"Niel, panggil mummy. Cakap ada tetamu datang."
Tidak membantah, Niel akur. Dia bangun, kemudian berlari mencari mummynya didapur. Tengku Zaheen Leo dan Nadim hanya memerhatikan pemergian anak kecil itu.
"Sorry susahkan kau pula." Nadim mengusap belakang lehernya. Segan sebenarnya.
"Nak segan apa? Aku yang ajak. Masuk." Tengku Zaheen Leo membuka pintu seluasnya. Mengajak tetamu masuk.
Sedari tadi, tangan Nadim tak lepas daripada menggenggam erat tangan Hanani. Takut ketinggalan dibelakang. Hanani pula hanya akur. Ikut sahaja langkah suaminya ke mana sahaja.
Sesekali itu mata dia melilau melihat sekeliling. Cantik! Nampak mewah walaupun masih ada seni tradisional yang diterapkan didalam rumah itu.
Khai dan Nisa ke rumah Pak Long dan Mak Long mereka. Mereka makan tengah hari disitu. Kebetulan mereka juga ada ajak. Syukur! Tidak perlulah mereka keluarkan duit untuk makan tengah hari.
"Sampai dah? Masuklah! Memang tunggu kau orang berdua datang." celah Hera yang baru keluar daripada dapur setelah anak dan suaminya memanggil.
"Oh, inilah Hanani ya?"
Nampak wajah asing itu, terus teringatkan yang semalam Nadim baru sahaja bernikah. Mereka tidak ikut serta semalam disebabkan suaminya ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi hari ini baru mereka sempat bersua.
Hanani senyum. Dia angguk kepala. Tangan Nadim yang masih menggenggam tangannya itu dipukul perlahan agar dilepaskan untuk bersalaman. Eih, memang tak nak lepas suaminya ni!
Hujung bibir Nadim ternaik sedikit. Lucu dengan tingkah laku comel Hanani itu. Tengku Zaheen Leo yang memerhati daripada tadi mengangkat keningnya sebelah.
"Saya Hera. Isteri Zaheen." Hanani angguk kepala. Manis isteri kawan Nadim ini.
"Ini Niel, anak kami." anak kecil yang berdiri disebelah mummynya itu dipandang. Mata anak lelaki itu sedang merenung dirinya. Seakan-akan mahu menganalisis untuk mengenali dan menerima orang baru dalam keluarga mereka.
Argh, comelnya budak ni!
"Hai, aunty." ringkas Niel menyapa isteri kawan daddynya itu. Dengan riak wajah yang kosong persis bapanya itu, cukup membuatkan Hanani gerun sedikit. Dia tergelak kekok.
Menakutkanlah awak ni, dik. Kenapa tak ikut mummy awak je? Manis pun manis. Baik pun baik.
"Anak kau nampaknya memang 100 percent copy paste kau. Zaheen junior, huh?" sinis Nadim memerli.
Tengku Zaheen Leo menjongketkan bahunya. Anak dia, memanglah copy paste dia. Takkanlah copy paste ketiga-tiga bala dia itu. Mahunya bodoh anak dia nanti ikut perangai dia orang. Satu hal nanti memang dia tak nak mengaku anak silap-silap hari bulan.
"Takkan nak ikut perangai bala-bala tu. Bodoh anak aku nanti, kau nak tanggung?"
Nadim tergelak mendengar balasan itu. Macam dendam sangat aje dengan bala-bala tu dengarnya.
"Masuklah, Nadim, Hanani. Tak elok biar makanan terbuka lama-lama. Masuk, masuk." tangan Hanani ditarik ikut sama langkahnya.
Baru sahaja Hanani mahu melangkah, namanya dipanggil. Segera dia menoleh. Memandang tangan yang menarik hujung dress nya.
"Aunty," Hanani menunduk memandang anak kecil itu.
"Ya, Niel?"
Niel diam. Dia menghulurkan tangan
pada Hanani. Hanani kerut dahi. Apa maksud Niel dengan tindakannya itu?Lama Hanani berfikir. Apabila sudah dapat jawapan, Hanani senyum lalu tergelak kecil. Pandai noh budak kecil ni! Tangan Niel yang dihulurkan itu disambut mesra. Menggenggam tangan kecil itu erat.
Hera yang melihat perlakuan aneh anaknya itu sekadar geleng kepala. Gatal macam bapaknya! Pantang nampak perempuan cantik!
Mereka bertiga berjalan ke ruangan makan. Meninggalkan Tengku Zaheen Leo dan Nadim yang masih berdiri dipintu masuk. Mereka pandang sesama sendiri.
