"Aku ingat kau tak nak datang." mereka berdua berjabat tangan.
Farrel julingkan matanya ke atas. "Bos dah suruh, apa boleh buat? Turun padanglah bagi laporan."
Nadim mengeluarkan tawanya. Sejak dia balik sini, dia tiada kesempatan lagi nak berjumpa dengan Farrel. Farrel pun belum bagi laporan dia. Ini kalau minta, memang satu fail penuh.
"Dari mana?"
Mereka sama-sama berjalan ke pondok. Tempat saudara-mara Nadim berkumpul.
Farrel ke sini atas arahan Nadim. Lagi pun Nadim dah anggap Farrel ni macam adik dia sendiri. Umi dengan babah pun kenal lama dengan Farrel ni. Hubungan mereka berdua bukan setakat majikan dan pembantu, malah lebih daripada itu.
Yang pasti mereka berdua masih straight. Yang fikir yang bukan-bukan sudah.
"Mana-mana je lah." acuh tak acuh Farrel menjawab.
Ingatkan Nadim nak marah, rupanya digelakkannya kita. Seronok betul dia gelak macam tak ada hari esok.
"Eh, Farrel?"
Farrel senyum saat umi Nadim menyapa.
"Umi sihat?"
Umi anggukkan kepalanya. "Sihat, alhamdulillah. Farrel dari mana?"
"Farrel dari tempat kerja, terus ke sini." jawab Farrel penuh jujur.
Nadim yang mendengar disebelah menjeling tajam. Tadi orang tanya elok-elok, tak nak pula dia jawab betul-betul. Pilih kasih sungguh!
"Ini siapa pula? Suami Nisa ke?" Mak Lang bertanya sebaik sahaja nampak kelibat Farrel bersama Nadim.
Mak Lang memang ramah sangat! Semua benda nak ditanyanya. Tapi dia bukan jenis yang makcik-makcik bawang. Kalau dia tahu rahsia, memang dia akan simpan. Tak kantoikan pada sesiapa.
"Suami Nisa? Lambat lagi, Mak Lang. Tak mau lah Nisa dengan abang Farrel ni. Mati hidup balik pun Nisa tak mau!" celah Nisa dengan ayat yang penuh sinis.
Tapi Farrel memang tak kisah langsung. Dah biasa dengan perangai Nisa yang agak aneh berbanding adik-beradiknya yang lain.
"Abang Farrel pun tak nak dengan Nisa lah!"
Nisa berdecit sinis. Bahu dijongketkan. Dia sambung bermain dengan anak saudaranya. Tidak menghiraukan Farrel yang memandang tajam ke arah dirinya.
"Orang mana?"
"Orang susah." laju mulut Farrel menjawab.
Kepala Farrel disepuk oleh Nadim. Nadim merenung Farrel tajam seakan-akan memberi amaran.
"Apa dia?" dahi Mak Lang berkerut. Kepala yang tidak gatal digarunya. Aku yang salah dengar ke?
"Tak ada, Mak Lang. Farrel ni orang Johor. Memang jauh sikit. Merantau cari rezeki. Maklumlah, orang 'susah'." Nadim menjeling Farrel melalui ekoran matanya. Sempat lagi dia perli.
Farrel membuat mimik muka. Susahlah kalau nak gurau tapi asyik kena lepuk je. Silap-silap bocor karang!
"Oh, orang Johor. Segak-segak na orang Johor. Dah berpunya ke?"
"Belum."
Mak Lang tersenyum lebar. "Ha, bolehlah makcik—"
"Tak apalah, makcik. Saya tak berkenan. Kerja saya pun belum stabil. Tak mampu lagi nak tanggung anak dara orang." Farrel memotong percakapan Mak Lang Nadim bersama senyuman tawar.
Dia betul-betul tak berminat nak hidup berpasangan lagi. Bukan tak mampu, cuma... Entahlah! Susah dia nak buka hati untuk sesiapa. Memang pelik, tapi benar.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...