"Don't tell me yang kau join kerja gila Zaheen?"
Melihat wajah yang tiada reaksi itu, Nadim pasti yang lelaki itu tidak main-main. Ah, sudah! Nadim meraup rambutnya kebelakang.
"Kenapa? Kenapa kau boleh terniat nak join dia? Apa benda yang merasuk kau ni?" Nadim geleng kepala, masih tidak percaya dengan apa berita yang dia baru dapat itu.
"I don't know. Aku cuma nak rasa apa yang kau rasa selama ni." selamba lelaki itu menjawab. Mukanya tiada langsung sebarang ait muka.
Kosong semata-mata!
"Apa yang kau nampak yang selama ni aku rasa? It's not a normal life, bro."
"Pengorbanan. Aku nampak pengorbanan yang kau buat."
Nadim menarik senyuman sinisnya. "Pengorbanan apa? Aku tak pernah buat apa-apa pengorbanan. Apa yang kau nampak, apa yang kau dengar, itu semua tak betul."
Lelaki itu angkat keningnya tatkala mendengar apa yang keluar daripada mulut Nadim. Dia geleng kepala sambil senyum senget.
"Aku tahu kau tak suka dibanggakan, tapi tak perlu nak merendah diri sangat. Apa yang aku nampak semuanya dengan mata aku sendiri. Apa yang aku dengar, semuanya dengan telinga aku sendiri. Dan, kau tak boleh nak menafikan kalau aku sendiri yang jadi saksi atas semua perkara dan pengorbanan yang kau buat." ujar lelaki itu sambil jarinya telunjuknya bergerak menunding bahu Nadim.
Nadim angkat kepala setelah mendengar penjelasan itu. Dahinya berkerut. "Kau... spy masa aku on duty?"
Lelaki itu tergelak mendengar soalan Nadim yang tidak bijak itu. Dia ingat aku spy dia masa dia on duty?
His father head lah! Tak ada masa nak sibuk hal orang.
"Kau lupa ke aku siapa? Komando atm, penjaga hutan belantara, bro. Dekat mana unit khas kau ada, dekat situ juga kita orang ada." ujar lelaki itu sedikit bangga dengan kerjayanya.
Nadim menjeling bila dia dapat rasa yang lelaki itu sedang membanggakan dirinya. Tak guna betul!
"Apa code name yang Zaheen bagi?" malas mahu putar belit, Nadim straight to the point.
"Tajwid."
Semakin berkerut dahi Nadim. What? Tajwid? Biul dah ke si Zaheen tu? Terdesak sangat nak belajar tajwid sampaikan beri code name tajwid pada lelaki ini?
"Kau buka kelas mengaji untuk si Zaheen tu ke? Sampaikan dia beri code name tu pada kau." pelik sungguh Nadim dibuatnya. Kepala kena ketuk dengan kuali Hera ke sampai biul?
Lelaki itu sekadar angkat bahunya tidak tahu. "Aku just terima, then blah. Tak tanya pula dia."
Nadim mendengus perlahan. Itu pun nak kena ajar!
Dia menghulurkan tangan dihadapan lelaki itu. Mukanya beku tetapi nampak kosong pada matanya.
"Nadim Kahfi, hades."
Lelaki itu nampak terpinga-pinga apabila Nadim menghulurkan tangannya. Tetapi, selepas Nadim memperkenalkan dirinya, baru dia faham. Rasa istimewa pula.
"Haq Isaac, tajwid."
Haq bersama senyuman sengetnya menyambut huluran tangan Nadim itu.
Qaira mengejar langkah Khalaf yang semakin jauh dihadapannya. Apabila semakin menghampiri, segera tangan Khalaf diselar bagi menghentikan langkah suaminya itu. Terhenti langkah Khalaf serta-merta.
Khalaf tepis tangan Qaira yang memegang lengannya itu. Dia pusingkan badan, memandang Qaira dengan pandangan yang tajam dan tidak puas hati.
"Apa lagi?"
"Awak nak ke mana? Dah berapa hari awak tak tidur dekat rumah. Awak tidur mana sebenarnya?" soal Qaira dengan kerutan didahi.
