"Oh ini ke isteri kamu, Nadim?"
Nadim hanya senyum sebagai balasan. Menoleh ke tepi memandang Hanani yang malu-malu apabila ditegur oleh isteri-isteri pegawai disitu.
"Cantik noh! Pandai kamu pilih. Manis mata memandang. Labuh pun labuh. Menutup sempurna!" puji wanita itu ikhlas.
"Terima kasih, kak. Kalau Allah dah kata dia jodoh saya, saya terima. Mana yang terbaik, saya okey je. Babah dengan umi pun tak halang." balas Nadim dengan rendah diri. Tangan Hanani digenggam erat. Bangga ada isteri macam Hanani.
Bukan bangga kerana dipuji cantik atau apa, tetapi bangga kerana ada yang memuji kerana kesempurnaan isterinya menutup aurat.
Wanita itu angguk-anggukan kepalanya tanda setuju.
"Ini dah officially masuk Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) lah ya? Nanti boleh beli kain baju pada akak." pesan wanita itu.
"Baik, kak. Terima kasih. Susahkan akak je."
Wanita itu senyum. "Tak ada susahnya. Kita kan dah jadi keluarga. Kita tolong mana yang mampu."
Nadim anggukkan kepalanya. Setuju dengan kata-kata wanita itu.
"Oh iya. Apa nama isteri kamu? Daripada tadi diam je. Malu ya?"
Nadim menoleh memandang Hanani. Hanani tersengih malu sambil menggaru kepalanya. Oh kena cakap pula ya?
"Hanani Nur Islam,"
"Panggil apa?"
Hanani angkat keningnya.
"Panggil je Hanani."
Wanita itu meletakkan jarinya telunjuknya didagu. "Hanani? Hmm... Tak apalah. Saya panggil Islam. Senang sikit. Tak adalah tertukar dengan orang lain nanti."
Hanani mengemamkan bibirnya dan hanya senyum kekok. Baik tak payah tanya tadi. Saya ni baran tau, kak. Jangan main-main.
"Nadim ambillah tempat Nadim. Abang Wan pun dah tunggu Nadim. Tercari-cari dia."
"Kolonel cari saya? Ada apa ya?"
Risau kalau Kolonel sendiri yang cari kerana kebiasaannya dia sendiri yang mencari Kolonel.
Wanita itu gelak. "Ada lah tu nak borak-borak. Kamu kan pekerja kesayangan dia."
Nadim gelak kekok. "Apa pula macam tu, kak. Tak adanya. Saya cuma pekerja bawahan. Tak adalah sampai kesayangan."
Malu pula dia dipuji depan Hanani. Tak biasa walaupun dipuji melambung. Apa pula kata Hanani nanti.
"Iyalah, iyalah."
"Islam jangan malu-malu dekat sini ya? Islam dah kena biasakan diri dekat sini. Lepas ni, lebih banyak aktiviti kita kena buat sama-sama. Kalau malu, takut nanti rugi. Tak ada rasa enjoy pula."
Islam? Gagagaga! Peliknya rasa.
"Baik, kak."
Mereka berdua menghantar pemergian wanita itu sehingga hilang daripada pandangan mereka. Kemudian mereka berdua saling berpandangan.
"Kekoknya...."
Nadim senyum. Mengeratkan lagi genggaman tangan. "Lama-lama nanti biasalah tu."
"Jom, abang nak kena jumpa Kolonel."
Hanani anggukkan kepala sahaja. Mengekori langkah Nadim sambil melihat kawasan sekeliling.
Dan kini... Dia berseorangan. Ditinggalkan berseorangan. Manakala Nadim pergi berjumpa dengan rakan-rakannya dimeja lain. Padahal bukannya dia ditinggalkan. Dia yang tidak mahu ikut serta. Lenguh kaki nak berjalan. Rasa nak makan je. Terliur tengok semua makanan yang sedia terhidang.
Tak ada kawan tak apa, janji ada makanan. Kalau tak ada makanan, boleh mati tau!
Tanpa disedari, Hanani disapa oleh seorang perempuan dari arah kanannya. Perempuan itu duduk disebelah Hanani dengan muka yang sukar ditafsirkan.