Itu anak aku ke?
Itu anak kau kan?
"Pangkalan udara TLDM ada buat hari armada?" Nadim angguk kepala.
Seusai sahaja makan tengah hari, mereka duduk lepak di halaman rumah Tengku Zaheen Leo. Manakala Hera dan Hanani lepak di taman mini milik Hera. Juga yang terletak tidak jauh dari situ.
Hera kata nak ajak Hanani bercucuk tanam. Tapi... sekarang waktu tengah hari? Tidaklah! Hera cuma mahu berborak dengan Hanani tanpa diganggu suami mereka.
Hal perempuan lah katakan!
"Kau tak join?"
"Aku kena ambil rest yang cukup. Esok aku dah kena gerak pergi misi."
Tengku Zaheen Leo angguk kepala. Menghabiskan puntung rokok sebelum dibuang ke dalam bekasnya. Nadim hanya melihat perbuatan Tengku Zaheen Leo itu.
"Kau pergi mana semalam? Tak datang majlis aku?" mata Nadim tak lepas daripada memandang side angle Tengku Zaheen Leo.
"KK. Ada hal sikit." ringkas Tengku Zaheen Leo membalas.
"Ulang alik dengan bawa isteri dan anak kau?" Nadim pandang tidak percaya. Dia sudah sedia maklum yang Tengku Zaheen Leo memang kuat bekerja. Tetapi perlu ke sampai heret isteri dan anaknya ke sana sini?
"Dia orang aku hantar rumah mentua. Aku tak gila lagi nak angkut dia orang sana sini." Tengku Zaheen Leo menjeling.
Nadim tersengih. Manalah tahu!
"So, awak dengan Khalaf pernah bertunang dulu?" Hanani angguk kepala dengan soalan Hera itu. Diperhatikan pergerakan Niel yang sedang bermain dengan haiwan perliharaannya.
"And he acts to cheat on me." Hanani senyum nipis.
"Tapi tak apa. Allah dah gantikan yang lebih daripada dia."
Hera senyum mendengar ayat yang keluar daripada mulut Hera itu. Tangan Hanani digenggam erat.
"Nadim memang baik. Sangat baik. Saya percaya yang dia boleh jaga awak, bahagiakan awak, sayangi dan cintakan awak lebih daripada apa yang Khalaf pernah buat. You deserve someone better, and the person is Nadim. Your husband."
Hanani angguk kepala setuju. Nadim memang baik sangat-sangat. Sebelum mereka sah menjadi suami isteri pun, banyak kali Nadim tolong dia lepaskan diri daripada dibelenggu sikap tak matang Khalaf.
"Dengarnya, esok dia kena pergi bertugas?"
"Nampaknya, macam itulah." nak buat macam mana? Dah itu tugas Nadim. Memang kena bermadu dengan negara lah jawabnya.
"Masa dia pergi bertugas nanti, awak duduk seorang ke? Atau duduk dengan keluarga?" soalan daripada Hera itu membuatkan dia berfikir.
Ada betulnya juga. Dia akan duduk dengan siapa nanti?
"Tak pastilah. Mungkin balik Kuantan? Atau stay dengan umi babah Nadim?" dia sendiri tidak tahu. Tidak mengapalah. Nanti dia bertanya.
"Kalau awak stay dengan keluarga mentua awak, saya ada kawanlah! Kita boleh spend time sama-sama, memandangkan Zaheen pun sibuk juga dengan kerja dia. Niel tu suka duduk dengan mama tok dia setiap kali balik sekolah." Hera rasa terbuka ingin bercerita apabila duduk dengan Hanani. Rasa macam ada vibes yang menarik perhatian dia untuk dekat Hanani.
"Nadim pergi pun sebulan juga. Lama. Mungkin bergilir-gilir. Mula-mula, duduk dengan umi babah dulu, lepas itu baru balik Kuantan."
Hera anggukkan sahaja. "Kalau bosan seorang-seorang, datang je sini. Sentiasa terbuka untuk awak dengan Nadim. Nadim pun boleh tahan rapat juga dengan Zaheen. Kalau boleh, warna seluar dalam pun masing-masing tahu. Pelik kan?" Hera dan Hanani sama-sama gelak. Sampai macam itu sekali ya rapatnya Nadim dengan Zaheen?
"Kalau Nadim izinkan, saya okey je."
Last before balik ke tempat asal saya :(
Jumpa anda lagi 1 bulan.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...