"Nak masak apa?" soal Nadim melihat Hanani sudah siap-siap mengeluarkan bahan dari dalam peti sejuk. Dia berdiri bersandar di meja pulau. Menanti Hanani.
"Awak nak makan apa?" soalan dibalas dengan soalan. Nadim meletakkan jari didagunya. Lama kelamaan dia pasrah. Tiada makanan yang terlintas difikirannya langsung. Dia angkat bahu.
"Aku makan apa pun tak kisah. Janji bukan kayu dengan batu." dia tersengih pada Hanani. Dia tanya, kita jawablah.
Hanani senyum kemudian geleng kepala. "Udang masak sambal dengan ulam-ulaman boleh? Makan tak?"
Kalau tekak Nadim boleh terima, pasti yang lain pun boleh terima. Keluarga Nadim ni bukan jenis yang cerewet. Makan sahaja apa yang ada.
Nadim angguk kepala laju. "Boleh,"
Sepanjang mereka berdua didapur, dapur itu tak pernah sunyi. Penuh dengan gelak tawa mereka. Dengan Nadim yang suka mengusik, Hanani yang pantang diusik.
Nadim pun tidak boleh duduk diam. Ada saja kerjanya nak berjalan sana sini. Hanani pergi ke singki, Nadim mengekori. Hanani pergi jenguk barang didalam peti ais, Nadim mengekori. Bila suruh duduk diam, pandai dia bagi alasan.
Kata nak teman isterilah, tak boleh tinggal isteri lama-lama lah, nanti rindulah. Banyak sungguh alasannya! Dengan buah tembikai yang sudah dipotong kecil tak lepas dari ditangannya. Kemana sahaja mesti bawa.
"Cuba duduk diam. Awak ni... Kerja nak mengacau aje!" Hanani geleng kepala.
Nadim buat tak endah. Dia berdiri dekat dengan Hanani. Cuba menarik perhatian Hanani. Daripada tadi perhatian Hanani asyik dekat ulam-ulaman itu aje. Bilanya dia boleh dapat perhatian pula?
Ulam tu ke, aku yang suami dia?
"Dalam semua abang-abang Hanan, who's the best brother?" sengaja Nadim mencari topik. Ingin memecahkan kesunyian.
"Bagi Hanan lah kan, semua the best! Hanan sayang dia orang sama rata, Hanan tak nak banding-bandingkan. Semua layan Hanan baik, jadi Hanan pun kena layan dia orang sama rata." Hanani beri hujahnya.
"So, jadinya Haq tu memang brother and boyfriend yang material ke?"
"Yes, of course! Kenapa? Tak percaya ke?" Hanani gelak lucu. Memandang Nadim yang menayangkan wajah tidak percayanya.
"He's the best one tau! Untung bakal isteri dia. Kacak pun kacak, berduit pun iya, berpangkat pun iya. Cuma itulah, dia tu kadang annoying. Rasa nak lempang! Menyampah tau! Kalau tak sakitkan hati orang dengan perangai stupid dia tu memang tak sah!" Hanani mula bercerita pada Nadim.
Ramai yang tidak tahu menahu pasal Haq ni sebabnya Haq memang perahsia orangnya. Dia memang jarang bagitahu pasal latar belakang. Pendiam pun iya kadang-kadang. Tetapi ramai peminat! Ha, itu pelik.
Nadim gelak apabila melihat Hanani turut ketawa ketika menceritakan tentang hidup sedih sebagai seorang Haq Isaac. Matanya tak lari daripada melihat wajah manis itu. Sesekali mata itu menyepet dari biasa.
"Hanan nak tahu satu perkara tak?"
Hanani pandang Nadim. Menjongketkan keningnya. "Apa dia?"
Nadim tenung wajah Hanani. Dia bersandar pada meja pulau itu sambil menghadap Hanani. Tangannya naik mencuit dagu Hanani membuatkan Hanani gelak. Suaminya ini kan! Tangan memang tak boleh duduk diam!
"Isteri Nadim Kahfi ni cantik sangat." ikhlas Nadim memuji.
Hanani sengih lebar. Sukalah orang puji-puji ni! Baru sahaja dia mahu membalas, telefon Nadim berbunyi. Dia senyum memandang Nadim yang turut memandangnya sambil mengeluarkan telefon daripada poket seluar.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...