D-30

6.5K 305 13
                                        

Sedar tak sedar, tiga minggu berlalu dengan cepat. Rutin harian Hanani berjalan seperti biasa. Pergi kerja sendiri, balik kerja sendiri. Keluar dengan Ammara, kadang-kala dengan abang-abangnya. Kadang-kala dia keluar sendirian, tetapi dia tahu dia sedang diperhatikan. Siapa lagi kalau bukan Farrel? Tak pun Khai. Memang mereka berdua sajalah yang selalu perhatikan dia daripada jauh. Bukannya dia tak tahu.

Hari ini dia berada dirumah mama dan ayahnya. Baru sampai pagi tadi dari rumah umi dan babah. Kebetulan mereka berdua pun perlu bergerak ke luar negeri. Ada hal katanya. Memang tidaklah dia ikut.

Awal-awal lagi dia cakap dengan mama yang dia akan masak hari ini. Entah kenapa rasa tiba-tiba nak memasak. Ada instik kuat yang ingin dikatakan hatinya tapi dia sendiri tidak tahu.

Kebetulan juga Hariz dan isterinya akan balik bermalam dirumah mama dan ayah. Haq juga. Senang cerita, mereka semua berpakat untuk pulang bermalam untuk 2-3 hari. Memang gembira bukan main kepalang mama dan ayah bila anak-anaknya balik berkumpul.

"Hei, mak kau mana?"

Hanani berpaling. Mak ngah yang berdiri dipintu dapur itu dia pandang dengan kening yang terjongket. Jari ditunding pada dirinya sendiri.

"Cakap dengan saya ke, Mak Ngah?"

Mak Ngah ketap bibir kuat apabila terasa diperli.

"Mak aku tanya kau elok-elok kan? Yang kau nak sindiri-sindir dia pasal apa?!" marah Hani apabila melihat air muka maknya berubah tegang apabila diperli.

"Kau pun cakap dengan aku ke?" selamba Hanani bertanya. Tangannya bergerak mengacau ayam kurma dalam periuk.

Hani menghentakkan kakinya geram. "Dah tu kita orang cakap dengan siapa kalau kau seorang aje dekat sini?!"

"Manalah aku tahu. Dah kau orang tak bagi salam. Salah aku juga ke?" perlahan Hanani bersuara sambil menjeling anak beranak itu.

"Aku tanya, mak kau mana?" tanya Mak Ngah lagi.

Aku angkat bahu sebagai balasan. "Carilah sendiri. Saya tak layan orang yang datang rumah orang dengan tak ada adab. Take note, please? Lepas ni bolehlah practice bagi salam dulu sebelum menerjah, ya?"

Mata Hanani melirik. Dapat dia lihat tangan Mak Ngah dan Hanani sudah dikepal membentuk penumbuk. Tetapi dia buat tidak endah. Malas mahu melayan kalau dah begitu perangainya.

"Apa yang susah sangat kau ni?!"

"Susahlah, Mak Ngah. Saya tengah masak ni, Mak Ngah. Mak Ngah carilah sendiri. Cuba rajinkan diri sikit nak mencari. Ini kerjakan asyik nak susahkan orang je. Dah lah minta tolong marah-marah. Mak Ngah expect siapa je nak layan perangai tak matang Mak Ngah tu? Budak-budak pun malas nak layan."

Mak Ngah berbunyi sekali,dia balas dua kali ganda. Biar terdiam terus Mak Ngah ni. Geram tau! Mulutnya rasa nak zip kan saja!

"Mak Ngah nak apa cari mama saya? Nak minta duit?"

"Aku punya hal lah! Yang kau sibuk sangat ni dah kenapa?!" Mak Ngah mula melenting.

Berang sungguh agaknya dapat anak buah yang mulutnya pandai menjawab seperti Hanani ini.

"Banyak cantik nak minta duit dengan mama saya. Apa suami dah tak ada nak bagi nafkah sampaikan kena mengemis dekat mama saya? Rasanya suami Mak Ngah sihat walafiat lagi, tak ada cacat cela nak cari pekerjaan." Hanani memerli sambil tangannya sibuk memotong timun dan dihidangkan dalam pinggan.

Nak lawan, lawan juga. Tapi jangan dilupakan makanan tengah harinya. Lepas berperang mulut boleh terus makan. Tak adalah susah hati.

"Jangan sibuk urusan hidup aku boleh tak?!" suara Mak Ngah meninggi. Membuatkan Hanani menjongketkan keningnya tinggi. Tidak percaya apabila Mak Ngah sudah betul-betul marah.

KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang