D-4

4.9K 275 21
                                    

"Sayang? Itu yang kau kata sayang?" Nadim bangun berdiri menghadap Khalaf. Wajahnya jelas kelihatan yang dia tak suka dengan apa yang Khalaf cakapkan. Wajahnya bertukar menjadi tegang. Tangan dikepal kuat.

"Sayang ke kalau kau tergamak hancurkan hati dia? Hancurkan kepercayaan yang dia beri 100 peratus pada kau?!"

Nadim bengang. Bengang dengan perangai Khalaf yang tak habis-habis menyusahkan orang! Ikutkan sahaja emosi. Ikutkan saja nafsu.

Itu ke yang dikatakan sayang?

"A... aku tak sengaja. Aku tak berniat nak buat dia macam tu." Khalaf gagap ingin menerangkan kepada Nadim.

"Dia bukan boneka yang kau boleh permainkan lah! Dia manusia, ada hati dan perasaan. Sebelum kau buat, ada kau fikir apa yang dia akan rasa? Ada kau fikir apa yang dia akan lalui hari-hari dia dengan pembohongan yang kau buat?!"

Khalaf diam tidak menjawab. Ya, dia tahu dia bodoh. Terlalu ikutkan nafsu sangat. Tapi, sumpah! Dia sayang dan cintakan Hanani. Qaira tu dia cuma anggap kawan. Tak lebih dan tak kurang.

Khai dan Dato' Khairul sekadar memerhatikan disebalik tembok yang tinggi itu. Mereka berbisik sesama sendiri.

"Kenapa Nadim tu marah sangat ya bila Hanani diperlakukan macam itu? Apa sebabnya ya?" soal Khai ingin tahu. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak apabila melihat wajah Nadim yang sudah merah bersama dengan riak bengisnya.

Itu kalau penumbuk Nadim hinggap di muka Khalaf, apa agaknya yang akan jadi ya? Masuk hospital tak agak-agak? Nanti dia boleh bacakan doa keluar tandas.

"Itulah kan? Aku pun nak tahu juga. Entah-entah, Nadim tu sukakan Hanani agaknya? Sebab tu dia marah sangat cumanya Nadim pendam. Iyalah, Khalaf kan dah bertunang dengan si Hanani tu."

Khai angguk kepala setuju. Ada betulnya juga tu. Dia kena korek habis-habisan ni! Selagi belum berjaya misinya, dia tidak akan mengalah!

Pantang nenek moyang kalau keturunan Septian Rai menyerah kalah begitu saja!

"Kita kena siasat sama-sama." Dato' Khairul angguk kepala. Memandang Khai serius.

"Deal!" serentak mereka bersetuju.

Kali pertama mereka berdua serius. Maklumlah, mereka berdua ni pantang berjumpa, ada saja yang tak puas hati. Penat melayannya.















Bahu Nadim ditumbuk keras. Nadim tersenyum senget. Bebal punya kawan! Tahu-tahu bahunya menjadi mangsa. Tak guna!

"Bukan main sekarang kau ni."

"Tak adalah, kau apa kurangnya?" Haq bantai gelak.

"Kau lagi tinggi pangkatnya. Muda-muda dan pegang pangkat Mejar. Apa cerita?" Nadim sekadar angkat bahu.

"Dah itu rezeki dia, ngah. Lagi pun keturunan dia kan memang darah tentera. Memang patutlah semua turun ke dia ni. Jemput minum, Nadim." Puan Alyah mencelah yang baru sahaja tiba bersama dulang yang membawa minuman dan dua potong kek coklat.

Nadim hanya senyum nipis apabila dipuji. Bukan tak suka, tapi tak selesa. Dia hanya menjalankan tugas seperti biasa sahaja. Tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih.

"Terima kasih, Puan."

"Apa pula panggil Puan? Panggil makcik aje. Tak payahlah formal sangat."

Haq tersengih sinis apabila perasan yang sahabatnya itu mula kekok dengan layanan mamanya yang teramatlah mesra. Mama memang! Mesra sangat sampai tak bertempat. Tapi sekali dah tak suka, muka pun tak nak pandang dah.

"Mama bukan nak tolong princess buat kek ke tadi?" kepala dijenguk-jenguk melihat ke dapur. Hanani masih disitu. Sibuk bersama kek-kek yang ditempah orang.

Puan Alyah menepuk dahi. Ya Allah, lupa! Kesian anak aku seorang-seorang dekat dapur. "Iyalah, sampai lupa jadinya bila Nadim datang. Tak apalah, mama masuk dapur dulu tengok Hanani."

Haq dan Nadim sama-sama menghantar pemergian Puan Alyah sehingga hilang kelibatnya di dapur. Serentak mereka menghela nafas panjang. Menyeramkan!

"Mak kau memang menyeramkan."

"Memang... nak-nak lagi dia berminat nak buat kau jadi menantu dia." balas Haq perlahan.

Nadim angguk kepala. Oh, menantu. Sekejap, menantu?! Matanya membulat besar.

"U... ulang balik. Apa tadi?"

Haq gelak besar. Tengok! Tengok! Cuak dah Mejar kita ni!

"Mak aku nak kau jadi menantu dia." sengaja Haq menekankan perkataan 'menantu' itu. Nak tengok reaksi Nadim.

Nadim telan liur yang terasa pasir itu. A... aku? Me... menantu dalam keluarga ini?

"Eleh engko ni kang! Kau suka kan sebenarnya? Tak apa, tak apa. Aku faham kau malu depan bakal abang ipar kau ni."

Oh, please! Haq memang lahanat!













KAHFI ✔️Where stories live. Discover now