Sejak balik daripada rumah mentuanya dan duduk dirumah sendiri, sekali pun Khalaf tidak pernah tidur dirumahnya sendiri. Malah lebih suka tidur diluar berbanding rumah.
Khalaf mendengus kasar. "Suka hati akulah nak tidur mana pun! Tak payah nak sibuklah!"
"Salah ke kalau saya ambil berat? Awak suami saya, bukannya orang lain." balas Qaira berani. Matanya bertentangan dengan mata Khalaf.
"Bukan masalah kau pun lah kalau aku tidur mana sekali pun!"
"Bukan masalah saya? Apa saya nak cakap dengan umi babah awak? Pada mak dengan ayah saya?"
Khalaf menarik senyuman sinis. "Pernah ke selama kita kahwin, umi aku layan kau sebagai menantu? Aku tengok dia layan kau acuh tak acuh. Tak faham lagi ke maksudnya?" sengaja Khalaf berkias.
Dahi Qaira berkerut lagi. "Apa maksud awak?"
Khalaf mengeluh kasar. Dia menjeling. Buat-buat tak tahu pula perempuan ni.
"Umi aku tak pernah anggap kau menantu dia. Dia anggap kau tu cuma orang luar! Kedudukan kau sebagai menantu tak pernah diiktiraf. Faham?"
"Umi hanya nak Hanani sebagai menantu dia. Tapi sayang, dia dah kena caras dengan Nadim. Kalau tidak, aku masih boleh kahwin dengan dia." sambung Khalaf lagi. Sengaja mahu memarakkan api kecemburuan Qaira.
Biar dia rasa apa yang aku rasa. Kalau dia tak buat kerja bodoh dia tu, rasanya sekarang ini dia dan Hanani sudah hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri. Dia pun tak adalah merana sampai macam ini sekali.
"Oh, jadinya awak nak salahkan saya seorang?"
"Yes!"
Qaira menolak daging pipinya dengan lidah. Menayangkan Khalaf dengan wajah tidak percaya. Dia letakkan semua kesalahan dia pada aku?
"Awak juga yang salah! Siapa suruh awak termakan godaan saya? Kalau awak tolak, benda tak akan jadi macam ni! Kalau Hanani tak ajak saya suruh temankan dia dating dengan awak, saya tak akan jumpa awak dan tak akan kenal awak!" Qaira memulangkan paku serpih pada Khalaf. Suaranya tidak kurang tingginya juga.
"Nak salahkan Hanani pula? Tak sedar ke yang dia dah banyak berkorban untuk kau?" Khalaf memandang Qaira garang.
Qaira mengangkat keningnya. Menarik senyuman sinis. "Berkorban? Apa yang dia berkorban untuk saya?"
"Kau tak ingat dia pernah korbankan nyawa dia untuk selamatkan kau? Kau tak ingat yang kau tu hampir mati sebab kurang darah?" sinis sekali suara Khalaf kedengaran.
Dia nak Qaira ingat kembali apa yang Hanani pernah berkorban untuk dia dulu. Dia nak Qaira sedar diri yang orang yang dia khianati tu orang yang sanggup mati bersama dengan dia.
Qaira terkelu. Tidak dapat membalas lagi ujaran Khalaf. Di... Dia ingat tentang itu. Dan dia tak pernah lupa kejadian itu.
"Dah ingat sekarang? So, aku rasa kau dah boleh rasa bersyukur dan berterima kasih dekat dia. Ingat balik 1001 kebaikan yang dia buat untuk kau." Khalaf menjeling. Kemudian dia memusingkan tubuhnya ke arah bertentangan.
Sempat dia mengeluarkan ayat terakhirnya untuk Qaira sebelum keluar daripada rumah itu.
"Arguing with me is crazy because my goal isn't to win. It's to make you as mad as I can."
Qaira jatuh terjelepok ditempatnya. Pintu yang sudah tertutup itu dipandang dengan mata yang sudah basah dengan air mata. Tangannya dikepal kual dan erat, manakala bibirnya pula diketap.
Ingin sekali dia menjerit, melepaskan apa yang terbuku didalam hati. Dia tiada lagi teman untuk meluahkan rasa sakitnya.
Hanani... Sahabatnya.
Mahu lagi ke Hanani terima dia sebagai sahabat selepas dia tergamak mengkhianati Hanani?

ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...