Hanani menepuk-nepuk bahu Nadim yang sudah lengkap beruniform itu. Dia senyum puas dengan hasil kerjanya. Susah juga untuk menguruskan abang askar seorang ni. Persiapannya bukan main lama lagi. Lagi lama daripada dia yang perempuan ini.
Nadim turut tersenyum melihat tingkah laku comel Hanani itu. Menunduk memandang Hanani yang tingginya separas dagunya. Alah, comelnya awak sayang....
"Handsome dah suami saya ni. Jangan ada yang mengurat nanti sudah." selamba Hanani menyatakan kecemburuannya.
Yalah, mana tahu nanti ada yang menggatal? Memang dia kerat 18, biar tak pergi kerja.
"Siapa pula nak mengurat aku? Kalau ada, rasanya aku dah lama kahwin. Kau pun tak jadi isteri aku." balas Nadim dengan kening yang sengaja diangkat-angkat.
Hanani mencebik lalu menjeling. Maknanya ada niatlah tu nak kahwin dengan orang lain?
Sedar Hanani dikuasi cemburu, dia senyum dan gelak kecil. Nadim memusingkan badan menghadap cermin. Tangan kanannnya melilit pinggang Hanani. Mereka sama-sama menghadap cermin panjang dan lebar itu.
Nadim tersenyum melihat wajah cemberut Hanani.
"Tapi aku nak kau je, Hanan. Kalau ada yang mengurat pun, aku tak nak dia orang. Only you, Hanani. My drug is you." bisik Nadim ditepi telinga Hanani.
Mata Hanani membulat besar. Tidak sangka yang ayat itu akan keluar daripada mulut Nadim untuk memujuk dirinya. Wajah Nadim yang sedang tersenyum senget itu dipandang daripada cermin.
"Kalau malam tadi aku tak tidur awal, mungkin kita boleh..."
Hanani menolak tubuh Nadim menjauh. Wajahnya terasa panas. Warna kulit bertukar menjadi merah padam. A... Apa yang Nadim merepek ni?!
"Ce... Cepat sikit. Semua dah tunggu." cepat-cepat Hanani mencapai beg tangannya dan keluar daripada bilik mereka dalam keadaan tergesa-gesa.
Nadim hanya melihat pemergian Hanani itu bersama senyuman sengetnya. Keningnya dijongketkan. Kau takutkan dia, Nadim?
Dia gelak kecil. Kepala digeleng-gelengkan. Comel sangatlah awak ni, sayang....
Tanpa membuang masa, Nadim mencapai bagasi dan beg sandangnya untuk dibawa turun. Tidak dilupakan dengan telefon dan dompetnya. Dua barang itu dimasukkan ke dalam poket seluar.
Dia berjalan turun dengan berhati-hati. Dilihatnya semua ahli keluarga sudah berkumpul diruang tamu. Menunggu dirinya.
"Kau buat apa dengan bini kau, Nadim? Sampai merah pipi dia ni."
Nadim yang baru sahaja meletakkan bagasi serta beg sandangnya diatas lantai itu memandang dengan jongketan kening. Dipandangnya pula isterinya yang menyorok dibelakang mentuanya. Tersungging satu senyuman senget dibibirnya.
"Buat apa? Mana ada apa-apa kan, Hanan?" Nadim mengusik isterinya lagi.
Makin membuatkan pipi Hanani terasa panas dan wajahnya bertukar merah padam. Lain macam Nadim hari ini! Seram sungguh perlakuannya!
Khai yang melihat drama itu mencebik dan membuat muka. Cis, Nadim dan Khalaf sudah berkahwin. Dia bila lagi? Kalau dah kahwin, bolehlah dia sweet-sweet dengan isteri.
Nadim mendekati babah dan uminya. Berdiri tegak dihadapan mereka berdua lalu tabik hormat. Apabila Dato' Khairul membalas tabik hormat itu, Nadim terus memeluk kedua ibu bapanya. Erat sehingga rasa tidak mahu dilepaskan.
Air mata Datin Maya sudah mengalir. Rasa berat mahu melepaskan anak sulungnya itu pergi walaupun sudah acap kali ditinggalkan untuk keluar bertugas dinegara orang.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...