Haq pandang Nadim tajam. Lelaki itu pandang Nadim atas pandang. Pandangan yang seperti mahu membunuh orang. Atau Haq tau yang dia sebenarnya Hades dalam Eagle Eyes?
"I need an explaination."
"About what?" selamba Nadim bertanya kembali. Sengaja tarik tali dengan Haq.
"Macam mana kau boleh dengan adik aku? Secepat itu?" pelik! Hanani kata dia dah serik. Lagi-lagi mereka merupakan adik beradik.
"Aku kan gentlemen. Tak mainlah guna cable. Aku terus bagitahu hajat aku dekat bakal mentua aku." sengaja Nadim menekankan perkataan 'bakal mentua'.
Nak buat Haq sakit hati tapi tak lama lagi pun dia akan mendirikan rumah tangga. Tetapi rasanya, Hanani terpaksa langkah bendul dululah kerana dia perlu kembali bertugas pada bulan hadapan.
Pihak atasan masih belum tahu tentang perkara ini. Sudah pastilah namanya akan serta merta dimasukkan dalam misi yang seterusnya. Mana mungkin mereka akan biarkan yang bujang ini duduk goyang kaki dipangkalan.
"Maaflah sebab terpaksa buat Hanani langkah bendul. Aku kena bertugas tak lama lagi. Tak naklah tinggalkan dia lama-lama tanpa status. Takut nanti kena caras." Nadim tersengih pada Haq. Haq menjeling.
"Berapa lama kali ni?"
"Satu bulan aje. Kalau selesai cepat, lagi cepat aku boleh balik."
Haq angguk kepala. Mujur satu bulan sahaja. Kalau lebih lama, memang dia tak akan bagi Hanani kahwin dengan Nadim ni. Nak kahwin tapi tinggal isteri lama sangat buat apa.
"Weng, weng! Oh, inilah bakal suami princess aku?" muncul Haidar yang entah datang dari mana.
Aik? Sejak bila dia balik? Tak dengar bunyi enjin kereta dia pun?
"Hai, aku Iman Haidar. Panggil Haidar, of course. Baru glamour. Aku, abang ketiga my princess, Hanani. Nice to meet you." ramah sungguh Haidar memperkenalkan dirinya. Dia mengambil tempat betul-betul dibawah pokok untuk menyandar pada batang pokok dipangkin itu.
Nadim angguk kepala. "Nadim Kahfi."
"Oh, kau abang Khalaf Noel?" Nadim angguk kepala lagi.
Haidar berdecit. No wonder... Adik boleh tahan, apatah lagi abangnya. Kalah dia nanti. Macam mana kalau Hanani dah tak nak pandang muka dia? Iyalah, dah ada suami handsome, mana nak pandang orang lain dah.
"Adik kau boleh tahan biadap juga." walaupun Nadim lebih tua daripada dia, tapi apa dia kisah? Demi Hanani, dia sanggup redah lautan api.
"Iman Haidar!" keras suara Haq memanggil adiknya.
Haidar menggulingkan mata. Tangan naik memeluk tubuh. "Fine! I'm sorry. But aku tak akan tarik ayat aku tadi."
"Bila langsung? Berapa hantaran?"
"Bulan depan, RM 15K." pendek Nadim balas.
Haidar berdecit. "Cepat sangat dan sikit sangat."
Haq yang mendengar komen adiknya itu, menjeling tajam. "Ayah tak suruh kau komen pun. Bukan kau yang nak kahwin."
Haidar menjegilkan matanya pada Haq. Musibat betul perangai! Bukan nak back up! Diperlinya aku kaw-kaw? What the hell, man?!
Beberapa minggu berlalu dengan cepatnya. Persiapan perkahwinan mereka hampir 90 peratus siap dibuat. Betullah apa yang Khai dan Nisa beritahu. Seratus peratus majlis perkahwinan mereka ditanggung Nadim sendiri. Tiada satu sen pun duit yang dikeluarkan keluarga mentuanya dan mama ayah.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...