D-5

8.7K 404 13
                                        

Nadim jadi tak senang duduk. Biar betul apa yang Haq cakapkan tu? Atau dia sebenarnya sengaja nak kenakan aku? Memang musibat betul perangai jantan ni.

"Jemput makan, Nadim. Hanani yang buat kek ni. Kebetulan ada lebih, sengaja buat lebih untuk makan-makan. Rezeki kamu lah ni yang dapat." celah Puan Alyah dari dapur. Menatang dulang yang berisi cawan dan kek coklat.

"Hanani! Bawa pinggan dengan jug air yang mama dah sediakan atas meja tu!"

"Ya, ma! Sekejap!"

Haq geleng kepala. Sejak dah baik daripada sakit ni, makin kuat suaranya. Boleh lawan ayam berkokok pagi-pagi!

"Buat susah makcik je. Saya datang sekejap je. Niat nak jumpa Haq sebab dah lama tak jumpa."

Puan Alyah gelak. "Apa salahnya? Lagi pun sekali sekala kamu datang. Bukannya susah pun. Lagi pun Hanani ada tolong makcik."

Dalam masa yang sama, Hanani datang dengan membawa beberapa pinggan kecil dan jug yang berisi air. Diletakkan diatas meja dengan berhati-hati. Tanpa menghiraukan tetamu, Hanani berlalu pergi. Tetapi sempat dihalang dengan soalan daripada Haq.

"Princess nak pergi mana?"

Hanani pusing badan. Tangan ditunjukkan ke pangkin luar. "Nak pergi teman Haidar lah. Dekat luar. Dia ajak main tadi."

Dahi Haq mengerut. "Dia ajak main apa? Yang bukan-bukan nanti permainan dia."

Hanani sekadar angkat bahu. "Dam ular, mungkin? Nampak dia bawa luar tadi."

Haq angguk kepala. Kalau dia dapat tahu yang Haidar ajak buat bukan-bukan, memang kenalah si Haidar tu. Perangai bukannya boleh dipercayai. Yang bodoh-bodoh aje dibuatnya.

"Pergilah, jangan main tengah panas. Nanti sakit kepala."

Hanani senyum lalu angguk kepala laju. Ehehehe... Haq bagi main dekat luar! Jarang-jarang Haq nak bagi semenjak dia jatuh sakit hari itu. Laju dia berlari keluar mendapatkan Haidar yang sudah lama menunggu di gazebo.

"Hanani kuat,"

Haq dan Nadim sama-sama memandang Puan Alyah. Puan Alyah yang tersenyum melihat anak-anaknya yang sudah membesar dengan sihat. Kuat menempuh segala dugaan.

Dia dan suami tak salah melihat lagi. Keempat-empat anak mereka sudah dewasa. Usia yang patut mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, tak lama lagi Hariz dan Haq akan mendirikan rumah tangga mereka. Dia cukup bersyukur. Hariz dan Haq pandai mencari pasangan hidup mereka.

Sudahlah baik, cantik, sopan, pandai memasak, merendah diri. Cukup pakej. Siapa saja yang tak mahu menantu yang baik, kan?

Nak tak nak, dia dan suami kena ikhlas lepaskan anak-anak mereka untuk berumah tangga. Biarkan mereka kenal dunia dengan lebih lagi. Biarkan mereka tahu bagaimana keadaan dunia yang sebenarnya.

"Walaupun Hanani kena khianat, dia tetap kuat. Mampu tersenyum dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mama yang sebagai ibu dia ni pun tak sanggup nak hadap. Marah sangat, kecewa sebab orang tu tak nak hargai anak mama."

"Terfikir juga mama kadang-kadang, apa kurangnya Hanani sampaikan dia dikhianati, cinta dia disia-siakan. Mama yang gagal didik anak mama ke sebenarnya?"

Haq ketap bibir kuat menahan sebak. Dia yang sebagai abang pun terasa gagal jaga Hanani. Gagal lindung Hanani. Kalau dia pun kecewa, entah macam mana tahap kecewa mama. Mesti bergunung rasanya.

Puan Alyah gelak. Kesat air mata yang hampir menitis. "Apalah makcik ni, kan. Buat drama depan kamu pula Nadim. Jemputlah Nadim. Ini sahaja yang sempat makcik hidangkan."

Nadim senyum nipis. "Tak apa, ini pun dah lebih daripada cukup." agak janggal ya bila Puan Alyah luahkan perasaan dia. Dia turut membuang pandangan ke luar. Melihat dua beradik itu yang sedang seronok bermain.













Khalaf kelihatan tergesa-gesa ingin keluar. Dia menyarung jaket kulit ke badan dengan kelam-kabutnya. Dengan rambut yang serabai, entah mandi ke tidak tu. Selepas sahaja Nadim pergi, dia jadi tak senang duduk.

