D-12

4.4K 192 6
                                    

Nadim angguk kepala dan memberikan tabik hormat apabila disapa oleh pegawai-pegawai di pangkalan udara. Tiada segaris senyuman dibibirnya. Reaksi seperti biasa apabila dia berada di dalam mode bekerja.

Terlebih dahulu dia mahu berjumpa dengan pegawai atasan untuk mengetahui lanjut tentang misi akan datang. Misi yang membuatkan dia terpaksa meninggalkan isteri buat sementara waktu.

"Tuan," Nadim memberikan tabik hormat pada Kolonel Mazlan.

"Selamat pagi, Kahfi. Awal awak sampai hari ini walaupun tengah mood bercuti." ujar Kolonel Mazlan dengan nada mengusik.

Nadim gelak kecil. "Tidaklah, Tuan. Saya masih dalam persiapan. Tak sempat pun nak bercuti."

Kolonel Mazlan angkat keningnya. "Persiapan apa? Macam serius aje bunyi tu."

"Persiapan nak kahwin, Tuan. Minggu depan."

Kolonel Mazlan menayangkan riak wajah terkejut sebelum dia angguk-anggukkan kepalanya.

"Akhirnya, sampai juga masa awak. Baru saja saya nak jodohkan awak dengan anak saya kalau tahun ini awak masih belum berpunya."

"Jangan, Tuan. Marah bakal bini saya nanti. Belum apa-apa lagi nanti dah kena tidur luar. Saya tak nak, Tuan."

Kolonel Mazlan gelak besar. Dia angguk-anggukkan kepalanya. "Iyalah, iyalah."

Nadim hanya senyum melihat Kolonel Mazlan ketawa. Seronok dia ya ketawakan aku.

"Misi kali ini macam mana pula, Tuan?"

Wajah Kolonel Mazlan sudah bertukar serius. Dia tidak boleh main-main jika melibatkan hal kerja. Itu adalah salah satu peraturan dan disiplin seorang tentera.

"Sama juga seperti yang lepas. Misi bantuan kemanusiaan, di samping menghalang dan mengekang pihak musuh daripada terus mara. Perang di sana akan bermula tak lama lagi. Genjatan senjata sudah pun berakhir. Awak dan team perlu lebih berhati-hati." terang Kolonel Mazlan dengan jelas.

"Dan awak sekali lagi perlu mengetuai misi ini."

Nadim angguk kepalanya tanda faham. "Macam mana dengan pesawat dan team semua? Mereka sudah bersedia?"

"Ya, mereka semua sekali sudah bersedia. Tinggal untuk melaporkan diri pada minggu hadapan sahaja."

"Masih ada lagi ke rakyat Malaysia di sana yang tak boleh keluar?"

Melihat anggukan daripada Kolonel Mazlan itu, sudah cukup membuatkan dadanya sesak.

Terasa berat bahunya dengan beban yang perlu dia pikul lagi. Bukan mudah dan memang tak mudah. Tetapi nak buat macam mana? Dah ini cita-cita dia. Takkanlah dia mahu putus asa ditengah jalan? Tak mungkinlah!

"Baik, Tuan. Terima kasih untuk laporan." Nadim angkat tangan tabik hormat.

Kolonel Mazlan angguk kepala dan turut angkat tangan membalas tabik hormat. Kemudian, mereka sama-sama beredar daripada bilik kawalan.

Tengah berjalan, Nadim terfikir dan terbayang. Macam lama saja dia perlu tinggalkan Hanani? Macam mana kalau dia tidak pulang dengan selamat? Sedihkah wanita itu?











"Nadim baru balik dari mana, sayang?"

Nadim angkat kepala memandang Datin Maya yang kebetulan duduk santai di ruang tamu. Serta merta bibir naik mengukir senyuman nipis.

"Dari pangkalan, umi. Buat laporan minggu depan." Nadim ambil tempat disebelah uminya. Kepala disandarkan pada bahu Datin Maya. Hilang penat serta merta.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now