"Oh, baru sekarang kau nak nangis. Tadi bukan main kau marah, hentak kaki dekat aku sebab duduk sebelah laki kau."
Hanani mencebik dalam tangisnya. Tangan naik menyapu air mata. Biarlah! Dia suami kita, memanglah marah!
"Halah kau ni pun, Haq. Dengan adik kau tu pun nak berkira." Encik Eskandar geleng kepala. Bukannya tak kenal perangai Hanani tu macam mana.
"Bukan berkira, yah. Kita ni nak ajar dia je. Tengok dia ingat abang dia lagi tak lepas dah ada suami ni." Hanani yang memeluk lengan Nadim itu dijeling. Manja sungguh dengan suami!
Tunggu kau! Tak apa, nanti pun aku dah nak kahwin lah! Aku pun boleh gedik-gedik dengan isteri aku! Ha!
"Habislah bakal bini kau, Haq. Dapat laki yang kuat membebel. Setahu aku, kau tak makan bontot ayam. Sejak bila kau banyak mulut ni?" sinis Hariz bersuara. Sedari tadi hanya melihat Haq mengusik Hanani tak sudah-sudah. Sampai merajuk budak tu.
"Ish, engko ni Peah! Tak baik kata orang macam tu! Aku ni memang jahat, tapi tak adalah jahat macam yang kau bayangkan tu. Engko ni, Peah. Suka buruk sangka." dahi Haidar berkerut-kerut bercakap dengan Sapeah ditelefonnya.
Nama dia bukan Sapeah pun. Nama dia Anastasia Sophia. Saja panggil Sapeah. Comel apa? Nama glamour tau!
Haq yang mendengar Haidar menggosip dengan perempuan Sapeah itu menggulingkan mata. Kawan konon! Entah-entah diam-diam jalinkan hubungan. Bukannya dia tak tahu semua rahsia Haidar.
"Ha, iyalah. Nanti sambung lagi ya, Peah? Aku nak melambai kasih sayang dekat si Haqtuih tu. Maklumlah abang kesayangan!"
"Ha, iya. Bai, Peah!"
Haidar memusingkan badan lalu berjalan menghampiri kelompok keluarganya itu. Dia tersenyum-senyum. Ha, senyum dah sampai ke telinga. Tak broken dah!
"Ma, kan Haq dah cakap. Si Haidar dengan Sapeah tu mesti ada apa-apa. Kahwinkan ajelah dia orang. Tak baik biar lama-lama." cadang Haq sesuka hati. Dengan jongketan keningnya.
"Ah, tak payah! Kau kahwin pun belum nak kahwinkan orang." jawab Haidar dengan jelingan.
Ingat aku ni tak laku ke sampai nak jodohkan orang? Eleh....
"Kalau aku kahwin nanti, takut kau sunyi je. Iyalah, kau kan suka duduk bawah ketiak aku."
"Shh! Kau ni bocorlah rahsia aku! Siot betul!" mulut Haq ditekup kuat. Argh, habis kantoi! Hilang dah macho!
Mereka semua gelak besar apabila Haidar sudah menarik muka tidak puas hati. Tangan naik memeluk tubuh. Tak nak dah kawan dengan Haq! Dia suka sakiti aku!
"Nanti balik Haq naik apa?"
"Naik motor je, ma. Ada satu lagi dekat dalam."
Encik Eskandar memincing tajam anak keduanya. "Motor siapa kau cekau?"
Haq sengih panjang. "Motor ayah lah..."
Encik Eskandar menjeling. Sudah dia agak! Siapa lagi kalau bukan Haq yang pinjam? Hanya Haq sahaja yang berani mahu sentuh motornya. Anak yang nakal!
"Uyo! Kau guna ducatti ayah? Bapak ah! Memang tak takut mati kau eh," Haidar mencelah. Dia angguk-anggukkan kepala. Macam itu eh?
"Cih, anak ayah kot. Jantan, gentlemen."
"Kau nak kata aku pondan lah? Mak nyah?"
