Hanani pandang Haidar atas bawah. Kening sebelah terjongket tinggi. Handsome! Tapi nak pergi mana? Selalu juga tak ada dekat rumah. Dari pagi sampailah ke lewat malam.
Dahi Haidar sudah berkerut. Apasal adik aku ni? Biul dah ke pandang orang atas bawah?
"Apa?" Haidar menegur dahulu. Seramlah pandang orang macam tu.
"Kau nak pergi mana pakai macam ni?" musykil! Nak pergi jumpa girlfriend ke?
"Pergi mana apa? Kerja lah!" dia ingat kita tak kerja ke? Duduk rumah goyang kaki?
"Kau kerja apa ya sebenarnya? Pakaian simple, tapi pergi kerja naik Nissan gtr. Tak adalah bukan nak pertikaikan, tapi hairan juga." langkah Haidar sehingga ke keretanya diekori.
"Kau macam tak kenal aku. Grab lah macam biasa. Tak mainlah korporat." bidas Haidar geram. Sampai hati princess tak tahu pekerjaan abang dia yang seorang ni? Tahulah kerja kita ni biasa-biasa je. Tak macam Hariz dengan Haq tu.
Mulut Hanani ternganga besar, tidak percaya. "Kau biar betul? Kerja grab tapi bawa gtr. Kau bergurau ni." dia gelak lucu. Pandai Haidar buat lawak.
"I'm serious, princess. Tak percaya tanya mama. Alright, i got to go. So, please move. Aku dah lambat."
Hanani mencebik. Ma, Hanani kena halau dengan Haidar. Marah dia ma, marah dia! Berani dia buat anak mama macam ni.
Bunyi ngauman kereta Haidar membuatkan Hanani annoying. Dia menjeling. Jaga kau! Malam nanti, aku sabotaj kereta kau!
"Nanti aku belikan makanan kesukaan kau, princess! Jangan marah-marah!" jerit Haidar dari tingkap keretanya sebelum hilang daripada pandangan Hanani.
Mendengar jeritan Haidar itu, Hanani tersenyum suka. Ha, nasib baik kau nak belikan makanan favourite aku. Jadi, niat aku untuk sabotaj kereta kau tak jadi. Selamat kau, Haidar!
"Don't make my anger as a joke."
"Alright, I'm sorry." Khalaf menunduk, sedar kesilapannya membuat Hanani marah.
"Kau nak apa jumpa aku?"
Mendongak Khalaf tatkala Hanani sudah bahasakan diri sendiri 'aku' dan 'kau'. Dia tergelak kecil dalam hati. Mengutuk diri sendiri. Padan muka kau, Khalaf Noel. You deserve this!
"Kita belum putus kan?" soalan Khalaf membuatkan Hanani gelak sinis. What? Belum putus?
"I think we are clear enough about this matter." Hanani memanah tajam anak mata Khalaf. Tiada senyuman dibibirnya. Wajah yang dulunya kelihatan ceria sekarang menjadi dingin.
Hanani sudah cukup berubah.
"Apa maksud you?" dia tidak faham.
"We are over. Dah tak ingat ke? Atau saja-saja buat lupa?" terang Hanani cukup sinis.
"But I tak pernah cakap apa-apa pasal putus or something else." ya, memang dia tahu salah dia. Tetapi bukan ini yang dia minta.
Putus? No! Dia tidak pernah setuju dan umi tak pernah cakap apa-apa pun pasal ni dekat dia? Umi sengaja nak seksa perasaan dia ke?
"But, I made it! You and I is nothing. We are over! You're not my fiance anymore. Are you clear that? So that you can go to Qaira. Go and marry her. She's better more than myself. She's pretty, kind and..."
"Stop it, Hanani!" suara Khalaf naik seoktaf.
"Why?! Kenapa kau tak nak dengar? Bukan itu yang kau nak ke?!" balas Hanani tidak kurang kuatnya juga.
Biar! Dia sudah lama pendam. Dia sudah lama sakit. Apa yang dia lihat selama ini, dia hanya butakan mata. Apa yang dia dengar selama ini, dia hanya pekakkan telinga. Sebab apa? Sebab dia cinta mati pada seorang lelaki tak guna bernama Khalaf Noel!
