D-14

3.9K 190 3
                                    

"Aku perlukan kau untuk jaga dia."

Tika ini, hanya ada Tengku Zaheen Leo, Nadim dan Farrel sahaja di dalam bilik itu. Bilik yang menempatkan senjata api disimpan. Berlesen, okey? Tak baik tuduh-tuduh buat kerja haram.

Kata Tengku Leo, buat apa susahkan diri kena tangkap kalau boleh ada lesen?

Bala-bala tu? Mereka awal-awal lagi dah cabut lari nak lepak mamak. Tak nak buat kerja lah tu. Maklumlah, mereka bertiga kan bala kesayangan Tengku Zaheen Leo. Kalau Tengku Leo seru sahaja, tengok-tengok dah ada dekat depan mata.

Kalau tiada mereka, rasa tak lengkap. Suram sahaja hidup tanpa suara bingit mereka.

"Kenapa aku?"

"Sebab aku percayakan kau." mudah jawapan Nadim.

Bukannya dia tidak percayakan bala-bala tu, cumanya dia tidak mahu ambil risiko. Tahu sajalah perangai mereka macam mana. Disebalik perangai mereka yang bodoh-bodoh itu, mereka lebih kejam jika nak dibandingkan dengan Tengku Zaheen Leo.

Baran mereka lebih menakutkan daripada Tengku Zaheen Leo. Pengaruh mereka juga, lebih kurang sama dengan Tengku Zaheen Leo. Tetapi mereka lebih sanggup bekerja dan setia dibawah Tengku Zaheen Leo.

Sebab itu mereka bertiga menjadi kesayangan Tengku Zaheen Leo. Mohon Ir Al-Farrel jangan cemburu. Ir Al-Farrel masih menjadi kesayangan tetapi kesayangan Nadim Kahfi.

"Gaji kau tetap masuk macam yang lain. Jangan risau." celah Tengku Zaheen Leo.

Farrel diam buat seketika. Sedang memikirkan apa yang akan jadi bila dia jadi penjaga rahsia perempuan itu. Perempuan milik Nadim Kahfi.

"Kau boleh pilih mana yang kau nak guna masa jaga dia. Tiada larangan. Pilih yang mana kau selesa dan suka." sambung Tengku Zaheen Leo lagi sambil menunjuk ke arah dimana tersimpannya senjata api mereka.

Hujung bibir Farrel ternaik serta-merta. That's great! It's will be more fun to play with.

"Alright, aku setuju." terus sahaja dia terus apabila ditawarkan dengan 'barang' itu.

Tengku Zaheen Leo pandang Nadim. Nadim pandang Tengku Zaheen Leo. Hujung bibir mereka juga serta merta ternaik sedikit mendengar balasan Farrel itu. Senang sahaja nak pujuk Farrel ni.

Farrel tidak perlu dipujuk dengan hadiah atau pun kata-kata manis. Hanya berikan dia sepucuk pistol sahaja, boleh buat dia tersenyum bahagia. Itulah kegemaran Ir Al-Farrel.

"Boleh aku pilih sekarang?" Farrel angkat keningnya. Menunggu kebenaran daripada Tengku Zaheen Leo.

Melihat anggukan Tengku Zaheen Leo itu, Farrel senyum lebar. Langsung dia bangun ke tempat dimana senjata api disimpan. Satu per satu senjata dibelek dengan penuh minat. Nak cari girlfriend barulah katakan. Kenalah pilih yang cun-cun. Nak pakai lama kot!

Tengku Zaheen Leo dan Nadim hanya diam, tekun melihat perlakuan Farrel yang sedang memilih 'kekasih' barunya.

"Dia betul-betul minat dengan benda macam tu." ujar Nadim secara rawak.

"I think so. And one day, he'll find a very kind and soft wife. " balas Tengku Zaheen Leo dengan senyum sengetnya.

Nadim angguk kepala setuju. Selalunya begitu. Lelaki yang ganas dan keras ni memang akan dapat pasangan yang sopan dan lemah lembut. Dia akan sayangkan dan manjakan isterinya. Nampak pelik tapi benar.

"Aku minat semua,"

Nadim dan Tengku Zaheen Leo menoleh memandang Farrel yang sedang membelek-belek sesuatu.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now