D-29

6.5K 279 10
                                        

Hairan melihat ketuanya termenung. Tak pernah-pernah termenung semasa bekerja. Inilah first time. Atau... teringatkan bini dekat rumah?

"Aik, Mejar? Jauh termenung. Fikirkan apa?"

Nadim menoleh, kemudian dia tersenyum. "Tak adalah, Leftenan. Penat sikit. Perjalanan jauh."

Leftenan buat muka, dia senyum mengusik. Oh, jauh! Bunyi jauh tu macam terbang sampai Antartika.

"Rindu isteri, ya? Cium lama heri itu, bekal kalau rindu dekat sini ke?" tambah Leftenan lagi.

Nadim hanya mampu senyum. Diam tidak menjawab. Tidak mengangguk atau menggeleng. Tahulah Leftenan apa maksudnya itu.

Melihat senyuman ketuanya itu, Leftenan angguk kepala. Faham, Mejar. Saya faham!

"Bawa bersabarlah, Mejar. Kita dekat sini demi melaksanakan tanggungjawab. Amanah ni, Mejar. Nak tak nak, kita kena melepaskan juga. Kita yang pilih jalan ni, jadi kenalah hadap." Leftenan bersuara sambil menepuk-nepuk bahu Nadim.

Nadim hanya memasang telinga dan mendengar. Dia termenung seketika. Memang dia pilih jalan ini. Ini semua kerana minat. Tapi tak sangka cinta boleh buat dia rasa sampai seperti ini.

"Kau... pernah bercinta?" tiba-tiba soalan itu terlintas difikirannya.

"Pernah," jawab Leftenan ringkas.

"Jadi sekarang, kau dengan dia?" Nadim membawa pandangan ke arah Leftenan yang berdiri sambil memeluk tubuh.

Leftenan senyum. Dia ambil tempat disebelah Nadim. Membuang pandangan ke arah pasukan perubatan yang sibuk terkejar sana sini untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada mangsa runtuhan dan lain-lain lagi.

"Tak. She's gone. Passed away, 2 years ago." bergetar suara Leftenan bercerita.

Nadim terkejut, tetapi dia hanya beriak tenang. Tidak melatah. Dia cuba untuk mendengar cerita sampai habis.

"Accident?"

Leftenan menggeleng kepala. "Bunuh diri."

Baru sahaja Nadim mahu membalas, Leftenan terlebih dahulu menyambung. Nadim perasan air mata yang jatuh dipipi Leftenan, tetapi dia hanya diamkan saja.

"She was raped by two drunk men."

Nadim memejamkan matanya. Tidak sanggup lagi mahu mendengar. Dia dapat rasa betapa sakitnya dan besarnya dendam Leftenan terhadap dua lelaki jahanam itu.

"Stop, Leftenan. I don't want to hear anything." keras suara Nadim memberi arahan. Tidak mahu Leftenan berterusan merasa sakit.

Leftenan tergelak kecil. Air mata disapu perlahan. Malu menangis depan Mejar. "I'm sorry. My bad."

"Maaf, sebab terpaksa buat kau bercerita balik."

Leftenan senyum. "Tak apa, berkurang juga sedikit beban saya. Saya tak pernah cerita pada sesiapa pasal ni. Dia anak yatim piatu, tak ada saudara mara. Yang tahu hanya saya dan keluarga saya saja."

Nadim angguk kepala. "Sekarang? Kau macam mana? Aku tak pernah tahu pasal kau. Kenal kau macam tu saja."

Leftenan pandang Nadim dengan kening yang terjongket. "Tuan nak tahu pasal saya? Tak ada apa-apa yang menarik pun. Anak orang sederhana saja."

"Sekarang? Macam inilah. Berseorangan lagi. Tak sempat nak cari lain. Belum berani."

"Tak sempat atau tak nak? Kau yang tak nak sebenarnya kan?" tebak Nadim. Tepat mengenai batang hidung Leftenan. Sedikit terkejut, walaupun dia sudah dapat agak.

KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang