D-35

5.1K 261 8
                                    

"Oh inilah menantu-menantu kau ya, Maya? Cantik-cantik ya semuanya!" ujar Mak Lang Nadim, adik umi.

Mak Lang tak dapat hadir waktu mereka bernikah hari itu. Sibuk katanya, ikut suami kerja. Ada lagi macam Mak Long, Mek Indah dan lain-lain.

Ramai lagi yang Hanani belum kenal. Nampaknya dia kena rajinkan diri untuk beramah mesra memandangkan keluarga Nadim jenis yang tidak luak untuk berkasih sayang. Syukur diberikan keluarga menantu yang tak sombong.

"Yang mana satu isteri Nadim?"

Umi menarik tangan Hanani mendekatinya.

"Ini Hanani, isteri Nadim." umi memperkenalkan Hanani kepada adik beradiknya.

Hanani senyum ramah. Satu per satu tangan ahli keluarga itu disalam sopan.

"Segak sungguh na! Pandai Nadim cari isteri."

Hanani senyum sahaja apabila dipuji. Tidak mahu balas takut dicopkan riak. Dia tak suka.

"Isteri Khalaf yang mana?" tercari-cari Mak Lang akan menantu kakaknya seorang lagi.

Sewaktu pernikahan Khalaf juga dia tidak ikut serta. Memang dia sibuk sangat-sangat. Mujur hari ini ada masa terluang untuk berkumpul sama.

Umi menarik Qaira pula mendekatinya. Nampak wajah Qaira yang tidak percaya dengan apa yang berlaku.

U... Umi tarik dia mendekat?

"Ini Qaira, isteri Khalaf. Menantu aku juga."

Qaira terasa sebak. Ingin mengalirkan air mata. Umi dah dapat terima dia dalam keluarga ini ke? Kalau ya, dia bersyukur sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana.

Hanani yang melihat hanya tersenyum. Ada satu tangan yang diletakkan diatas bahunya. Dia angkat kepala. Suaminya. Mereka membalas pandangan sambil tersenyum.

Umi menggosok-gosok bahu Qaira yang dilihatnya ingin menangis. Dia tak pernah berdendam dengan menantunya yang satu ini. Cumanya, dia masih belum dapat terima. Mereka dinikahkan bukan dengan cara yang baik. Ibu mana yang tidak terkesan?

Sekarang, dia sudah dapat terima Qaira dalam keluarganya. Dia akan Qaira seperti mana dia layan Hanani. Kedua-dua dia sayang, tidak lebih dan tidak kurang. Kedua-dua isteri anak-anaknya.

"Wah, segak juga! Pandai sungguh anak-anak hang pilih menantu untuk hang, Maya."

Umi anggukkan kepalanya sambil senyum lebar.

Dari jauh, Khalaf memandang dengan perasaan yang berkecamuk. Sakit hati kerana terpaksa memandang kemesraan Hanani dan Nadim. Juga kerana terpaksa memandang Qaira yang tersenyum bahagia.

Dia tak suka! Tak suka melihat kebahagiaan orang lain sedangkan diri sendiri sengsara!










"Seorang?"

Qaira menoleh memandang tepi. Hanani duduk disebelahnya bersama botol air mineral ditangan. Wajahnya tenang sahaja. Tidak seperti dia. Yang hidup sengsara, dipalau oleh suami, didera dan ditengking oleh suami.

Lebam-lebam yang ada dibadannya semua dia tutup dengan concealer. Kalau dia tak tutup betul-betul, dia akan kena lagi dengan Khalaf. Lebih sakit dan lebih teruk.

"Kau nampak sakit."

Hanani memandang Qaira dari tepi. Dengan orang lain, Qaira boleh tipu. Tetapi dengan dia? Maaf, Qaira kalah. Dia lebih tahu apa yang terjadi.

Qaira angkat keningnya sebelum dia ketawa perlahan. "Sakit? Tak, mana adalah. Aku baik-baik je." dia alihkan pandangan. Macam mana Hanani boleh tahu?

"Tell me the truth. Khalaf pukul kau?" tanya Hanani lagi. Tidak putus asa.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now