22 : i need you

47.5K 1.2K 46
                                    

"Akak nak pergi kerja dah ke hari ni?"

Ayyara yang baru sahaja keluar dari bilik tidurnya lengkap dengan persalinan pejabatnya menoleh pada Arisha yang juga baru keluar dari bilik yang dihuninya sepanjang berada di situ.

"Ha'ah. Ari nak pergi kelas?"

"Galeri," jawab Arisha sepatah sambil melangkah ke dapur untuk menyediakan air kegemarannya. "Bukan Abang Arfan suruh akak rehat je ke minggu ni?!" jerit Arisha dari dapur.

"Akak bosanlah duduk rumah!"

Namun sebenarnya, dia sengaja ingin menyibukkan diri supaya mindanya tidak dipenuhi dengan Rayyan dan confession yang dibuat oleh jejaka itu semalam. Bahkan semalam, dia tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan jejaka itu, berkira jika apa yang didengarinya semalam hanyalah satu khayalan atau satu pembohongan.

"Because I love you."

Ayyara menggelengkan kepalanya, cuba menghilangkan ayat tu daripada terus menghantui fikirannya.

"Ari nak turun sekarang. Kak Yara?"

Suara Arisha menarik Ayyara dari dalam lamunannya. Dia memandang ke Arisha yang sedang menyarungkan sneakers di hadapan muka pintu. "Jom." Dia mengatur langkah ke hadapan pintu dan high heels yang berwarna hitam dikeluarkan sebelum dijatuhkan di atas lantai dan disarungkan pada kakinya.

Setelah memastikan pintu berkunci, Ayyara dan Arisha serentak melangkah ke arah lif. "Ari nak akak hantar ke pergi galeri?" soal Ayyara sambil mereka menunggu lif.

Arisha menggelengkan kepalanya. "It's okay. Ari boleh drive," tolak Arisha.

Ting!

Ayyara dan Arisha serentak menoleh ke arah pintu lif yang terbuka luas. Buat seketika, Ayyara menghelakan nafas yang lega saat melihat perut lif itu kosong, tiada sesiapa termasuklah jejaka yang bernama Rayyan.

Setelah apa yang diberitahu oleh Rayyan kepadanya semalam, dia tidak rasa dia boleh berhadapan dengan jejaka itu buat masa sekarang. Bukan kerana dia tidak mahu jejaka itu bertanya soalan yang sama, tetapi kerana dia risau dia akan menyakitkan hati jejaka itu lagi.

Dia mengaku dia selesa dengan jejaka itu. Jauh di sudut hatinya ingin sesuatu yang lebih baik untuk dirinya dan jejaka itu. Namun sebahagian daripada hatinya masih tidak mampu melupakan akan kejadian di mana dia dikhianati oleh lelaki empat tahun yang lalu.

"Kak Yara, Ari gerak dulu tahu? See you later."

Suara Arisha menyentakkan Ayyara dari lamunannya. Dia memandang Arisha dan hanya mengangguk. "Drive safe."

Arisha sekadar mengangguk sebelum melangkah ke arah keretanya. Ayyara sekadar menghantar langkah Arisha dengan matanya sebelum dia juga turut melangkah ke arah keretanya.

~

"Judging by your face, you know him very well, right? Very well yang sampai kau approach dia untuk disguise kematian mama sebagai kematian disebabkan penyakit. And not to mention, dia ialah doktor yang diagnosed mama ada kanser dan dia juga yang handle mama for two years before mama meninggal."

"Aku buat semua tu sebab mak kau! Mak kau curang dengan Taufiq sampai lahirkan kau! Kau bukan anak aku, Ayyara!"

"Stop the car."

Arfan memandang pada Ayyara. Nafasnya dihelakan sebelum dia menghentikan kereta di bahu jalan. Stereng kereta digenggamnya kuat.

Ayyara memandang Arfan dengan mata berkacanya. "What is that? Do you know all this time?" soalnya tanpa nada.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now