27 : office

35.4K 1.1K 33
                                    

"Kau nak what?"

Ayyara menghelakan nafasnya sebelum kembali mengulang pemberitahuannya tadi, "Yara nak bangunkan balik Edspired."

"You serius ke ni?" Rayyan yang duduk di sebelahnya turut bertanya. Matanya menatap wajah Ayyara.

Ayyara mengemam bibirnya. Satu-persatu wajah di hadapannya dipandang, bermula daripada Rayyan, Arfan dan akhirnya pada Airis yang mengukir senyuman kecil untuknya, seolah-olah ingin memberikan semangat kepadanya. Ayyara senyum sama. Kakak iparnya itu sering memberikan aura yang positif kepada sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya. "I'm serious," tegas Ayyara kemudian.

"Yara, it would be a lot of works. Kau tak perlu nak fikir pasal Edspired lagi. Kau boleh buat benda lain," ujar Arfan, tidak berapa berkenan dengan usul yang diberitahu oleh adiknya itu.

"I want to do this. Yara tak nak usaha Yara sepanjang kerja dengan Megat Awatif jadi sia-sia. I was preparing to be ceo of that company for years and I won't let that incident about Megat Awatif get in my way. This is what I want to do now."

Arfan menghelakan nafasnya. Dia bersandar pada kerusinya. Airis menoleh pada suaminya itu sebelum tangannya meraih tangan Arfan. Arfan hanya menurut, dibukanya telapak tangannya, memberi ruang agar jari-jemarinya mereka bertaut. Airis mengusap lembut lengan Arfan. "Arfan, awak cakap awak akan sokong anything yang adik-adik awak nak buat. And Yara want to do this. She choose to do this. So, takkan awak tak nak bagi dia sokongan pula? And she's right. She shouldn't let the incident with Megat Awatif deceived her."

Arfan memandang wajah Airis. Elusan lembut Airis pada belakang tangannya sedikit sebanyak menenangkan mindanya. Tutur kata yang dikeluarkan oleh Airis juga turut membuatkannya kembali memandang Ayyara yang menunggu balasan daripadanya. Nafasnya dihelakan. "Fine. Kau buatlah apa yang kau nak. Kalau kau rasa this is the right thing, then do it right. Prove to Megat Awatif that you are much better."

Senyuman Ayyara melebar saat mendengar balasan daripada Arfan itu. Kepalanya dianggukkan. "Of course." Matanya kemudiannya jatuh pada Airis yang senyum sama. Senyuman berterima kasih diukirnya untuk kakak iparnya itu.

Ayyara kembali memandang pada Rayyan yang duduk di sebelahnya. "You takde apa nak cakap ke?" soalnya sambil menjongketkan keningnya.

Rayyan geleng. "No. As long as you ingat wedding kita next month, then I'm okay," ujarnya biasa.

Ayyara menggulingkan biji matanya, malas hendak melayan Rayyan yang tidak habis mengingatkannya dengan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung bulan hadapan. Dia kembali memandang pada Arfan. "Arisha ada call abang tak?" soalnya.

Arfan yang tadinya ralit bermain dengan jari-jemari Airis kembali menoleh pada Ayyara. "No. Kenapa?"

"Dia dah sebulan lebih kan dekat Queensland, tak call, tak text. Abang rasa dia okay ke?" soal Ayyara kembali, risau dengan keadaan adik bongsu mereka itu.

"You guys nak aku cari dia? Aku boleh je buat." Rayyan menyampuk. Dia memandang Ayyara dan Arfan silih berganti.

"No." Arfan geleng. "Privacy matters the most to Arisha. Dia takkan suka kalau dia tahu orang cari maklumat pasal dia." Nafasnya dihelakan. "It's okay. Nanti aku call housekeeper kita untuk tengokkan dia."

Ayyara mengangguk. Skrin telefonnya dipandang, berharap agar ada mesej atau panggilan daripada Arisha. Sejak Megat Awatif dijatuhkan hukuman sebulan yang lalu, Arisha terus mengambil keputusan untuk pergi ke Queensland tanpa memberitahu sesiapa, kecuali pada Ayyara, Arfan dan Airis.

Rayyan menyentuh lembut lengan Ayyara, membuatkan Ayyara kembali memandangnya. Rayyan senyum kecil sebelum "It's okay. She'll be fine," tuturnya lembut. Ayyara senyum dan menganggukkan kepalanya.

~

"Let's go."

Rayyan mematikan enjin kereta dan menanggalkan seatbelt yang membalut badannya. Dia kemudiannya memandang pada Ayyara yang masih diam di sebelahnya. Mata gadis itu menatap bangunan di hadapan mereka. "Sweetheart? Are you okay?"

Ayyara tersentak. Dia memandang pada Rayyan dan hanya mengangguk. "Okay," balasnya sambil menanggalkan seatbelt. "Let's go."

Baru sahaja Ayyara hendak membuka pintu kereta, lengannya ditarik oleh Rayyan, membuatkannya kembali memandang pada Rayyan. Rayyan mengusap lembut lengan gadis itu. "You're not okay. What is it?" soal Rayyan lembut. Matanya mencari anak mata gadis itu.

Ayyara menghelakan nafasnya. "I have no confidence. I mean, I have it but it's not that much. Now I think about it, abang Arfan is right. It would be a lot of works."

"Sweetheart," Ibu jari Rayyan mengusap pergelangan tangan Ayyara. "From this moment, you need to trust yourself. Have a confidence in yourself. Yes, it's gonna be hard but you are Puteri Ayyara."

"Tapi kalau ada yang.."

"You should stop caring about what people said. You should put your opinion first before anyone else's. You yang nak build this company, so don't let those kind of people deceived you. You own this company. So rule it with your own way. Don't let anyone intimidate you. Instead, you should be the one that is intimidating."

Ayyara diam. Kata-kata Rayyan terngiang-ngiang di mindanya.

"And.." Rayyan senyum kecil. "You have me. No matter what decision you made, I will have your back. No matter how hard it is, I'll be with you through every process. You can run to me every time you feels like you need someone to comfort you. I'll try my very best to be with you and to comfort you every time you need me."

Ayyara memandang wajah Rayyan sebelum mengorak senyuman kecil. "Thank you."

Rayyan senyum kecil. "It's my pleasure sayang. You are my angel, remember?"

Ayyara senyum kecil dan hanya mengangguk. "Let's go," ajak Ayyara kemudian sebelum membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

Bersama, mereka melangkah masuk ke dalam bangunan Edspired yang berdiri megah. Mata Ayyara meliar ke seluruh sudut lobi bangunan yang selalunya dipenuhi dengan para staf kini sudah menjadi kosong. Langkah kemudiannya diatur ke arah lif. Butang lif ditekannya dan tidak seperti biasa, pintu lif serta-merta terbuka. Serentak, mereka melangkah masuk ke dalam perut lif tersebut.

Rayyan memandang pada Ayyara yang hanya diam di sebelahnya sebelum tangannya meraih lembut tangan Ayyara dan digenggamnya erat, membuatkan Ayyara memandangnya. Ayyara senyum dan membalas lembut genggaman rangan Rayyan itu.

Ting!

Pintu lif terbuka luas sebaik sahaja lif tersebut tiba di tingkat teratas bangunan itu, di mana pejabat Ayyara berada. Ayyara menolak pintu untuk masuk ke dalam ruang pejabat itu. Rayyan meliarkan matanya ke setiap sudut pejabat itu. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam bangunan Edspired yang sering menjadi buah bicara orang-orang di dalam industri bisnes. Kakinya setia melangkah mengikut Ayyara.

Ayyara memulaskan tombol pintu bilik kerjanya. Dikuaknya luas pintu itu sebelum melangkah masuk. Rayyan memandang pada nama Ayyara yang tertera di hadapan pintu itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya sambil jarinya mengusap lembut nama itu.

"Welcome to my office."

Suara Ayyara itu membuatkan Rayyan kembali memandang ke arah Ayyara yang berdiri di hadapan meja kerjanya di situ. Rayyan senyum kecil sebelum dia melangkah merapati gadis itu. "You have a nice office."

Ayyara senyum kecil. "I need to beg to get my own office."

"Really?" Rayyan berhenti dua langkah di hadapan Ayyara. "Now sit there. Let me see how you looks like on that chair," ujar Rayyan biasa sambil mengisyaratkan gadis itu bergerak ke kerusi di belakang meja itu.

Ayyara mengecilkan matanya sebelum hanya menurut. Nafasnya dihelakan sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk tersebut. Dipusingkannya kerusi tersebut untuk menghadap Rayyan yang berpeluk tubuh di hadapan mejanya itu. "So how?"

Rayyan senyum sebelum dia kedua-dua tangannya menekan pada permukaan meja itu dan badannya direndahkan untuk menyamakan paras matanya dengan Ayyara.

"I didn't know you will look this good on that chair." Rayyan mengorak senyuman. "You look drop dead gorgeous, Miss Ayyara."

~

Rayyan and Ayyara ✋😭

My Silent Temptation Where stories live. Discover now