Dia perasan keberadaan Hanani yang sedang sibuk membaca novel diatas katil mereka itu. Tidak mahu mengacau Hanani yang sedang membaca, dia menghampiri meja solek. Mencapai kunci motor, dompet dan telefonnya. Sambil-sambil itu dia sempat mengemaskan lagi rambut dan pakaiannya.
"Nak ke mana?" soal Hanani melihat suaminya yang sudah bertukar baju itu.
Nadim memusingkan badannya menghadap Hanani. Punggungnya diletakkan diatas meja solek untuk bersandar.
"Wanna ride with me?" soalan Hanani dibalas dengan soalan. Keningnya terjungkit tinggi, menunggu isterinya itu menjawab.
"Ride ke mana? Kalau jauh-jauh saya tak nak, nanti sakit belakang." jawab Hanani lalu tersengih.
Nadim senyum. Dia gelengkan kepala. "Dekat je. Singgah mana-mana nanti. Hanan kan suka healing. Pergilah pantai ke, mana-mana yang Hanan suka lah. Abang bawakan. Hanan cakap je nak ke mana. Tapi kita naik motor je lah."
Yang yang sedang khusyuk membaca novelnya itu tiba-tiba menarik senyuman. Novel itu diturunkan daripada menutupi mukanya lalu diletakkan tepi.
Nadim dipandang dengan sengihan. "Betul ke? Boleh ke mana je? Awak bawa?"
"Iya, sayang...."
Hanani melonjak suka. Tangannya ditepuk-ditepukkan. Novel yang dibacanya tadi ditutup dan disimpan ditempatnya kembali. Dia bergerak turun dari katil lalu berjalan menghampiri almari bajunya.
"Bagi 15 minit okey? Janji tak lama." pesan Hanani sebelum masuk ke dalam bilik air bersama pakaiannya ditangannya.
Nadim senyum dan anggukkan kepalanya. Berharap sangat yang Hanani tak akan biarkan dia tunggu lama. Sambil menunggu Hanani bersiap, Nadim bangun mendekati beg bagasinya. Dibuka beg itu lalu diasingkan baju yang sudah digunakan dan belum digunakan. Baju yang sudah digunakan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor, manakala pakaian yang masih bersih dimasukkan ke dalam almari semula.
Tak sampai 10 minit, Hanani sudah siap. Lengkap dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat, mengikut kesesuaian untuk ride bersama Nadim.
"So fast." Nadim kagum. Jarang orang perempuan bersiap cepat.
Hanani tersenyum lebar. Suka dipuji suami. "Your wife tak suka bermake up sangat. Simple-simple je."
Nadim tergelak lucu. Dia anggukkan kepala. Baru dia tahu. Haq tak bagitahu pun. Tapi tak apalah, mujur Hanani yang beritahu sendiri. Barulah dinamakan surprise!
"Ada helmet?"
Hanani angguk kepala. "Ada... Takkanlah orang lain ada, saya tak ada. Saya tak ada motor je."
Untuk kali yang terakhir, Hanani mengoleskan pelembap bibir ada bibirnya. Sesudah itu, dia mencapai telefon dan purse nya yang terletak diatas meja sebelah katil.
"Jom." ajak Hanani yang sudah siap itu. Tangan dihulurkan pada Nadim yang duduk dibirai katil.
Nadim memandang huluran tangan isterinya itu. Hujung bibir ternaik membentuk senyuman senget. Dia sambut juga huluran tangan Hanani itu dengan tangan kanannya, kemudian tangan kirinya memeluk erat pinggang Hanani.
Hanani terkejut, tetapi hanya diam. Cuba membiasakan diri dengan tingkah laku Nadim yang kadang-kalanya susah dijangka.
Mereka sama-sama berjalan keluar daripada bilik, menurun anak tangga dengan langkah yang berhati-hati.
Dalam masa yang sama, mereka disapa oleh keluarga Hanani yang kebetulan sedang duduk santai bersama-sama diruang tamu. Haidar yang melihat bersiul mengusik. Manakala, Hariz dan Haq tersengih sinis. Mama, ayah dan Kak Ainul hanya tersenyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/327039108-288-k304223.jpg)
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...