39 : adam

50.5K 1K 24
                                    

Lena Rayyan terganggu saat sinaran matahari menyelinap masuk melalui celah-celah langsir bilik. "Ergh." Rayyan mengerang sambil meniarapkan badannya, ingin menyambung lenanya. Namun saat tangannya meraba ruang kosong di sebelahnya, matanya dibuka sedikit. "Sweetheart?" Suara serak basahnya kedengaran bila melihat ruang di sebelahnya kosong. "God." Rayyan memaksa badannya untuk bangkit dari katil. Rambutnya ditolak ke belakang sambil kakinya melangkah keluar dari bilik itu.

Bau makanan dari dapur membuatkannya terus melangkah ke dapur. Dari pintu dapur, dia dapat melihat Ayyara sedang ralit memasak. Gadis itu hanya memakai seluar pendek paras pahanya dan oversized t-shirt. Rambut isterinya itu disanggul, mendedahkan batang lehernya yang sering menjadi kegemaran Rayyan. Rayyan terus melangkah ke arah Ayyara.

"Kenapa tak bangunkan I?"

Bahu Ayyara terangkat sedikit saat badannya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Senyuman terukir di bibirnya saat merasakan kehangatan yang tidak asing padanya itu. "You tidur lena sangat. I malas nak kacau."

Rayyan mencium lembut batang leher Ayyara. "No such thing like 'kacau' in my life when you are involved."

Ayyara tergelak. Pisau yang memotong buah-buahan untuk membuat salad buah diletakkan di tepi sebelum dia memusingkan badannya untuk menghadap Rayyan. Rayyan meleraikan pelukan, memberi ruang kepada Ayyara agar gadis itu memusingkan badannya. Tangannya kemudian menekan kabinet dapur itu, memerangkap isterinya.

Tangan Ayyara mencekup kedua-dua belah pipi Rayyan. "I tak tahu pula you akan jadi clingy macam ni lepas kahwin," ujarnya lembut sebelum mengucup ringkas bibir Rayyan itu.

"I can be anything whenever I'm with you," ujar Rayyan sambil membenamkan wajahnya di bahu Ayyara. Matanya dipejamkan sambil dia menghidu lembut bauan isterinya. "Hmm.. I love your smell," gumamnya.

Ayyara tersenyum sambil tangannya memeluk erat badan Rayyan itu. Tangannya menepuk lembut belakang badan suaminya yang terdedah itu. "Pergilah masuk tidur balik," beritahunya lembut.

"Tak nak. I tak boleh tidur you takde."

"Mengada. Habis tu sebelum kahwin okay je tidur seorang?" ujar Ayyara.

"Itu sebelum I jatuh cinta dengan you, sebelum I tahu how good it is ada isteri tidur kat sebelah, boleh peluk," balas Rayyan biasa. "You masak apa by the way? Tak boleh ke you teman I tidur instead of masak? I mean, kita boleh je order pizza ke."

"Eh mengada la dia ni!" Ayyara menepuk bahu Rayyan. "I ada meeting kejap lagi, Rayyan. You jangan nak mengada macam ni. You tak masuk office ke?"

"Malas."

Ayyara menggulingkan biji matanya. "Can't relate." Pelukannya dileraikan sebelum dia menolak badan Rayyan daripada terus melekap padanya. Tangannya kembali mencekup kedua-dua belah pipi Rayyan. "Kalau you tak masuk office, you boleh sambung tidur. Kalau you masuk office, pergi mandi and bersiap. Lepas tu breakfast."

"Nak mandi sama."

"Oh my God Rayyan!" Ayyara memicit hujung dahinya mendengar permintaan mengada Rayyan itu. "Takde takde. Daripada you seorang tak masuk office, dengan I sekali yang tak masuk office. So no. Pergi mandi seorang!" Ayyara menolak badan Rayyan untuk keluar dari dapur.

"I want a kiss!"

"I already gave you Rayyan! Stop being a kid!"

"I am not!"

"You are!"

Langkah Rayyan terhenti di hadapan pintu dapur. Dia kembali menoleh pada Ayyara. "I am your daddy, baby girl. Don't tempt me or no one will leave this house today," ujar Rayyan sambil mengenyitkan matanya sebelum kembali menyambung langkahnya untuk keluar dari dapur itu, meninggalkan Ayyara yang menggulingkan biji matanya.

~

"Pengantin baru, boleh masuk?"

Rayyan yang ralit bersiul mengangkat wajahnya untuk memandang Naufal yang mengetuk pintu pejabatnya. Naufal menjongket-jongketkan keningnya membuatkan Rayyan menggulingkan biji matanya. "Come in Naufal."

Naufal sengih. Dia melangkah masuk ke dalam bilik kerja Rayyan itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di hadapan Rayyan. Matanya menatap wajah kawan baiknya itu bersama senyuman penuh makna.

"What?" Rayyan menjongketkan keningnya.

Naufal membetulkan duduknya dan menyatukan kedua-dua tangannya di hadapan dadanya. "How was your honeymoon?" soalnya biasa.

Rayyan menggulingkan biji matanya. "I bet you have a lot to think selain daripada honeymoon aku. But, thanks for asking anyway. It was perfect."

Naufal tersenyum saat mendengar jawapan itu. "So kiranya, mini Rayyan and Ayyara is coming soon la macam mana ni?"

"Faster than Arfan and Airis? I think no."

"Airis is still studying, so Arfan is taking it slowly. That's different with you guys. Cepat sikit, at least ada juga kawan anak-anak aku."

Rayyan mengecilkan matanya. "Kau free sangat ke ni Naufal sampai ada masa nak borak pasal anak dengan aku?"

Naufal sengih. "No. I have something to tell you."

"So get to the business."

"Noah Adam, CEO Mirella. Dia datang dekat aku last week, propose for us to join hands."

Rayyan mengerutkan keningnya. "And kau cakap apa?"

Naufal menjungkitkan bahunya. "I said I will think about it. But there's one thing yang dia letak as syarat kalau nak join hands dengan dia. I can't invest or helping in Edspired."

Rayyan terdiam saat mendengar itu. Of course he won't stay put when his brother was killed. "I see.."

"Aku tak cakap yes lagi. Because even if Mirella is the global company, aku dah invest dalam Edspired. I don't meet the condition."

Rayyan menganggukkan kepalanya. "So kenapa kau bagitau aku? I'm not the one who is capable making the decision."

"You own 40% of this company Rayyan."

"And you make the decision," ujar Rayyan biasa.

Naufal bersandar pada kerusi. Matanya meneliti wajah kawannya itu, seolah-olah dapat mengesan sesuatu yang berlaku di antara Rayyan dan juga Adam. "Noah Aidan. Is it your doing?"

Rayyan hanya diam, tidak menjawab. Kerana dia tahu, Naufal pasti tahu juga.

Naufal angguk. "What did he do?"

"I don't want to talk about it."

"Sure." Naufal tidak banyak karenah. Meja Rayyan diketuknya dengan jari-jemarinya. "I guess kau okay kalau aku terima his proposal?"

"I am." Rayyan hanya memandang Naufal dengan pandangan penuh maknanya.

Naufal mengangguk, memahami apa yang cuba disampaikan oleh Rayyan. "Consider my part is done."

"Thanks."

Naufal bangkit dari kerusi dan mengemaskan bajunya. Dia memandang kembali pada Rayyan yang hanya bersandar pada kerusi. "Check Edspired's security system. Aku tak rasa Adam akan lepaskan Edspired macam tu je lepas apa yang jadi dengan Megat Awatif. Diaorang rugi banyak because of that."

Rayyan mengangkat wajahnya memandang Naufal dan mengangguk. "Will do. Thanks bro."

Naufal mengangguk. "Got to go. Aku ada lunch dengan Liyana."

Rayyan hanya senyum kecil dan mengangguk. "Kirim salam Liya."

"Sure."

Rayyan hanya memandang langkah Naufal yang keluar daripada bilik pejabatnya itu. Nafasnya dihelakan. Dia memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Lunch.

Rayyan segera menutup komputer ribanya dan mencapai telefon serta kunci keretanya. Sambil dia melangkah, sambil dia mendail nombor Ayyara. Namun, tiada jawapan daripada gadis itu. Rayyan menghelakan nafasnya.

Whatever, I'm coming to your office.

~

Clingy Rayyan :))

My Silent Temptation Where stories live. Discover now