D-42

3.2K 182 12
                                    

Beberapa bulan berlalu dengan cepatnya. Hidup terasa aman dan tenang tanpa gangguan. Tetapi, tidak bagi Nadim. Hatinya terasa berat tanpa dia ketahui alasannya. Siang malam dia berdoa, semoga tiada apa-apa yang berlaku. Namun, dia tetap takut. Rasa takut yang Allah saja yang tahu.

"Abang menungkan apa?"

Nadim menoleh kebelakangan. Dia senyum nipis melihat kehadiran Hanani bersama segelas susu ditangan.

Hairan, sejak kebelakangan ini Hanani sering minum susu. Bila ditanya, katanya sengaja tukar selera. Tetapi apa yang dia tahu, Hanani memang tidak gemar akan susu, nak-nak lagi susu putih. Kenapa tiba-tiba?

"Susu lagi?"

Hanani sengih lebar. "Sedap pula susu ni. Tak salahkan minum?"

"Salah apanya? Minum ajelah." Nadim geleng kepala. Yang bukan-bukan isterinya buat. Pelik!

"Tapi Hanan ambil susu segar abang punya dalam peti ais. Tak apa ke?" takut-takut Hanani minta walaupun sudah banyak kali sebenarnya dia ambil. Tak terkira. Kalau boleh setiap jam nak minum. Sedap sangat!

Dia sendiri pun pelik. Dia memang seorang yang anti dengan susu. Nak-nak lagi susu putih. Tetapi ini terbalik pula. Dah jadi kegemaran. Minum hari-hari pula tu.

"Minum je. Abang bukannya minum selalu. Come, duduk sebelah abang." Nadim pamit isterinya duduk disebelah.

Hanani apa lagi, terus berlari anak mendekati suaminya. Bukan tempat duduk kosong dicarinya, malah riba Nadim pula yang menjadi tempat duduknya. Bertuah punya Hanani!

Tidak pula Nadim marah. Hanya tersenyum sebagai balasan. Pinggang Hanani dipeluk erat agar tidak jatuh. Hanani selesakan posisi duduknya. Mereka sama-sama menikmati pemandangan waktu malam dibalkoni rumah mereka.

"Hanan,"

Hanani menghayunkan dagunya kedepan sebagai balasan. Segelas susu ditangannya diteguk perlahan.

"Hanan... Tak rasa lain ke?"

Hanani mengerutkan dahinya. "Lain? Apa yang lain? Hanan berat ke? Kalau berat, tak apalah Hanan turun duduk sebelah abang."

Baru sahaja Hanani mahu turun daripada riba suaminya, Nadim menghalang.

"Eh, tak. Abang okey je Hanan duduk atas abang. Abang saja tanya kalau-kalau Hanan ada sorokkan apa-apa daripada abang." takut-takut Nadim bersuara.

Iyalah, perempuan kan sensitif kalau disoal pasal beratnya. Tapi lain pula reaksi isterinya ini kan. Hanani bukan perempuan ke?

"Oh, tak adalah. Hanan pun perasan juga. Apa boleh buat? Sedap sangat abang masak. Kalau bukan Hanan, siapa lagi yang nak habiskan, kan?" Hanani sengih lebar. Langsung tak marah apabila Nadim sebut pasal berat badannya.

Nadim angkat keningnya. Okey.... Ini pelik. Bukan sikit, tapi banyak! Rasa macam ini bukan isterinya. Atau dia salah tarik orang masuk dalam rumah, ya?

"Abang tak dapat apa-apa panggilan daripada pangkalan?"

Baru sahaja Nadim mahu menjawab, telefonnya berbunyi minta diangkat. Langsung telefonnya yang terletak diatas meja kopi itu diambil dan dilihat nama yang tertera. Dahinya mengerut.

Kolonel Mazlan?

Hanani yang melihat perubahan air muka Nadim itu hanya mendiamkan diri tanpa menyoal. Rasanya baru sahaja cakap pasal kerja, terus orang atasan dah telefon. Perlu keluar bertugas ke?

"Hanan boleh bangun sekejap? Abang nak angkat call." suara Nadim menyentakkan lamunannya.

Baru Hanani tersedar. Langsung dia bangun beranjak ke tempat duduk yang kosong disebelah. Nadim bangun bergerak menjauh sedikit daripada isterinya untuk menjawab panggilan.

Hanani sabar menunggu. Sambil-sambil itu, dia habiskan segala sisi susu didalam gelas itu. Sempat dia melirikkan matanya melihat Nadim yang masih dengan panggilan. Tegang dan sugul sungguh wajahnya. Pasti berat apa yang didengarinya.

Jam menunjukkan angka 11 malam. Hanani masih menunggu Nadim habis menjawab panggilan. Walaupun sudah disuruh banyak kali oleh Nadim untuk masuk tidur, bukan Hanani lah kalau tak degil! Tetap nak tunggu bantal peluknya juga.

Matanya sudah mula kuyu. Minta masuk ke alam mimpi. Tersengguk-sengguk kepala menunggu suaminya. Tak lama itu, dapat Hanani dengar suara Nadim menjawab salam. Terus segar matanya. Tegak kepalanya mencari tubuh suami.

Nadim menghela nafas berat. Menunduk sambil memejam mata. Merasai angin malam yang agak dingin pada malam itu. Dahi Hanani mengerut melihat perubahan ketara suaminya. Macam dah dapat agak apa yang bakal terjadi.

Hanani bangun mendekati Nadim yang masih belum sedar dengan kehadirannya. Tangan kanannya memeluk pinggang Nadim, manakala kepalanya disandarkan pada bahu Nadim. Nadim hanya biarkan.

"Kerja?"

Nadim diam. Serba salah mahu menjawab.

"Lama? Tak macam selalu?"

Nadim diam lagi. Makin serba salah jadinya.

"Kenapa diam je? Hanan tak marah pun." Hanani menepuk perlahan tangan suaminya tanda memujuk.

Kalau Nadim diam macam ni sebab rasa bersalah je, tak pun tengah lawan perasaan dalam diri dia. Nadim tak selalu bercerita, sebaliknya hanya bersujud lama sambil mengalirkan air mata. Dia tahu dan dia selalu nampak. Dia jadi saksi setiap malam suaminya menangis diatas sejadah.

"Abang... Minta maaf."

"Kenapa minta maaf? Abang tak ada salah apa pun. Itu tugas abang, tanggungjawab abang, amanah untuk abang. Hanan kena faham. Hanan kena terima bila Hanan dah jadi isteri abang. Ini pilihan Hanan. Abang janganlah risaukan Hanan." Hanani senyum lebar. Tidak mahu Nadim berasa gusar hati. Walaupun dalam hatinya sendiri tidak tenang.

Apa yang akan terjadi kepada mereka berdua kalau Nadim tiada disisi mereka?

It takes a strong woman to love a military man.

"Jauh?"

Akhirnya Nadim anggukkan kepalanya.

"Bukan tempat biasa?" Nadim geleng kepala. Dia pun sebenarnya terkejut juga. Tak pernah-pernah dia dihantar sejauh ini. Rasa berat hati ni nak terima tugasan.

Hanani anggukkan kepalanya. Dia senyum saja. Tak mahulah dia tunjuk rasa sedih dia pada Nadim. Kalau dia sedih, Nadim sedih juga. Kang tak pergi bertugas nanti.

"Tak apalah, itu tugas abang, tanggungjawab abang. Laksanakannya dengan baik."

Nadim hanya diam dan senyum. Dia tahu disebalik wajah ceria Hanani, terselit rasa sedihnya juga. Hanani memang pandai sembunyikan.

"Jom masuk? Someone dah meragam." ujar Hanani perlahan. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam meninggalkan Nadim yang terpinga-pinga.

Someone? Meragam? She's kinda weird lately ni actually.

"Abang!"

Nadim menjadi kalut apabila terdengar suara Hanani menjerit memanggilnya. Cepat-cepat dia masuk dan menutup pintu gelangsar dengan rapat. Langsir diselak menutup pintu gelangsar itu.






Raya without Nadim lah kita tahun ni ya? Jangan sedih-sedih na. Ate kome beraya aje. Hanani kuat without suami tercintah!

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now