How sweet I am. Tetapi masih dicurangi.
"Just stop it. I tak nak dengar apa-apa."
Hanani menjeling sambil memeluk tubuh. Tak nak dengar pula?
Khalaf cuba senyum manis pada Hanani. "Kita mula balik, okey? I janji akan perbaiki diri sendiri. I tak akan percaya mana-mana orang lagi selain you. Okay, sayang?"
"Apa yang kau tak faham lagi ni? Penatlah nak explain dekat orang yang tak faham bahasa ni!" rasa nak jerkah, tetapi dia sabarkan sebab tak nak pelanggan lain rasa terganggu.
"Atau kau ni haus?"
Dahi Khalaf berkerut. Sekali lagi dia tak faham apa yang Hanani cuba cakapkan.
"Haus?"
Hanani berdecit. "Tak jijik ke dah ludah nak jilat balik? Senang cerita macam ni lah. Dengar baik-baik okey?"
Hanani membetulkan posisi duduknya agar menjadi lebih selesa. "Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me or my future husband kill you. Clear that, my future brother-in-law?"
Khalaf tergamam. Kahfi's? Abang dia? Nadim tikam belakang dia?
"Opss, before that. Jangan nak salahkan abang kau. Aku yang pilih dia untuk gantikan tempat kau yang lagi beberapa minggu sahaja majlis perkahwinan nak berlangsung." jelas Hanani sebelum Khalaf bertindak untuk mempersoalkan pilihannya.
"But he's my brother, Hanani! Nadim tikam belakang I! Dia tahu yang I masih sayang dan cintakan you, but why dia rampas you daripada I?!" bentak Khalaf tak puas hati. Membuatkan semua pelanggan di restoran itu memandang mereka hairan.
"Hey!" Hanani berdiri dan menundingkan jari dihadapan muka Khalaf. Wajah Khalaf yang jelas kelihatan tidak puas hati dengan apa yang dia katakan.
"Watch your mouth. Jangan cakap pasal perampas kalau Qaira kekasih kau itu pun boleh jadi perampas. Nadim Kahfi bukan perampas. He's more better than you! Yes, mungkin aku tak kenal abang kau dengan lebih mendalam, but he's not like you. Aku tahu dan aku yakin yang dia tak akan persiakan kepercayaan yang aku bagi pada dia."
"Dia adalah jawapan daripada doa dan solat aku. Aku tak pernah pertikaikan, tapi kau yang tak akan kena mengena dengan aku kenapa nak pertikaikan soal hidup aku? Kau siapa nak pertikaikan takdir?"
Selesai berhujah panjang, Hanani mencapai beg tangannya secara kasar dan berlalu pergi dengan perasaan sebal. Penat nak melayan kerenah orang yang tak faham bahasa.
Hilang sahaja kelibat Hanani, Khalaf mendengus kasar. Kerusi Hanani yang sudah kosong itu disepak kasar. Tak guna!
Dia turut bangun dan beredar daripada situ dengan perasaan marah. Entah, dia tidak tahu dia sedang marahkan siapa. Hanani? Nadim? Atau diri sendiri?
Hilang kelibat mereka berdua, lelaki itu angkat kepala yang terselindung dengan cap yang dipakainya. Senyuman sinis terukir dibibir merah jambunya.
Elok saja dia duduk dibelakang Hanani dan tenang mendengar perbualan mereka berdua. Geram juga dengan perangai Khalaf yang tak mudah nak putus asa. Rasa nak marah dan serang saja Khalaf tu, tetapi dia masih tahan.
Hanani masih belum yang sah buat dirinya. Kalau dah sah nanti, tahulah apa yang dia buat pada Khalaf kalau benda seperti ini terjadi lagi.
Teringat kata-kata sinis yang keluar daripada mulut Hanani tadi membuatkan dia tersenyum bangga. Betul, Hanani memang kuat orangnya. Tak mudah nak bagi orang pijak kepala dia.
"That's my women."
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...