"Kami nak putuskan hubungan antara anak saya dan anak awak."
Membulat besar mata Datin Maya. Apa yang bakal besannya cakapkan ni? Putuskan hubungan? Tapi kenapa tiba-tiba?
"Tapi kenapa? Kan lagi beberapa minggu sahaja anak kita nak nikah." lembut suara Datin Maya membalas. Tidak mahulah dia tiba-tiba nak melenting. Selagi boleh berbincang, dia akan berbincang.
Tetapi sekarang ini, tiada angin, tiada ribut, bakal besannya ini berkunjung ke rumahnya dengan mengatakan mahu memutuskan hubungan. Tak ke terkejutnya dia yang mendengar? Mujur tiada sakit jantung. Lagi pula, apa kurangnya Khalaf itu? Kerjaya ada, harta ada. Itu yang pelik tu.
Puan Alyah tetap dengan muka bekunya. Sombong tak sombong, biarlah apa yang Datin ini mahu cakapkan. Yang penting dia perlu tegakkan keadilan untuk anak perempuannya.
"Saya buat semua ini untuk kebaikan anak saya. Saya tak nak anak saya sakit lagi disebabkan anak awak tu. Awak tak tahu ke yang anak awak tu penyebab anak saya masuk hospital? Ibu mana yang tak sayang anak dia lebih-lebih lagi si Hanani tu satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kami." jelas Puan Alyah lantang. Sakit hatinya apabila mengingat kembali pihak hospital menelefon dia untuk beritahu yang Hanani ditahan dihospital.
Jelas wajah Datin Maya kelihatan terkejut. "Saya tak tahu pun tentang perkara ni. Khalaf tak ada beritahu saya pun."
"Memanglah si Khalaf tu tak beritahu sebab dia tahu yang dia penyebab si Hanani tu masuk hospital!"
"Alyah..." tegur Encik Eskandar apabila sedar yang suara isterinya semakin meninggi.
Puan Alyah menarik dan menghembus nafas apabila sedar yang kesabaran dia sudah mencapai limit. Istighfar dititip banyak kali.
"Maafkan saya, Alyah, Eskandar. Saya dengan suami betul-betul tak tahu pasal benda ni."
"Tak apalah, macam inilah. Kita tunggu dulu keputusan Hanani macam mana. Kalau dia tetap nak putuskan hubungan, kita kena hormat keputusan dia sebab itu untuk masa depan dia." ujar Encik Eskandar beri kata putus. Halang isterinya daripada melenting lagi.
Nak tak nak, Datin Maya terpaksa bersetuju. Khalaf balik nanti, dia akan tanya sendiri apa sebab Hanani jadi begitu.
Khalaf itu pun satu hal. Kalau tak buat masalah, memang tak sah! Tahulah nanti macam mana dia ajar si Khalaf tu. Makin dewasa, makin menjadi-jadi perangai liarnya!
"Kami nak balik dulu. Ingat ya, Maya. Selagi anak saya belum pulih, saya tak akan benarkan sesiapa lawat anak saya. Kawan tak kawan, anak tetap nombor satu." Puan Alyah beri amaran keras sebelum pulang.
Hilang sahaja kelibat mereka, Datin Maya hela nafas berat. Punggung dihempaskan diatas sofa. Kepala yang terasa sakit dipicit perlahan.
Khalaf, Khalaf...
"Aku nak balik dah. Kau nak apa-apa lagi? Sekejap lagi parents kau akan sampai. Aku dah call dia orang."
Hanani geleng kepala. Wajah yang sedang kepenatan itu ditenung lama. Dengan rambutnya yang messy, mohon cek jantung balik ya. Takut nanti jantung hilang, ha risau kau tak hidup lagi nanti. Tak dapat rasa dup dap dup dap bila tengok orang handsome dengan cantik kang.
Orang kata tengok sekali, rezeki, tengok kali kedua, bonus. Tengok kali ketiga, hilang dah biji mata. Dosa, ya anak-anak.
"Apa maksud geleng kepala kau tu?"
"Er, tak... Maksud saya, tunggulah sampai parents saya sampai. Saya takut kalau Khalaf dengan Qaira datang sini. Saya tak nak. Saya belum sedia nak berjumpa dia orang."
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romansa2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...