46

5.2K 232 9
                                        

Maaf sebab jalan cerita berterabur dan terburu-buru.

Qaira termenung melihat pantulan dirinya dicermin. Wajahnya kosong, tiada riak. Bagai manusia yang sudah tiada jiwa dan roh. Hanya tinggal jasad semata-mata. Kertas yang bersepah di atas meja solek itu dipandang lama.

Qaira memang sudah fikir masak-masak. Dia tidak akan menerima bantahan daripada sesiapa. Memang itu keputusannya. Dia dan Khalaf juga sudah sebulat suara. Jadi, tiada alasan lagi untuk meneruskannya.

Biarlah orang nak kata apa pada dia. Hanya dia dan yang tahu sahaja yang tahu cerita sebenarnya. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. When they are always manipulating the truth, then they will be blind to the real truth.

"Qaira, jom. Umi dah tanya kita bila nak sampai sana." suara itu menyentak Qaira yang berada dalam lamunannya.

Tetapi Qaira hanya diam, tidak membalas. Membuatkan lelaki itu memandang apa yang dilihat oleh Qaira. Dia terkedu.

"Qaira..."

"Walau macam mana pun keadaan kita sekarang ni, saya cuma nak awak ingat sentiasa."

"Tapi kita kan dah bincang hal ni."

"Ya, memang kita dah bincang. In case, kalau awak sengaja nak manipulate kan apa yang kita dah bincang, saya boleh bawa benda ni sebagai bukti. Boleh jadi saya akan bawa terus ke mahkamah hari itu juga." tegas Qaira bersuara sambil memanah tajam anak mata Khalaf.

Qaira bangun lalu mengambil beg tangannya berjalan keluar daripada bilik itu dengan langkah yang terkedek-kedek. Sama seperti Hanani juga. Qaira sedang sarat mengandung. Tak sangka kan? Sudah lama sebenarnya Qaira mengandung, cumanya dia tidak mahu memberitahu Hanani. Iyalah, waktu itukan hubungan mereka tidak berapa nak baik. Lama-lama Hanani tahu juga.

Khalaf menghela nafas perlahan. Dia memandang kertas di atas meja solek itu dengan pandangan yang sayu.

Sungguh dia tidak bersedia. Khalaf ingatkan dalam beberapa bulan ini, bolehlah dia berbaik dengan Qaira. Tetapi dia gagal. Qaira tetap dengan keputusannya. Kali ini, Qaira betul-betul menjadi keras kepala. Tidak mahu orang lain mengubah keputusannya.

"Khalaf!" teriak Qaira dari tingkat bawah, memanggil Khalaf apabila Khalaf tidak muncul-muncul disebelahnya.

Kalut Khalaf ingin mendapatkan Qaira yang sudah menunggu ditingkat bawah.

"Ya, ya... Datang!"









"Macam mana dengan kau?"

Hanani berpaling memandang Qaira disebelahnya. Keningnya dijongketkan sebelah.

"Apa yang macam mana?"

"Nadim? Any news?"

Terhenti tangan Hanani yang sedang mengurut pinggangnya sendiri. Dia terdiam seketika mendengar soalan yang ditanyakan itu.

Apa yang dia mahu jawab? Apa jawapan yang terbaik untuk soalan itu? Sedangkan dia sendiri tak tahu apa jawapannya. Dalam beberapa bulan Hanani menunggu jawapan daripada seseorang, apa yang dia dapat cuma... Hampa! Bukan jawapan itu yang dia mahukan.

"Hanani?"

"Aku... Tak tahu."

Qaira menggigit bibir bawahnya. Argh, dia lupa! Kenapalah dia tanya soalan itu pada Hanani? Terbit rasa bersalah dalam dirinya.

"Hanani, aku..."

"Aku pun tak tahu, Qaira. Jawapan yang aku dapat semuanya bukan apa yang aku mahukan. Aku mengharapkan jawapan lain, tetapi mereka bagi aku jawapan yang tak sepatutnya mereka bagi pada aku."

KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang