"Hanani ikut keluarga mentua kamu balik Madinah. Tinggal dekat sana dah."
Nadim angkat kepalanya memandang umi yang sedang menghidangkan air. Secangkir cawan ditolak ke arah Nadim, satu lagi ditolak ke arah babah. Cuba mencari jawapan daripada uminya.
"Dah lama ke?"
"Lama juga, sebelum sarat lagi. Sekarang Mahdeya tu dah 5 bulan ya, bang?" umi pandang babah.
Babah angguk kepalanya. "Tak silapnya begitulah."
"Hanani dah bersalin? Siapa Mahdeya?"
Betulkah apa yang dia sedang fikirkan ini? Suara-suara negatif bermain dikepalanya, tetapi dia cuba buang jauh-jauh. Tidak, Hanani bukan orang yang macam tu.
Hanani baik orangnya, isteri yang taat. Datang daripada keluarga yang berlatarkan agama. Tak mungkin dia buat perkara macam tu.
"Jangan fikir bukan-bukan, Nadim. Hanani dah lama bersalin. Kandungan dia ada sebelum kamu pergi bertugas lagi, cuma dia rahsiakan dulu sebab dia belum pasti pun dengan kandungan dia."
"Jadi Mahdeya tu..."
Umi dan babah sama-sama tersenyum lebar. "Anak kamu berdua. Hanan Mahdeya namanya. Rindu betul dekat si kecil tu. Dah lama tak jumpa."
Nadim betul-betul rasa ingin menangis ketika ini. Tidak sangka dia tinggalkan peneman buat Hanani. Dia sangkakan....
"Umi ada gambar mereka berdua?" tergagap-gagap Nadim bersuara.
"Ada tapi telefon umi tertinggal dekat dalam bilik. Awak ada telefon, bang?"
Babah anggukan kepalanya. Telefonnya dikeluarkan daripada saku seluar kemudian dihulurkan pada sang isteri.
Nadim menunggu dengan sabar walaupun jiwanya sedang meronta untuk merantau mencari isteri dan anaknya. Tidak kisahlah dia masih sakit ke apa, janji dia boleh kembali ke pangkuan anak dan isteri.
"Okey, nah." telefon diberikan kepada Nadim. Menggigil tangan Nadim mahu menyambut.
"Tak silap umi, ini gambar masa umi dengan babah pergi melawat dekat Madinah sana. Masa ni Mahdeya 3 bulan dah. Bulat je mata dia masa tu." cerita umi dengan teruja.
Mananya tidak teruja, akhirnya Nadim sudah pulang. Bolehlah Mahdeya bermain dengan ayah dia. Sudah lama dia sebagai ibu, menunggu momen keluarga kecil ini bersatu. Ibu mana yang tidak gembira kan?
"Comelnya anak Nadim, umi. Umi...."
Nadim betul-betul ingin menangis. Dia tidak malu mahu menangis pada umi dan babahnya.
"Isteri Nadim, umi. Makin cantik...."
"Jom, umi babah. Kita pergi sana. Nadim nak jumpa isteri dan anak Nadim." sempat Nadim membuat permintaan dalam esakannya.
Umi memandang babah. Terpampar riak risau diwajah umi.
"Nadim baru nak sembuh, nak. Kita tunggu beberapa minggu lagi, okey?"
"Umi, tapi...."
"Nadim, dengar cakap umi. Kalau Nadim dah sembuh, baru kita pergi. Kesihatan Nadim pun penting." tegas babah bersuara bersama muka garangnya.
Nadim menunduk, akur dengan arahan babahnya. Gambar ditelefon babahnya itu direnung lama. Diusap perlahan gambar kedua-dua bidadarinya itu.
Khai membawa Kaiser dalam dukungannya. Sebelah tangannya lagi memegang botol susu. It's Kaiser's feed time!
Kaiser ni kalau waktu makan, memang kena makan. Tak boleh lambat sikit, nanti merengek. Memang ikut perangai Khai seperti waktu kecil dahulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
عاطفية2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...