Hanani menoleh ke tepi dengan mulutnya yang penuh dengan puding buah-buahan. Memandang perempuan itu dengan mata yang membulat.
Ke... Kenapa ni? Siapa dia ni?
"Aku nampak kau berkepit dengan Nadim daripada tadi. Kau isteri dia ke siap berpegangan tangan lagi?"
Hanani membuat muka peliknya. Puding didalam mulut ditelan habis. Kemudian air diteguk juga sehingga habis isinya.
"Awak siapa?" soal Hanani tanpa menjawab pertanyaan perempuan itu.
"Ada kena mengena dengan kau ke siapa aku?"
Aik? Lagi pelik!
"Dah tu, awak ada kena mengena ke dengan saya sampai awak nak tahu hubungan saya dengan Nadim?"
Perempuan itu ketap bibir apabila disindir kembali.
Manakala Hanani menjeling. Tak habis-habis nak rampas suami orang. Macam dah tak ada lelaki lain. Spesies Najah lah ni!
"Aku tanya tu jawab je lah!" bentak perempuan itu perlahan.
"Lah! Suka hati sayalah mulut saya. Apa kena mengena dengan awak?"
Kok ngamuk?
Mujur aku tahan baran aku. Kalau tidak, menurunlah ke anak aku nanti. Saya tak nak anak saya baran tau! Biar anak aku jadi macam laki aku. Baik pun baik, cakap sopan pun iya. Halah haih!
"Aku malas nak gaduh dengan orang."
Hanani angkat bahunya. "Saya pun malas nak gaduh dengan awak. Saya datang sini dengan niat nak menemani dengan nak makan je. Saya kenal awak pun tak, apatah lagi nak bertegur dengan awak."
Dilihat perempuan itu seperti sedang menahan marah. Pasti perempuan itu ingin menyembur, tetapi disebabkan ingin menjaga nama Angkatan Tentera, dia menahan saja.
"Kamu kenapa, Kiah?"
Serentak kepala Hanani dan perempuan itu menoleh. Oh wanita tadi!
"Kak, saya cuma tanya dia je. Dia ada apa-apa ke dengan Nadim tu. Setahu saya, Nadim tak ada orang special. Saya percaya takkan lah Nadim nak buat benda tak elok pula." adu perempuan itu.
Hanani yang berkerut tadi serta merta membulat besar matanya. Amboi! Dia tak cakap macam tu pun dengan aku tadi?
Wanita itu memandang Hanani, kemudian dia tergelak sebentar. Kelakarnya!
"Inilah isteri Nadim. Dah lama dah dia orang kahwin. Adalah dalam sebulan macam tu."
Perempuan itu memandang Hanani tak percaya. Dalam masa yang sama Hanani juga memandang perempuan itu dengan matanya yang membulat besar.
"Kan senang kau cakap kau isteri dia dari awal lagi. Tak adalah aku naik angin!"
"Aik? Saya pula yang disalahkan? Awak yang datang tanpa salam terus tanya saya macam tu. Manalah saya tahu. Kot-kot awak nak rampas suami saya." balas Hanani tak mahu kalah.
Perempuan itu mengetap bibirnya. Hish, dia ni kang! Buat aku baran aje lah!
Wanita tadi hanya gelak terhibur.
"Aku dah ada suami lah! Buat apa aku nak rampas suami kau? Suami aku lagi handsome daripada suami kau lah!"
"Lah, pula nak lawan handsome!"
"Saya tak kata pun suami awak tak handsome. Saya pun mana tahu awak dah berlaki. Halah awak ni pun!" Hanani mencapai air Nadim yang masih tersisa lalu diteguknya habis.
Kita ni baran tau!
"Aku harap bini kau dapat biasakan diri dekat sini."
Nadim anggukkan kepalanya. Hanya melihat pergaduhan dua wanita itu dari jauh. Dia yakin Hanani pandai handle situasi.
"Awal-awal memang macam tu. Lama-lama nanti okeylah tu. Mana tahu jadi kawan baik dengan bini kau. Ya tak?"
Nadim menoleh memandang rakannya, Kapten Tengku Adam Sanchez. Mereka sama-sama tersenyum.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...