D-38

3.2K 169 7
                                    

"Hanan...."

Hanani pusingkan badannya. "Apa?"

"Hanan merajuk dengan abang ke? Daripada semalam abang cakap dengan Hanan, tapi Hanan layan abang acuh tak acuh je." berkerut-kerut dahi Nadim bertanyakan soalan itu.

Saudara-mara yang lalu ditepi mereka hanya disapa dengan senyuman. Ada yang sedang bersarapan, ada yang sedang bermain ditepi pantai, ada yang sedang healing bersama pasangan. Hanani dan Nadim pula duduk disatu meja kayu untuk bersarapan.

"Mana ada." perlahan suara Hanani membalas. Kuih nona manis dimasukkan ke dalam mulutnya. Matanya dihalakan kepada laut yang terbentang luas dihadapannya.

"Hanan, kalau bercakap pandang muka abang. Baru orang tak anggap kita biadap." pesan Nadim lembut tetapi ada tegasnya.

Perlahan-lahan Hanani pusingkan badannya menghadap Nadim. Dia pandang dan tatap wajah suaminya dengan mata yang sayu dan kuyu.

Tangan Nadim naik mengusap lembut pipi isterinya. Dia tersenyum nipis.

"Cuba cakap dengan abang betul-betul, Hanan marahkan abang ke? Kenapa Hanan layan abang acuh tak acuh?"

Hanani kemam bibirnya menahan diri daripada mengalirkan air mata. Lama dia mendiamkan diri tidak menjawab soalan Nadim.

"Hanan?"

"Hanan tak suka Najah dekat-dekat dengan abang." akhirnya, mengaku juga Hanani.

Dahi Nadim berkerut. Tidak faham. "Ha?"

"Sejak dia ada semalam, Hanan serabut tengok dia. Hanan tak suka tengok dia dekat-dekat dengan abang. Hanan tak suka dengar suara kepit dia mengorat abang. Abang Hanan punya, tahu tak?" dengan sekali nafas sahaja Hanani menghabiskan ayat panjangnya.

Nadim tergelak kecil. Itu rupanya sebab Hanani jadi pelik sejak semalam. Tak suka Najah rupanya. Tubuh Hanani ditarik mendekat dengan dirinya.

"Abang tahu... I'm always yours." Nadim mengutarakan ayat manisnya.

Paha Nadim dipukul kasar oleh Hanani. Mukanya masam mencuka. "Abang janganlah main-main! Hanan serius tau kalau Hanan cakap Hanan tak suka dia."

Nadim ketawa lagi. "Iya, abang pun serius. Abang tak nak pun layan dia. Abang nak isteri abang seorang seorang je yang layan kerenah abang."

"Abang dah ada Hanan, buat apa nak dekat-dekat dengan dia?"

"Okey, kalau dia datang dekat abang kena buat apa?" wajah serius ditayangkan.

Nadim meletakkan jari telunjuknya didagu tanda berfikir. "Erm... Borak dengan dia?"

"Abang!"

Hanani mendengus kasar.

"Okey, okey. Fine! I'm sorry."

"Abang tak akan layan dia, abang tak akan hiraukan dia. Kalau dia desak juga, abang layan dia acuh tak acuh. Macam Hanan layan abang acuh tak acuh tadi."

Dahi Hanani berkerut. Hish! Tahu nak cari gaduh je!

"Abang...."

"Ya, sayang...." Nadim angkat keningnya.

"Tak payahlah ungkit-ungkit! Siapa suruh buat Hanani marah?" Hanani memeluk tubuhnya. Benci betul cakap dengan Nadim ni!

"Lah, mana ada abang ungkit. Abang kan bagi contoh." balas Nadim tidak mahu mengalah. Teh tarik yang masih panas lagi itu diteguknya perlahan. Membasahkan tekak yang sudah terasa haus.

"Malaslah cakap dengan abang!"

Hanani bangun bersama pinggannya yang sudah kosong. Diambil juga pinggan Nadim yang sudah tiada isi untuk dibuang ke dalam plastik sampah. Sempat Nadim dijeling sebelum pergi meinggalkan Nadim seorang diri.

Makin lama duduk dengan Nadim, makin menyakitkan hati! Baik dia berborak dengan Qaira!

Nadim mengeluarkan tawanya. Kepala digelengkan. Berjaya juga akhirnya dalam misi buat Hanani marah. Alah, biasalah marah manja.

Setelah puas duduk berseorangan, dia bangun menghampiri saudara-maranya yang lain untuk membuat persediaan aktiviti selepas ini. Dalam perjalanannya, dia terserempak dengan Hanani yang berborak dengan Qaira diatas pasir pantai. Bersama mereka dua orang kanak-kanak kecil yang sedang membina istana pasir.

