D-36

3.1K 169 6
                                    

Wajah Khalaf ditumbuk berkali-kali sehingga puas. Khalaf sudah tidak berdaya untuk melawan. Hanya pasrah ditumbuk berkali-kali oleh Nadim.

"Nadim, sudah!" Khai tarik Nadim menjauh daripada Khalaf apabila melihat Nadim sudah semakin tidak terkawal.

Dada Nadim berombang kencang. Memandang Khalaf dengan wajah yang membengis. Kekura tangannya menjadi lebam dan terdapat sedikit luka yang tergores.

"Lain kali jadi bini tu elok-elok! Jangan nak sibuk pasal rumah tangga orang!"

Nadim ketap rahangnya. Semakin kuat genggaman tangannya. Panas hati dengan bicara Khalaf.

"Sudahlah kau ni pun! Dengan abang sendiri pun nak cari gaduh ke?" Khai mencelah. Wajahnya berkerut habis.

Ternyata dia sendiri tidak suka jika kedua-dua abangnya bergaduh. Padahal dia yang suka cari gaduh. Bertuah punya badan!

"Aku tak nak berurusan dengan kau lah!" giliran tubuh Khai pula ditolaknya tanpa serba salah.

Khai yang tidak membuat persediaan itu jatuh terlentang kebelakang. Tanpa dia sedar ada batu yang agak besar saiznya dibelakangnya, kepalanya terhentak diatas bahu itu.

Mata Nadim membulat. "Khai!"

Nadim berlari mendapatkan adiknya. Kepala Khai dipangku sambil tangannya mengusap pipi dan kepala adiknya. Darah mula mengalir daripada celah rambut Khai.

Tangan kanan Khai meraba-raba kepalanya. Darahnya yang melekat ditangannya itu dilihat pelik.

"Nadim, kepala aku berdarah?" Khai pandang Nadim, kemudian pandang Khalaf pula.

Mata Khalaf membulat. Tangannya menggigil tiba-tiba. Ta... Tangan ni yang tolak adik aku jatuh? Ta... Tangan ni yang hampir nak meragut nyawa adik aku?

Nadim gelengkan kepala. Matanya berkaca. Cepat-cepat dia bangun memapah Khai untuk dibawa ke hospital. Nama babahnya dipanggil.

"Khai, kau sabar eh? Aku bawa kau pergi hospital. Insyaa Allah kau tak apa-apa." ujar Nadim sambil mengalirkam air mata.

Muncul babah dan juga umi ditempat letak kereta. Reaksi muka mereka turut sama. Terkejut dengan apa yang terjadi pada anak lelaki bongsu mereka.

"Kenapa ni?! Ya Allah, Khai!"

"Umi, tolong tengokkan isteri Nadim boleh? Sekejap je, nanti Nadim balik sini lagi." Nadim menahan sebak. Air matanya tak henti-henti mengalir apabila sedar yang Khai sudah pun pengsan.

Dia buntu. Dia tak tahu mahu selamatkan siapa dulu. Hanani? Atau Khai? Kedua-duanya dia sayang. Siapa yang patut dia pilih?

"Mari babah bawa kereta."

Kunci kereta diserahkan kepada babah. Babah seakan-akan sedang menahan tangis. Kalau boleh, dia tak nak menangis walaupun dia ada hak untuk menangis melihat keadaan anaknya yang berdarah-darah itu.

Tak dapat dia bayangkan macam mana kalau Khai tiada. Khai lah orang tempat dia bermain dan bergurau kasar. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, tetapi Khai memang pandai membuat hati tuanya senang.

Kau kenapa, Khai? Kau buat babah risau. Kau buat babah takut kehilangan kau.






















Nadim dan babah sama-sama menunggu dengan sabar di ruang menunggu. Khai masih lagi dirawat. Dia tak dapat pastikan apa yang jadi pada Khai. Dia hanya tahu hentakan kuat pada batu membuatkan kepala Khai berdarah dan luka.

"Kalau terjadi apa-apa dekat Khai, babah tak akan maafkan orang yang buat dia macam tu."

Nadim memusingkan kepala. Kalau babah tahu siapa pelakunya, babah akan tetap membenci ke?

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now