"Melampaulah kalau dia dah sampai naik tangan, Nadim!"
"Orang-orang yang cedera dekat sini semuanya gara-garanya dia tahu tak? Tak padan betul dengan perangai. Belajar bukan main jauh! Nun ke Mesir sana, tapi adab... Sorry lah aku cakap, Zero!"
Nadim mengeluarkan keluhan berat. Ingatkan bila dia biarkan Hanani berdua dengan Qaira, Hanani boleh handle Najah tu. Rupanya, Hanani masih belum cukup berani. Alasannya cuma kerana Najah itu sepupu dia.
Hanani tidak mahu memecahbelahkan hubungan gara-garanya hanya kerana dirinya sendiri. Dia tak suka kerana dia sendiri pernah berada ditempat itu.
"Terima kasih, Farrel. Kalau tak ada kau, entah apa yang jadi dekat isteri aku nanti."
Mujur Farrel datang tepat pada masanya dan dia tidak lupa akan janjinya untuk menjaga Hanani apabila di mana dia tidak ada di sisi Hanani selalu. Farrel memang sahabat yang terbaik.
Wajah Farrel yang tadinya menegang bertukar lembut. Dia senyum nipis. Bahu Nadim ditepuk-tepuk bagai menyalurkan semangat.
"Aku bukan marah, tapi geram. Jangan jadi terlalu baik pada orang yang melampaui batas, Nadim. Silap-silap dia boleh ambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau dia main playvictim nanti, kau juga yang susah."
Nadim anggukkan sahaja. Terima nasihat Farrel dengan hati yang terbuka. Salah dia juga kerana terlalu baik dengan orang yang tak sepatutnya. Bukan tak sepatutnya cuma, iyalah. Najah terlalu melebih. Dia juga tak perasan sebab dari dulu perangai Najah memang sama macam sekarang.
"Ini tak apa ke biarkan Hanani dalam kereta tu seorang-seorang? Kesian dia. Panas tu."
Nadim dan Farrel sama-sama menoleh memerhatikan Hanani yang termenung di dalam kereta.
"Tak apa, dia lagi okey. Dia tengah cas bateri sosial dia. Bateri dia dah low sebab beberapa hari ni dah jumpa ramai orang yang tak biasa dia jumpa."
Dahi Farrel mengerut. "Betul ke tak apa?"
"Dia hundred percent okay. Tak percaya tanya dia."
"Walaupun dia jenis yang macam tu, banyak lagi perkara yang kita tak tahu pasal dia. Kau nampak je Hanani tu kasar, pandai menjawab, tapi kita tak tahu apa yang dia tengah rasa. Kita tak tahu yang dia sendiri tengah berperang dengan perasaan dalam diri dia.
She's human too. Ada hati, ada perasaan. Jangan disebabkan dia nampak macam tak kisah, tapi aku nampak dia tengah tahan sakit, aku nampak dia tengah tahan perasaan dia. Aku nampak dia tengah berperang dengan mental health dia. Aku nampak semuanya, Farrel."
Nadim merenung lama isterinya yang termenung melihat pantai yang terbentang luas dihadapannya. Dia perasan ada air mata yang jatuh dipipi isterinya.
"Aku tak tahu nak tolong dia macam mana. Aku cuma mampu sabar dan berikan dia kebahagiaan. Berikan dia sokongan untuk dia lawan benda negatif dalam kepala dia. Dia tak gila, Farrel. Dia tak sakit. Aku kenal isteri aku macam mana. Dia cuma penat dan itu adalah salah satu cara untuk dia lepaskan penat lelah dia."
Hanani diam kaku tidak berkutik didalam kereta. Dalam masa yang sama, diam-diam dia mendengar perbualan antara Nadim dan Farrel. Bibir perlahan-lahan mengukir senyuman nipis. Air mata bergenang dipelupuk mata.
Dia sangka dulu, Khalaf sudah cukup memahami dirinya seperti keluarganya... Tetapi sangkaannya salah. Nadim lebih memahami walaupun dia tidak bercerita. Nadim terlebih dahulu mengenalinya tetapi dia lebih memilih Khalaf sebagai pembimbing dia ke syurga.
Mujur Allah tunjukkan dia perkara yang sebenar. Mujur Allah gerakkan hati dia untuk menerima Nadim sebagai suami. Allah sudah berikan dia suami sebaik Nadim, penyabar dan penyayang. Yang penting mampu membawa dan membimbing dia ke syurga.
"Kenapa Hanan menangis? Sakit sangat ke?"
Hanani memusingkan kepalanya. Air mata yang jatuh dibiarkan membasahi pipinya. Merenung wajah tenang dan keruh Nadim dalam masa yang sama. Tangannya juga naik mengusap lembut wajah suaminya.
Nadim hanya membiarkan isterinya membuat apa sahaja. Biarkan Hanani sendiri yang bercerita. Biarkan Hanani sendiri yang melakukannya dengan kerelaannya.
"Apa yang Hanan buat sampaikan Allah berikan Hanan suami sebaik abang? Yang memahami Hanan, yang tak pernah merungut dan sentiasa sabar dalam menjaga Hanan dengan baik." semakin deras air mata yang mengalir. Hanani tidak dapat menahan lagi.
Nadim menarik kepala Hanani mendekat dengannya lalu dahi itu dicium lama. Hanani menutup matanya bersama air mata yang mengalir.
"Banyak sehinggakan tak terkira malaikat untuk mencatatnya. Hanan isteri yang baik, yang taat dan selalu dapat keredhaan abang."
"Abang redha, Allah pun redha. Insha-Allah syurga buat isteri abang." Nadim senyum manis. Mahu melegakan hati Hanani yang terluka.
Pak Usu menggeleng kepala tak sudah apabila melihat isterinya membebel pada anak mereka yang bongsu. Najah Farhah.
"Penat ummu dengan abi hantar kamu jauh-jauh, takkanlah ini hasilnya? Mana adab dan malu kamu, Najah?" marah Mak Usu dengan wajah bengisnya.
Terasa gagal menjadi seorang ibu. Terasa gagal menjadi seorang pendidik. Nanti apa orang kata? Dia sendiri mengajar anak orang tapi anak sendiri yang kurang ajaran. Mana dia nak letak muka?
Najah hanya menunduk tidak memandang wajah bengis ummu nya. Kalau ummu marah, memang dia tak berani nak menjawab. Ummu lebih garang daripada abi sebenarnya.
Uwais, abang kepada Najah dan Khaula, kakak kepada Najah. Masing-masing hanya diam tidak menyampuk. Mereka mempunyai pendapat yang sama seperti ummu mereka. Kenapa adik mereka boleh berubah begitu sahaja apabila nampak bayangan sepupu mereka, Nadim?
Obses sangatkah Najah pada Nadim sampaikan hilang hormat dan rasa malunya?
"Tak payah nak jeling-jeling. Perangai kamu ni tak patut dia belakan. Saban hari, makin melampau! Apa dah tak ada orang lain sampaikan suami orang yang kamu kejarnya? Tak malu orang gelar kamu penyondol?" Najah ketap bibir. Matanya berkaca. Terasa dengan kata ummu nya.
Salah ke dia kejarkan Nadim, sedangkan Nadim cinta pertamanya? Buruk sangatkah perangainya sampaikan ummu kata yang dirinya tiada rasa hormat dan tiada rasa malu pada orang?
"Jangan sampai orang yang ikhlas kawan dengan kamu, perlahan-lahan menjauh sebab dia rimas dengan kamu. Tak semua orang faham perangai kamu, tak semua orang mampu tahan dengan perangai kita." nasihat Mak Usu dengan wajah seriusnya.
"Tapi Najah—"
"Tak payah! Lupakan saja perasaan kamu pada Nadim. Nadim dah beristeri. Berdosa ganggu rumah tangga orang. Kalau Najah nak sangat kahwin, ummu dengan abi boleh carikan. Jangan nak menggatal dengan lelaki orang pula!"
Ummu menjeling anak bongsunya sebelum beredar. Diikuti abi yang hanya diam memerhati dan mengekori langkah isterinya. Biarlah isterinya saja yang bersuara. Isterinya lebih tahu pasal anak mereka, asalkan tidak melampaui batas, sudah memadai.
"Ada betul apa yang ummu cakapkan tu. Ikut sajalah kalau tak nak jadi anak derhaka."
Kemudian, Uwais dan Khaula turut beredar mengikuti langkah ummu dan abi mereka. Meninggalkan Najah berseorangan.
Najah diam menunduk. Air mata perlahan-lahan mengalir. Sakitnya rasa tak disokong keluarga sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...