Mungkin Hanani dan Qaira tolong menjaga dua budak tu sementara mak ayah mereka sedang makan.

Tanpa disangka, mata Nadim dan Hanani berlaga. Nadim mengenyitkan matanya sebelah sebelum tertawa kecil. Hanani menjegilkan matanya.

Bertuah punya suami!












"Eh, mummy." Khai menyapa uminya.

"Kenapa Khai? Nak makan apa? Umi boleh ambilkan." melihat umi yang mahu bangun itu, cepat-cepat dia menghalang.

"Kita memang nak minta umi tambahkan lagi nasi lemak tu, tapi tak apa. Khalaf dah ambilkan. Ni, umi. Kita nak tanya umi ni." Khai memandang umi serius.

Umi anggukkan kepalanya. "Apa tu, Khai? Nak tanya apa?" sambil-sambil itu tangannya menyuap nasi lemak ke dalam mulut Khai.

Khai ni waktu dia sakit, memang dia akan manja. Manja dia ni pula memang lain sikit daripada orang lain. Sebab itu kalau Khai ni sakit ke apa, orang rumah memang akan layan Khai ni istimewa.

Perangai Khai waktu sakit pun lain. Waktu sakit, panggilan diri dia memang akan lain. Daripada aku kau, bertukar jadi kita awak atau pun guna nama panggilan.

"Babah tu kalau mandi bunyi dia macam gaduh dengam gorgon ke?"

"Ha?" umi tayang riak wajah tak faham.

"Tak adalah. Kalau pagi-pagi tu, tak dengar bunyi dekat dalam bilik air memang tak sah! Bunyi buang kahak lah, menjerit air sejuklah. Apa masalah sebenarnya?" Khai mencekak pinggang. Tertanya-tanya juga.

Gorgon jenis apa yang mengerikan sangat tu ya? Nak tahu juga.

"Apa kamu merepek ni? Yang bukan-bukan je." umi gelengkan kepala. Disuapkan lagi nasi lemak itu ke dalam mulut Khai.

"Kita tak merepeklah, umi. Cuba umi tanya babah. Babah tu kan manja gila dengan umi." walaupun mulutnya penuh dengan nasi, tetap juga mahu membalas.

Selagi tak ada jawapan, selagi itu dia akan bertanya. Sampailah muntah hijau!

Belum sempat umi mahu balas, muncul Khalaf daripada belakang. Serentak mereka menoleh memandang Khalaf yang membawa sepinggan nasi lemak untuk Khai. Pinggan itu diletakkan diatas meja.

"Khai boleh main tak nanti, umi?"

Umi pandang Khalaf, kemudian pandang Khai pula.

"Umi pun tak tahulah. Tapi tak apa. Umi boleh jaga dia dekat sini."

"Alah, tapi kita nak mainlah umi! Bosanlah kalau duduk tepi je. Nak berseronok juga!"

Melihat umi yang sudah menjegilkan matanya, Khai mencebik sambil memeluk tubuh. Merajuk dengan umi sebab tak bagi kita main!

"Tengah sakit-sakit sibuk betul nak main! Cari nahas pula." umi marah manja anaknya. Tetapi, tangan umi tetap berjalan menyuap nasi ke dalam mulut Khai.

"Tak apalah, umi pergilah join babah. Biar Khalaf temankan Khai dekat sini." Khalaf volunteer dirinya sendiri untuk menjaga Khai sementara.

"Kalau Khalaf dekat sini, Qaira macam mana? Nak biar dia seorang?"

Khalaf terdiam. Tidak tahu mahu respon apa.

"Pergilah.... Nanti umi bawa Khai main sekali. Bagi Khai ni habiskan makan dulu." umi senyum.

Mendengar itu, Khai memandang uminya teruja. "Betul ke, umi? Kita boleh main, umi? Umi nak bawa kita main sekali?"

Umi anggukkan kepala dengan senyuman manisnya.

Khai melompat gembira. Cepat-cepat dia minta umi supaya suapkan dia sebelum aktiviti bermula. Tak sabar nak lasak-lasak ni!

Khalaf hanya tersenyum melihat adiknya gembira.

"Khalaf pergi dululah, umi. Nak tolong buat persiapan."

Khalaf beredar ke tempat dimana aktiviti akan dijalankan pada pagi itu. Dia menolong untuk menyiapkan trek perlumbaan, sementara yang lain sedang menyediakan barangan dan alatan yang akan digunakan nanti.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now