pintu.
Rayyan menoleh pada Ayyara yang hanya diam. "You duduk dulu," ujar Rayyan sambil menunjukkan sofa di ruang tamunya sebelum melangkah mengikut langkah Ivan.
Ivan yang sedang menyarungkan kasutnya memandang Rayyan. "Kau tak pernah ajak perempuan datang rumah. So I assume she is special?" soalnya biasa.
"Dia tinggal bawah ni je. Dia datang ni pun sebab nak minta tolong aku cari something," jelas Rayyan ringkas.
Ivan mengangguk. "Sure. Aku pergi dulu." Ivan menepuk bahu Rayyan. "At least wear your shirt," ujarnya sebelum beredar. Rayyan hanya memandang langkahnya sebelum kembali masuk ke dalam rumahnya. Dia melangkah ke arah ruang tamu di mana Ayyara sedang duduk sambil meliarkan matanya ke setiap sudut rumahnya itu.
"You tunggu kejap sini. Kalau you nak air, you boleh ambik dekat kitchen," ujar Rayyan.
Ayyara mengangguk. Dia kembali meliarkan matanya ke seluruh rumah Rayyan itu yang kosong tanpa hiasan. Ruang tamu sebesar itu hanya ada dua set sofa dan satu set kabinet televisyen. Matanya kemudiannya jatuh ke ruang makan dan kitchen yang hanya dipisahkan dengan dinding kaca daripada ruang tamu.
Rayyan yang selesai menyarungkan hoodie melangkah kembali ke ruang tamu. Dia melangkah ke arah dapur dan peti sejuk dibukanya. Matanya diliarkan, mencari minuman sehingga matanya menangkap sebotol kopi. Terus dicapainya botol kopi tersebut dan botol air kosongnya sebelum kembali ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Ayyara. "Sorry for keep you waiting," ujarnya biasa. Botol air kopi di tangannya diletakkan di atas meja dan dihulurkan kepada Ayyara. "Sorry, ada ni je. I tak minum minuman lain other than plain water."
Ayyara memandang botol kopi tersebut. "So ni you dapat mana pula?" soalnya.
"Ivan beli kot."
"Ivan? Tadi tu Ivan?"
Rayyan menganggukkan kepalanya. "Tak perlu tanya pasal dia. You nak minta tolong apa?" soal Rayyan, menukar topik perbualan mereka daripada Ivan kepada sebab sebenar gadis itu datang kerana dia tidak mahu mendengar nama lelaki lain muncul dari bibir Ayyara.
"Right.." Ayyara memegang kuat sampul surat di tangannya sebelum diletakkan di atas meja dan dihulurkan kepada Rayyan. "I nak minta you cari orang yang hantar gambar-gambar ni dekat I," ujarnya.
Rayyan menjongketkan keningnya. Dia mencapai sampul surat tersebut dan dibukanya. Beberapa keping gambar di dalam sampul surat itu dikeluarkan.
Ayyara mengetap bibir, cuba menahan debaran.
Rayyan meneliti setiap gambar itu. Gambar Ayyara dan dia di ballroom tempoh hari, gambar Ayyara keluar dari bangunan Edspired, gambar Ayyara tika di majlis akad nikah Arfan dan terakhir... Wajahnya tiba-tiba menjadi tegang saat melihat gambar yang terakhir itu. Dia mengangkat wajahnya memandang Ayyara yang menundukkan wajahnya. Rayyan mengetap bibir. "Are you okay?" soal Rayyan.
Ayyara mengangguk. "Tu dah lama dah. I pun.."
"No. I tanya you okay ke tak. I tak nak tahu bila benda tu terjadi or what. Answer my question Ayyara." tegas Rayyan menuturkan itu.
Ayyara mengetap bibir.
Rayyan menghelakan nafasnya. Tangannya menggengam kuat jari-jemarinya. "You sedar bila semua tu berlaku?"
Ayyara geleng. Matanya sudah berkaca saat mengingati memori hitamnya itu.
Rayyan mengetap bibir. Tangannya makin kuat mengenggam gambar di tangannya itu sehingga renyuk gambar itu dibuatnya. "So you're telling me that.." Rayyan melagakan giginya. "You were raped?"
~
omggggggggg imagine apa jadi dekat laki tu now that rayyan dah tahuuu about Ayyara ✋
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...