D-28

3.6K 159 12
                                    

"Kau nak balik ke?"

Haidar menyapa Peah yang sedari tadi sibuk membantu mama dan ayah menguruskan majlis. Dia duduk dihadapan bersama mama dan ayah yang akan menyapa tetamu yang hadir dan yang akan pulang, di samping memberi goodies kepada para tetamu.

"Tak kisah, ikut kau lah." pendek Peah menjawab. Perlahan suaranya. Dia tunduk mengurut kaki yang terasa sengal dan sakit.

Haidar lihat pergerakan Peah itu. Tajam matanya memerhatikan. Sempat dia mengerling jam ditangan. Jam sudah menginjak ke angka 11 malam. Memang sudah lewat untuk Peah yang anak dara ini pulang.

"Jom, aku hantar kau balik. Majlis dah habis pun."

Peah angkat kepala. "Mama kau macam mana?"

Dia disini memang kerana mama Haidar. Mama Haidar yang ajak dia ke sini untuk menemani dia. Macam itulah, kalau Pakcik Eskandar dah jumpa kawan dia, berborak sampai tak ingat dunialah jawabnya. Ditinggalnya pula Makcik Alyah keseorangan disini.

"Tak apa, Sophia baliklah. Dah lewat sangat ni. Orang pun dah tak ramai sangat. Boleh je makcik handle. Hanani pun ada tu. Dia boleh temankan." Puan Alyah senyum pada Peah. Tanda baik-baik sahaja kalau Peah pulang.

Teragak-agak Peah mahu ikutkan permintaan itu. Iyalah, takkanlah dia mahu tinggalkan majlis itu macam tu sahaja. Macam tak elok pula.

"Ma, bawa si Peah ni balik naik motor boleh?" Haidar mengangkat keningnya berkali-kali pada mamanya.

Membulat besar mata Peah mendengar soalan tak masuk dek akal itu. Haidar gila ke?!

"Cubalah kalau nak kena tetak dengan bapak kau. Macam kau tak tahu perangai ayah kau macam mana, Haidar." Puan Alyah menjeling anak terunanya.

Yang bukan-bukan sahaja budak ni! Nakal sungguh!

Haidar mengeluarkan tawanya. Lucu dengan jawapan yang diberikan mama.

Tidaklah dia mahu bawa si Peah ni membonceng motor dengan dia. Mahu kena tangkap nanti, kan susah! Lagi pun, apa salahnya kan?

Hehehehe....









Haidar geleng kepala melihat Peah yang berjalan terhinjut-hinjut itu. Dah tahu tak boleh pakai heels yang tinggi-tinggi, nak pakai juga. Degil betul minah seorang ni!

"Buka heels tu." arah Haidar, suaranya mendatar.

Peah berhenti berjalan. Memandang Haidar dengan kerutan didahi. Ha? Buka heels? Nak buat apa? Dia nampak ke?

"Nak buat apa?"

Haidar angkat kening mendengar balasan itu. Tahu atau buat-buat tak tahu?

"Buka,"

Dahi Peah semakin berkerut. "Dah kalau aku buka, aku nak pakai apa nanti?"

"Stoking kau ada." mudah Haidar menjawab. Muka selambanya itu membuatkan Peah mengetap bibir geram.

Haidar memang tak habis-habis nak sakitkan hati dia lah! Geram betul!

"Banyak cantik muka kau!" Peah menjeling. Dia teruskan jalan juga biarpun kakinya sakit dan terasa sengal.

Balik nanti memang tak boleh berjalan dah agaknya.

"Buka atau kau nak aku angkat kau? Kau suka kan?" ugut Haidar bersama senyuma nakal.

Peah menghentikan langkahnya. Dia mengepal tapi tangannya membentuk penumbuk, kuat. Sepertinya ingin melepaskan tumbukan dimuka selamba Haidar.

Peah menoleh kebelakang. Memandang tajam Haidar yang tersengih sinis padanya. Makin panas pula hatinya. Di dalam hati sudah menyumpah saranah lelaki itu. Nak tak nak dia buka juga.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now