D-1

10.7K 303 11
                                    

"Abang awak macam tak suka saya je." bisik Hanani perlahan. Matanya tak lepas daripada memandang wajah dingin dan tegang milik abang tunangnya itu. Ngeri!

Patutlah tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Muka garang semacam, macam manalah nak sangkut. Rupa dah ada, kaya, berpangkat, tapi itulah sayang. Seram mengalahkan hantu! Memang tak adalah yang sangkut. Kata bakal mentuanya, abang tunangnya itu memang seperti itu. Ikut ayahlah katakan. Bekas tentera. Memang patutlah.

Nasib baik tunangnya lain daripada yang lain. Kalau tidak, hm... Tak tahulah apa yang jadi pada hubungan mereka nanti.

Khalaf tergelak lucu. Dipandang sama abangnya yang duduk dihalaman rumah itu. Tegang aje wajahnya. Adalah itu hal kerja. Kalau tidak, tak adanya mukanya macam itu. Kelat semacam!

Kebetulan abangnya itu baru pulang daripada kerja setelah lama tidak pulang. Bertugas di Gaza. Misi bantuan kemanusiaan. Ikut babahlah katakan. Orang kanan kuat babah. Mestilah ikut babah.

"Muka dia memang semula jadi macam itu. Tak ada apa yang nak dipelikkan. Tapi hati dia baik, penyayang." Hanani anggukkan saja walaupun tak yakin. Tengok orang macam nak telan!

Sedar yang dirinya diperhatikan, langsung lelaki itu menoleh. Membalas pandangan Hanani. Hanani terkedu. Dia... balas pandangan aku? Tetapi tidak lama. Lelaki itu mengalihkan pandangannya.

Hanani masih tergamam. Dia tidak percaya dengan apa yang baru terjadi tadi. Is that really true? I'm not dreaming?

"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"

"Ha? Apa dia?" Hanani tersedar daripada lamunannya.

Khalaf senyum kecil. "Umi nak kita percepatkan tarikh nikah. Bulan depan. Nanti umi dengan babah pergi jumpa ibu dengan ayah awak."

"O... oh, ha. Okey...." dengar tak dengar saja apa yang Khalaf cakapkan itu. Khalaf kembali berborak dengan umi dan babahnya.

Manakala, Hanani kembali melihat ke luar. Memandang susuk tubuh tegap yang sedang berborak ditelefon dengan wajah tegangnya. Sesekali itu, mata mereka berlaga. Tidak sampai seminit, lelaki itu mengalihkan pandangannya kembali. Fokus dengan apa yang dia sedang bicarakan ditelefon.

Kenapa aku rasa lain macam bila tengok abang Khalaf?

Selebihnya, itulah kali terakhir pertemuan mereka sebelum masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Hanani dengan kerjayanya sebagai seorang guru tadika. Khalaf dengan kerjayanya sebagai seorang chef di salah sebuah restoran miliknya sendiri. Dan... Abang Khalaf kembali bertugas di Gaza sebelum cuti panjang meraikan perkahwinan adiknya.









Nombor sahabatnya didail. Tetapi tidak disambut. Malahan masuk ke dalam kotak suara. Membuatkan dia bertambah hairan. Tak pernah-pernah tak angkat call. Selalunya dialah yang terpaling rajin call, dan terpaling laju yang mengangkat panggilan. Tetapi hari ini, pelik daripada biasa.

Sibuk sangat ke dia tu?

Malas mahu berfikir panjang, Hanani menjongketkan bahunya. Lantaklah sana! Dia cuma mahu inform pada kawan baiknya itu yang dia mahu pinjam kereta. Mahu hantar makan tengah hari pada tunangnya di restoran.

Awal-awal pagi lagi kereta kesayangannya itu buat hal. Tak pasal-pasal masuk bengkel. Merajuklah tu sebab Hanani tinggal dibawah hujan. Bukan apa cuma terlupa. Balik-balik daripada kerja terus melantak tidur tak ingat dunia. Letih sebab banyak kerenah anak murid yang perlu dilayannya. Lagi-lagi yang berusia 4 tahun.

Bukan main ragamnya! Naik pening dibuatnya. Nasib baik aje tak runtuh tadika tu.

Tak apalah, dia guna sekejap aje pun. Nanti balik, dia bagitahulah Qaira. Kalau pun kata kalau nak guna, guna aje. Dia pun bukannya guna sangat kereta ni. Suka sangat tumpang orang.










KAHFI ✔️Where stories live. Discover now