Agaknya Nadim keluar jumpa Hanani? Argh, tak mungkin! Nadim bukan orang yang macam itu.

"Oi, kau nak ke mana? Umi tak bagi kau keluar kan?!" jerit Khai dari laman rumah sambil bercekak pinggang. Baru nak buat content tiktok, dah mamat ni datang buat hal.

Memang tak boleh tengok dia duduk senang ke?

"Sekejap aje. Jangan sibuklah!" kasar Khalaf menjawab.

Khai jadi berang. Engko ni kan! Memang nak kena dengan aku.

"Umi! Tengok Khalaf ni umi! Dia nak keluar umi!" terus Khai menjerit memanggil uminya.

"Pak Mat! Tutup pagar jangan kasi Khalaf ni keluar, Pak Mat!"

Automatik pintu ditutup dan terkejut sebelum Khalaf sempat mengundurkan kereta. Melihat pintu pagar sudah tertutup dengan automatiknya, Khalaf didalam kereta sudah menjeri kegeraman. Menjerit marah sambil menghentak tangan di stereng.

"Fuc—"

Bunyi pintu sebelah ditutup membuatkan Khalaf memalingkan wajah. Wajah Khai yang menunjukkan riak sinis itu dipandang dengan perasaan marah. Kalau bukan disebabkan Khai si bodoh ni, aku dapat keluar lah!

"Amacam? Sakit tak hati?" Khai keluarkan tawa sinis.

"Sorrylah, kau boleh menang dengan sperma lain, tapi bukan dengan aku. Kalau dengan aku, kau tetap loser!"

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya? Kenapa kau berdendam sangat dengan aku?"

Khai membuat muka. Dia tak ingat apa salah dia?

"Aku yakin kau belum lupa Khairunnisa."

Khalaf cuba ingat kembali siapa perempuan bernama Khairunnisa itu. Itu bukan ke....

"Yes, exactly! My twins! Kau tak ingat apa yang kau dah buat dekat dia? Hm?" wajah Khai sudah bertukar bengis. Matanya menikam tajam anak mata Khalaf.

Mata yang penuh dengan dendam. Mata yang menunjukkan segalanya kesakitan yang dipendam. Disebalik watak ceria lelaki itu, terselit 1001 kesakitan dan dendam. Khas buat abangnya, Khalaf Noel.

"Benda dah lama berlaku, Khai. Kes pun dah selesai. Apa lagi—"

"Hei!" suara Khai naik seoktaf. Tangan lelaki itu bertindak mencekik Khalaf kuat. Wajahnya merah padam.

"Kalau bukan disebabkan kau, kembar aku ada lagi, hidup lagi dan aku tak akan berdendam dengan kau. Kalau kau selamatkan dia, kembar aku sekarang dah membesar dengan sihat dan cantik. Kau pernah fikir semua tu ke, Khalaf Noel?!" semakin kuat Khai mencekik leher Khalaf. Muka Khalaf sudah kelihatan mahu membiru. Tanda betul-betul kuat Khai mencekik.

"Kau cakap senanglah. Benda dah lama berlaku, kes dah selesai. Tetapi pernah kau fikir sakitnya tu siapa yang tanggung? Pernah kau fikir apa yang aku rasa?!"

Khai gelak kuat. "Tak ada... sebab kau memang penyebab semua benda ni jadi! Kau tu pembawa malang dalam keluarga ni! Aku benci kau tahu tak! Disebabkan kau, orang cakap aku gila tapi sebenarnya aku sakit rindukan kembar aku!" Khai bertindak luar kawalan. Wajah Khalaf sudah membiru. Dia tidak mampu lagi untuk bernafas.

"Khai, sudah!"

Khai ditarik kasar keluar daripada kereta Khalaf. Terlepas terus tangan Khai daripada mencekik leher Khalaf. Tercungap-cungap Khalaf mencari oksigen.

"Istighfar, Khai. Aku ada dengan kau." kepala dan dada Khai diusap lembut oleh Nadim yang kebetulan baru pulang daripada menjenguk Haq.

Balik-balik sahaja, lihat Pak Mat yang sudah cemas sambil mengetuk-ngetuk pintu kereta Khalaf. Terus dia meluru ke arah Pak Mat. Belum dia bertanya, dia sudah nampak Khai bertindak luar kawalan.

"Dia bunuh kembar aku, Nadim. Aku nak Nisa aku. Aku nak kembar aku, Nadim. Aku rindu dia, Nadim."

Nadim angguk kepala sambil menenangkan Khai. Dia faham. Tak senang untuk melepaskan seseorang yang kita sayang itu pergi dengan hati yang ikhalas. Dengan hati yang redha dengan ketentuan.






KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang