Sebulan kemudian...
Bunyi ketukan di pintu membuatkan Ayyara yang sedang menatap skrin komputer riba di atas katil tersentak. Dia segera menoleh ke pintu biliknya yang dikuak oleh Arisha daripada luar. Membulat mata Ayyara saat melihat kelibat adiknya itu.
"Arisha!"
Arisha senyum kecil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Ayyara dan ditutupnya kembali pintu bilik itu. "Do you miss me?" ujar Arisha biasa.
Ayyara menghelakan nafasnya dengan berat. "Of course Ari. You are gone for two freaking months. Dahlah tak text, tak call akak. Where are you going?" ujar Ayyara. Arisha senyum kecil sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Ayyara.
Arisha senyum sebelum menyerahkan plastik yang membalut sehelai baju kepada Ayyara. "Take a look at this," ujar Arisha biasa, tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ayyara tadi.
Ayyara memandang adiknya itu dengan kerutan di dahi sebelum menarik zip di belakang zip tersebut hingga ke bawah, mendedahkan sehelai gaun panjang yang berwarna putih dan dihiasi dengan manik-manik di bahagian bawah gaun tersebut. "Ari, mana Ari dapat dress ni? This looks like a wedding dress."
"It is a wedding dress. Uncle Taufiq hadiahkan this dress untuk mama. Tapi mama tak pernah pakai pun."
Ayyara kembali memandang pada Arisha. "Where do you find this?"
"Ari jumpa dress ni masa Ari pergi rumah mama dekat Busselton," beritahu Arisha biasa. Sebuah buku nota yang berwarna merah juga diletakkan di atas gaun itu. "And this is mama's diary. I found it together with this dress."
Ayyara memandang buku tersebut. "Kenapa Ari bawa balik semua ni?"
"Sebab Ari rasa mungkin kakak nak pakai dress ni untuk hari nikah kakak?"
"Kenapa Ari tak simpan untuk Ari je? You are mama's daughter as well."
Arisha menggelengkan kepalanya. "I don't even remember her face. I bring this back because I think you deserve it," ujar Arisha lembut. Tangannya meraih lembut tangan Ayyara. "Mama tak pernah berkesempatan untuk hidup dengan orang yang dia betul-betul sayang. Tapi mama masih tunaikan kewajipan dia sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang dia tak cintai. She tried her best. Walaupun ada satu masa tu mama kecundang disebabkan cinta. Tapi.." Arisha memandang wajah Ayyara. "Ari tak nak kakak feel bad about your status. Mama sayang dekat kakak. So much. Kakak is the only memory yang dia ada dengan orang yang dia cintai. Walaupun apa yang dia buat tu salah tapi Mama sentiasa ingat dekat kakak sampai nafas dia yang terakhir. So please.." Arisha mengelus lembut tangan Ayyara. Matanya memandang mata Ayyara yang berair. "Jangan bencikan mama."
Ayyara mengetap bibir.
Arisha senyum kecil sebelum dia bangun. Air mata yang menitis perlahan di pipinya dikesat. "You can read the diary. Mama wrote everything on that diary," ujar Arisha.
"Arisha," panggil Ayyara, menghentikan langkah Arisha yang hendak keluar dari biliknya. Ayyara mengangkat wajahnya untuk memandang Arisha. "Thank you."
Arisha hanya mengangguk sebelum dia beredar keluar. Ayyara hanya menghantar langkah Arisha dengan matanya sebelum dia kembali menundukkan wajahnya untuk memandang gaun putih dan juga buku nota merah itu. Tangannya mencapai diari tersebut. Dibukanya buku nota yang berwarna merah itu sebelum matanya berlari membaca setiap huruf yang membentuk ayat-ayat di permukaan kertas itu.
~
"Sweetheart."
Ayyara tersentak. Dia menoleh pada Rayyan yang baru sahaja sampai. Jejaka itu hanya menggunakan hoodie dan sweatpants. Riak wajah jejaka itu juga jelas kelihatan risau. "I'm okay," ujarnya sebelum sempat pun jejaka itu beranggapan yang bukan-bukan.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...