D-15

6.4K 287 4
                                    

Hanani melepaskan helah yang berat. Air mata yang jatuh di pipi dikesat perlahan. Air mata yang bertakung sedaya upaya ditahan supaya tidak jatuh lagi. Lega sikit rasanya bila dapat meluah.

"Feeling better?"

Hanani anggukkan kepala. Tetapi baru sedar yang dia sedang bercakap dengan seseorang ditalian. Memanglah dia tak nampak! Dia tergelak kecil.

"Sangat-sangat. Thank you so much sebab sudi dengar." Hanani senyum nipis. Tak sangka ini keputusan yang dia buat.

Semasa menangis tadi, dia tiba-tiba teringat satu kata daripada seseorang.

'Ring me if you need me.'

Terus sahaja dia keluar daripada bilik air dan mencapai telefonnya. Dia mendail nombor orang itu. Tidak sangka yang panggilannya akan terjawab. Apa lagi, dia terus menghamburkan tangisannya pada lelaki itu.

Dan yang paling tak disangka, lelaki itu amat memahami. Makin membuatkan dia menangis. Tetapi bukan nangis kerana sedih, menangis kerana terharu.

Gelabah lelaki itu apabila mendengar tangisannya. Membuatkan dia gelak terhibur. Tak jadi dah nak nangis.

"Sabar, okey? Tak lama lagi. Sikit je lagi. Nanti aku bawa kau pergi jauh daripada dia." tenang suara itu memujuk Hanani.

"Tapi nanti awak kena kerja lama. Saya kena hadap dia juga." adu Hanani lagi. Rasa macam dah sah pula! Tak sabar nak mengadu macam-macam.

"Kalau aku pergi kerja, kau duduk dengan umi. Nisa pun ada. Tak pun kau duduk je rumah. Tunggu aku balik baru kita keluar." cadang Nadim.

Hanani tergelak. "Kejam sangat tu sampai tak keluar. Macam mana saya nak pergi kerja nanti?" ada-ada saja cadangan Nadim. Yang bukan-bukan.

"Untuk kebaikan kau juga." meleret suara Nadim kedengaran ditelinga Hanani.

Hanani gelak lagi. "Iyalah, Tuan Kahfi. Saya menurut perintah." sengaja Hanani mahu mengusik.

"Kau tahu?"

"Mestilah! Bakal suami saya, saya mestilah kena ambil tahu."

Cukup mendengar itu, sudah cukup membuatkan Nadim yang berada ditalian itu tersenyum senget. My bride.... Kita akan berjumpa tak lama lagi. Sikit je masa lagi. Kau akan jadi milik aku.

"Sounds great!"

"Hanani, I got to go. See you in two days, sayang."

Jantung Hanani tiba-tiba berdegup laju. Wajahnya bertukar merah padam. Tangannya naik memegang pipi yang terasa panas. Nadim panggil dia 'sayang'?

"Are you there, Hanani?" tegur Nadim hairan. Tiba-tiba diam, risau juga.

"Ya, ya. I'm okay! See you in two days, Nadim. Bye, assalamualaikum." talian dimatikan. Matanya membulat besar. Nafas cuba diatur stabil.

Gila! Ini memang gila!

Di sebalik talian, Nadim mengukir sengihan senget. Telefonnya kembali dimasukkan ke dalam poket seluar. Can't wait to make you mine!

"Bidadari, huh?" tegur Tengku Zaheen Leo daripada belakang. Terbias senyuman sinisnya dibibir.

"I think so. Rasanya dia dah angau." tambah Farrel dengan kening yang terangkat.

Nadim tidak menjawab. Malah hanya memandang kedua-dua lelaki itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.









Bunyi ketukan pintu menyedarkan Hanani daripada lamunannya. Suara-suara yang bermain difikirkannya serta merta hilang. Dia menoleh memandang pintu bilik. Kening diangkat tinggi.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now