D-16

3.8K 177 0
                                    

Khalaf bangun daripada pengsannya. Terpisat-pisat dia mahu membuka mata. Dia masih lagi mamai. Tidak sedar dengan keadaan sekeliling. Apabila sudah lama, dia baru sedar daripada mamainya.

Kepala menoleh ke kanan dan ke kiri. Ke atas dan ke bawah. Dengan kaki dan tangan yang teringat menjadikan pergerakannya terbatas. Peluh sudah mula menitik. Setahunya tadi, dia berada di dapur mahu meneguk segelas air. Baru sahaja dia mahu meneguk air, mulut dan hidungnya ditutup dengan sehelai kain sebelum semuanya bertukar menjadi gelap. Tidak sedarkan diri.

And now, here I am! Dia sendiri tidak tahu dia dekat mana.

"It may seem a little crazy,
pretty baby,
But I promise, momma's gon' be alright.
And if you ask me too,
Daddy's gonna buy you a mockingbird,
I'ma give you the world,
I'ma buy a diamond ring for you,
I'ma sing for you,
I'll do anything for you to see your smile."

Khalaf rasa seram sejuk apabila mendengar ada yang menyanyikan lagu itu. Dia angkat kepala. Matanya membulat besar tatkala matanya dapat menangkap kelibat Nadim yang duduk tenang dalam gelap bersama rakannya yang lain.

Dia tidak kenal siapa yang duduk di samping Nadim. Seorang yang berdiri dibelakang Nadim itu sahaja dia kenal. Yang tiga orang lagi itu dia tak dapat cam dengan jelas disebabkan penglihatan dia yang kabur.

"Kau buat apa ni?!" tempelak Khalaf sambil meronta-ronta diatas kerusi.

Nadim senyum nipis. Manakala lelaki disebelahnya hanya beriak dingin. Empat orang dibelakang mereka pula sengih sinis sambil bersiul riang.

"Kami serahkan dia pada kau orang bertiga." ujar Nadim perlahan.

Tiga orang lelaki keluar daripada arah belakang Khalaf. Mereka berdiri disebelah kanan dan kiri Khalaf membuatkan Khalaf meneguk liur perit.

"That's my brother-in-law! Thanks ya! Bagi kita orang bermain dengan dia sekejap, nanti kita orang lepaskan dia balik, okey?"

Nadim diam sebentar. Merenung lama wajah Khalaf yang jelas menunjukkan riak kecewanya. Dia? Tidak tahu mahu rasa apa sekarang ini. Kasihan? Hanya sedikit. Yang selebihnya terbang dibawa kemarahan yang membara.

"Jangan lebih-lebih. Dia masih adik aku."

Mereka tergelak mendengar balasan Nadim. "Dia dah buat tahi pun kau masih anggap dia adik? Tch... Sampah! Memang menyusahkan!"

Pipi Khalaf ditepuk-ditepuk. Takut-takut Khalaf angkat kepala memandang lelaki yang berdiri tepat dibelakangnya. Sekali lagi dia menayangkan riak terkejut. Apa semua ini?

"Apa yang kau orang nak buat dekat aku? Lepaskan aku lah!" tempelak Khalaf pada mereka semua.

"Not that easy, bro."

Khalaf teguk liur lagi. "Kau nak buat apa, Hariz? Masalah dah settle kan?"

Hariz tayang wajah terkejut. Dia angkat kepala memandang dua adiknya yang berdiri disebelah Khalaf. "Kita dah settle ke dengan dia?"

"Belum, bro."

"Masalah dengan dia tak pernah selesai. Asal dah minta maaf, buat lagi. Tch...." balas kedua-dua mereka.

Hariz angkat kening. "See? Hm...."

Hariz menukar riak wajahnya daripada sinis kepada bengis. Dia berdiri tegak berjalan mengelilingi Khalaf yang sudah ketakutan itu. Kemudian, tak lama itu dia berhenti dibelakang Khalaf. Dia membongkok membisikkan sesuatu ditelinga Khalaf.

"Tangan ini yang pegang-pegang adik aku, kan?" bisik Hariz perlahan. Dia berdiri tegak semula kemudian tendang kuat tangan yang terikat itu sehingga menyebabkan Khalaf jatuh tersembam bersama itu yang terikat.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now