Bertekak pula mereka berdua ni!
Haq sekadar menjongketkan bahunya. Mana tahu kan? Perangai Haidar mana boleh disangka. Yang bukan-bukan aje!
Nadim jeling Hanani disebelah yang sedari tadi hanya diam memerhatikan pemandangan disepanjang jalan. Kadang kala mulutnya berbentuk 'o' tanda kagum dengan ciptaan Allah yang sungguh cantik. Lebih-lebih lagi apabila Hanani seorang pecinta langit.
Nak hairan apanya apabila mulut Hanani yang berceloteh menceritakan tentang langit yang cantik itu. Memang itu kegemarannya. Kadang kala, hanya melihat langit sahaja cukup membuatkan dia tenang.
"Ada nak pergi mana-mana lepas ni?"
Hanani pandang Nadim. Membalas pandangan yang lembut itu. Membuatkan jantung Hanani berdegup kencang. Tenang, Hanani. Tenang.
"Tak ada rasanya. Badan Hanan pun dah lenguh-lenguh daripada tadi. Kalau awak nak singgah mana-mana, saya okey je." jawab Hanani dengan senyuman, tawar.
Rasa tak sedap badan tiba-tiba. Bila tengok Haq dah mula bekerja balik dan selepas ini pula Nadim yang perlu pergi, dia jadi sedih. Satu per satu orang rapat dengan dia pergi. Walaupun pergi untuk mencari rezeki.
"Kita balik, okey? Kau nampak penat sangat. I'm sorry...." rendah suara Nadim bercakap dengan Hanani.
"Untuk apa? Awak tu sepatutnya kena berehat. Esok nak pergi kerja, tapi kena ikutkan sangat cakap Haq tu suruh hantar dia."Hanani mula mengomel. Marahkan Haq sebab sudah susahkan Nadim.
Macam tak biasa pergi kerja seorang diri. Mentang-mentang dah ada adik ipar, bolehnya dia pergi buli kawan itu. Nakal sungguhlah!
"Haq tu kan kawan aku, tak salah pun. Lagi pun dah jadi adik ipar, nak tak nak kena hormat juga." balas Nadim, lembut. Tidak melenting mahupun marah suaranya.
Hanani hela nafas perlahan. Tak tahu dah nak balas apa. Tak apalah, bagilah lelaki peluang untuk menang. Tak apa, tak marah pun.
"Kau kerja esok?"
Hanani angguk kepala. "Tak boleh cuti lama-lama. Budak-budak tak ada sesiapa nak jaga. Kesian kalau nak biar Kak Bat jaga seorang-seorang."
"Jadi, kau tak ada masa nak hantar aku esok?"
Suara Nadim bertukar lirih. Membuatkan Hanani laju menoleh memandang Nadim yang riak mukanya sudah bertukar keruh. Diam memandu dengan tenang. Hanani rasa serba salah. Dia teringin juga mahu menghantar Nadim pergi kerja, nak-nak lagi kerja sampai berbulan-bulan. Tapi Kak Bat dekat pusat asuhan tu macam mana? Dia jaga seorang diri. Pekerja lain juga cuti seperti dia.
Cuti kahwin. Kehkehkeh!
"Saya...."
"Tak apa, aku faham." Nadim senyum nipis. Sedar yang Hanani sudah rasa serba salah.
Bukan sengaja niat dia untuk buat Hanani serba salah, tapi...
Nak juga dia pergi kerja isteri hantar. Ceh, mengada nak hantar-hantar bagai! Tapi iyalah... Tengok orang lain manis je isteri hantar isteri pergi kerja, teringin pula dia mahu merasa.
Tapi nak buat macam mana? Isteri pun perlu kerja. Takkanlah dia mahu halang pula. Kan?
Makin serba salah Hanani rasanya melihat wajah Nadim yang kelihatan tenang itu. Mungkin dia kelihatan tenang, tetapi siapa tahu dia sedang berperang dengan perasaan diri sendiri?
ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
Любовные романы2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...
