Hanani berjalan mendekati keluarganya. Bibirnya tersenyum membalas senyuman para tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir terdiri daripada kaum kerabat keluarganya dan juga keluarga Kak Ainul.
Malam akad nikah itu bertemakan putih suci. Bertempatkan di dewan yang sangat besar dan luas tempatnya, cukup memuatkan kapasiti tetamu yang ramai.
Melihat tetamu yang datang berpasangan membuatkan dia sebak tiba-tiba. Kalau Nadim ada, pasti mereka juga berkelakuan sama. Mesra!
Apa khabar Nadim disana sekarang, ya? Dah makan ke? Waktu malam ke siang? Tidur lena tak?
Kening Hanani terangkat tiba-tiba. Bibir naik mengukir senyuman senget. Oh, ini yang kata kawan je kan? Nampak sepadan sangat ni... Masih berkawan ke?
Kelihatan Haidar yang sedang membawa beg tangan kecil milik Peah. Manakala, Peah disebelahnya berjalan dengan berhati-hati kerana heels yang dipakainya.
Hanani berjalan menghampiri mereka berdua. "Cie, cie, cie.... Tak ada apa-apa konon! Yakin tak ada apa-apa?" dia senyum mengusik.
Peah yang diusik Hanani itu pipinya sudah kemerahan, manakala Haidar menayangkan wajah malasnya. Alih-alih budak ni lagi! Benda yang sama pula tu diungkitnya.
"Tak ada benda lain ke nak cakap? Bosan tahu?" Haidar menjeling. Tidak tergugat langsung dengan usikan Hanani itu.
Hanani mengeluarkan tawa yang panjang. Suka melihat Haidar versi ini. Malu tapi mahu. Geli-geli aje!
"Tak payah gelak lama sangat. Takut kau tak cukup nafas, tak pasal-pasal kena panggil Nadim balik semata-mata suruh cpr." Haidar membalas selamba.
Hanani menghabiskan tawanya sebelum mencebik tidak suka. Cis, dia kenakan aku pula! Macam tahu-tahu je aku tengah rindukan Nadim. Sengaja nak buat orang makin rindu!
"Ni, mama dengan ayah mana?" soal Haidar. Matanya melilar mencari kelibat keluarganya.
"Ada dekat meja depan sekali tu. Tengah menunggu. Tapi kau pergilah tengok Hariz dulu. Katanya tadi dia nak jumpa kau. Haq pun ada sekali tu dengan Hariz." Hanani memberitahu.
Haidar anggukkan sahaja. Beg tangan Peah yang dipegangnya itu dikembalikan semula pada Peah yang sedari hanya berdiri mendengar apa yang mereka adik beradik gaduhkan.
"Kau ikut Hanani pergi dekat keluarga aku dulu. Nanti aku datang balik. Aku nak jumpa Hariz dengan Haq sekejap." ujar Haidar pada Peah. Peah yang berpakaian sungguh cantik pada malam itu dia pandang penuh minat. Macam tak nak lepas!
Peah angguk kepala. "Tak ada hal. Macam baru sehari aku kenal mama ayah kau."
Haidar angkat bahu. Who knows? Dah lama tak jumpa kan?
Peah dan Hanani sama-sama menghantar Haidar dengan pandangan yang jauh. Hilang kelibat Haidar, Peah dan Hanani memandang satu sama lain sebelum mereka gelak. Entah apa yang dilucukan pun tidak tahu.
"Jom jumpa mama dengan ayah. Dia orang pun rasanya tak sabar nak jumpa bakal isteri Haidar ni." usik Hanani dengan sengihan.
Peah memukul lembut bahu Hanani. Ada pula macam tu! Kita orang kawan aje tau!
Akad nikah Hariz dan Ainul sudah selesai. Lensa-lensa kamera tidak henti-henti mengambil gambar buat kenangan antara mereka berdua. Ramai juga tetamu yang hadir dari yang disangkakan semata-mata untuk melihat dua pasangan serasi itu.
Mama dengan ayah sibuk melayan tetamu, begitu juga dengan ibu ayah Kak Ainul. Haq dan Haidar tidak ketinggalan untuk turut membantu.
Hanani pula sedang duduk disatu sudut. Tempat dimana hanya dia seorang sahaja di situ. Telefon sentiasa ditangannya. Lagaknya seperti sedang menunggu seseorang.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...