Hanani tersenyum lebar saat melihat deretan kereta abang-abangnya yang terparking digaraj itu. Selepas sahaja Encik Eskandar mematikan enjin kereta, Hanani berlari keluar daripada kereta mendapatkan abang-abangnya di dalam rumah.
"Our treasure!"
Masuk sahaja ke dalam rumah, Hanani dipeluk abang-abangnya. Hariz, Haq dan Haidar. Hero-hero kesayangan Hanani selepas ayah.
"I miss you guys damn much!"
Hanani memeluk mereka bertiga ketat-ketat. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa semasa raya aidilfitri tahun lepas. Tahun ini mereka tidak dapat beraya bersama-sama disebabkan abang-abangnya itu tersangatlah sibuk mengalahkan perdana menteri!
"We miss our treasure too! Are you feeling better? Are you really really okay? Who hurt you, princessa? Tell us." Haidar menyoal. Wajah Hanani dibelek-belek. Takut ada kesan calar ke, lebam ke. Ini pun mata Hanani masih lagi sembab.
Hanani mula tersebik-sebik ingin menangis. Rindunya nak dimanjakan oleh ketiga-tiga abangnya ini!
"Khalaf right? Your fiancé." tebak Haq dengan tepat. Riak mukanya bertukar tegang. Lihat sahaja riak wajah Hanani yang terkejut itu, dia sudah agak. Apa yang ditekanya itu betullah.
"How dare-"
"Cukup Haq, Haidar. Hanani baru sahaja balik. Dia masih lagi dalam proses pemulihan. Just let her get some rest. She need to recover back her energy and also her broken heart." tegas Hariz berkata. Menghalang Haq dan Haidar menggesa Hanani untuk bercerita.
"Go, Hanani. Get some rest. You are strong girl. We're always with you. We continue back after you feel more better. Okey, young girl?" Hanani angguk kepala, mendengar arahan Hariz. Dia tersenyum pada ketiga-tiga abangnya sebelum berlalu masuk ke bilik.
Iyalah, dia pun masih belum pulih. Tiada tenaga, dia belum cukup kuat untuk hadap kebenaran yang lebih menyakitkan selepas ini. Mujur Hariz ada untuk membantu. Hariz lebih memahami. Bukanlah nak kata yang lain tidak memahami, tetapi Hariz lebih matang dalam membuat keputusan. Tidak terburu-buru seperti Haq dan Haidar.
Mereka menghantar Hanani dengan pandangan yang sayu. Setelah tahu apa yang terjadi pada Hanani, mereka semua terus bergegas pulang untuk melihat keadaan Hanani. Mereka sangka semuanya akan baik-baik saja bila dia sudah bertunang, tetapi makin teruk jadinya. Sampaikan masuk hospital.
Sebab itu mereka berat hati mahu lepaskan Hanani macam itu sahaja. Bagi mereka, Hanani masih belum cukup sedia untuk hadap realiti luar. Hanani masih perlu belajar macam mana nak kawal emosi dan belajar cara untuk pertahankan diri dia.
"Aku nak jumpa musibat tu! Apa Hanani tu patung ke boleh buat Hanani tu macam tak ada perasaan? Belum kahwin perangai dah macam sial." Haidar menggenggam penumbuk. Dapat muka jantan tu, memang lebam muka dia kerjakan. Bukan setakat muka, tulang jantan tu dia akan patah-riukkan sampai lumpuh.
"Your words, Haidar."
Haidar menjeling apabila ditegur. What? Betul apa? Jantan tu patut diajar! Dia ingat Hanani tu boleh senang-senang dipermainkan? Silap besarlah! Hanani kalau dah bersedia dengan apa jua keadaan, berkemungkinan dia lebih kuat daripada ketiga-tiga abangnya.
Haq hanya diam tidak menyampuk. Tetapi dalam diam dia sedang merancang sesuatu. Dia akan pastikan jantan sial tu terima balik apa yang Hanani rasa.
Soon, Khalaf. Kau tak akan terlepas.
"What are you looking for, Khai?"
Khai yang terjenguk-jenguk disebalik dinding itu dipandang dengan riak wajah yang kosong. Entah apa yang diperhatikan pun dia tak tahu. Memang menggangu ketenteraman orang. Orang nak makan pun tak senang.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Lãng mạn2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...