Kening Hanani berkerut tatkala Haidar salah masuk simpang perumahan mentuanya. Sepatutnya ke kiri, tetapi Haidar belok ke kanan. Jalan yang menuju ke arah penthouse milik Hariz.
"Kenapa tak hantar Hanani balik rumah umi dengan babah? Kenapa ambil jalan sini?" Hanani berdongkol geram. Sengaja mahu naikkan darahnya!
Haidar menjeling adiknya sekilas disebelah. Mulutnya terkumat-kamit mengajuk percakapan adiknya. Lupa lah tu hari apa hari ini. Tahu dek Hariz ni, pasti kecil hati dia.
"Dah lupa malam nanti ada apa?"
Hanani yang mahu membalas itu terdiam. Meletakkan jari telunjuknya didagu. Cuba untuk ingat kembali. Malam ini? Ada apa ya?
"Aik, kau ni biar betul?"
Hanani tepuk tangannya. "Ha! Iya, iya! Aku dah ingat! Adumak, macam mana aku boleh lupa ni? Habislah aku kalau Hariz tahu aku lupa."
Haidar sengih sinis. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk stereng. Matanya lurus dan tajam memandang ke arah jalan raya.
"Mentang-mentang dah ada suami, kau boleh lupa pasal abang kau?" sindir Haidar sinis.
Hanani mencebik. Tangan naik memeluk tubuh. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Tidak mahu memandang Haidar yang tidak habis-habis mengaitkan masalah dia dengan Nadim.
Nampak sangat cemburu bila dia kahwin dulu. Maklumlah, jodoh pun tak ada lagi, mananya tak cemburu.
"Suami tak mainlah. Aku nangis kang! Aku tengah sensitif ni." bergenang sudah air mata.
Bila dia katakan yang dia sedang sensitif, dia memang tidak main-main. Gara-gara berjauhan dengan suami, biarpun baru setengah hari, hati sudah merindui. Hatinya galau. Rasa tak lengkap harinya tanpa Nadim di sisi.
"Ha, sudah! Sejak dah ada suami ni pandai dah sensitif." Haidar geleng kepala. Dia tak sanggup nak hadap perempuan yang sedang sensitif ni.
Emosi dia lain macam. Gerun nak menghadapnya! Silap-silap kena cakar sebab lambat bagi makan dia.
"Tak baik kau sindir aku macam tu. Kau mesti dah tak sayang aku kan lepas aku dah kahwin ni." mulutnya tercebik-cebik ingin menangis.
Rasa nak panggil Nadim, tetapi Nadim sudah terbang jauh. Takkanlah nak suruh dia teleport balik ke Malaysia semula. Tak masuk akal langsung!
"Tak payah nak menangis. Tak kuasa aku nak memujuknya. Boleh cuba lagi lepas ni." Haidar menjeling. Nak menipu pun tak pandai, ada hati nak menipu dekat yang pro ni?
Hm, kirim salam! Tak akan dapat punyalah!
Cis! Tak dapat pula nak gula-gulakan si Haidar ni! Plan tak menjadi! Kena cari plan yang lain ni. Hanani mencebik lagi. Dia menjeling Haidar disebelah yang membuat muka kemenangannya.
"Kita pergi rumah Peah dulu. Ambil baju kau."
Hanani terus berpaling memandang Haidar. Dia tersengih-sengih. Peah? Hehehe... Mesti ada apa-apa ni.
Haidar pandang Hanani pelik. Dah kenapa budak ni pandang aku macam tu? Salah ke apa yang aku cakap? Pergi rumah Peah ambil baju aje pun. Pelik ke?
"Kau... Dengan si Peah tu ada apa-apa ke? Nampak sus sangat. Atau... kau orang dah kahwin sorok-sorok sebenarnya?" tebak Hanani dengan jawapan yang sangat tidak cerdik. Mengundang jentikan kuat didahinya oleh Haidar.
"Hish, kau ni! Ada ke cakap macam tu? Aku tak jahat lagi nak bawa anak dara orang kahwin lari. Tanpa restu pula tu!" Haidar menjeling. Suka fikir yang bukan-bukan. Macam tak tahu yang kita orang memang kawan dah lama.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romansa2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...