"Kita patut hantar mereka semua balik dan gantikan dengan pasukan yang lain. Waktu kerja mereka sudah habis. Mereka sudah mengerah hampir seluruh tenaga mereka di sini."
Mulut Khai terkumat-kamit mengajuk percakapan Khalaf. Dia gulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Daripada hari itu sampai ke hari ini, asyik sebut pasal benda yang sama saja. Penat lah dia nak mendengarnya. Telinga rasa nak pekak dah.
Umi yang ternampak perbuatan Khai itu langsung dipukul bahunya. Mukanya berkerut. Geram dengan Khai yang tak habis-habis mengajuk abangnya. Saja je cari pasal tu.
Khai menjuihkan mulutnya apabila dimarahi.
"Bila anak Khalaf nak datang sini lagi, umi?"
Khai mengeluh kasar. Ada yang makan penampar dia karang nanti.
"Kau ni senyap boleh tak? Budak tu dengan mak dia baru je balik tak sampai 1 jam. Abang sulung kau tak balik-balik tu tak ada pula nak meratapi. Aku hantuk kepala kau dekat dinding tahu lah."
Khalaf terdiam.
"Lepas dah cerai ni makin gila aku tengok kau. Sendiri cari pasal, sendiri jadi gila. Elok je ha bekas bini kau tu hidup dengan anak dia. Tak ada pula jadi gila macam kau ni walaupun lepas kena dera mental dengan kau." sindir Khai.
Lagi dan lagi.
Selagi Khalaf tidak memberi apa-apa reaksi, selagi itu dia tak puas. Ya, dia mengaku yang dia suka tengok Khalaf jadi gila. Jadi gila disebabkan perbuatan dia sendiri. Biarkan dia berada dalam dunia rasa bersalah dia. Biar dia sedar apa yang dia buat tu semua memang salah dan tak patut dimaafkan.
"Khai...."
Khai sekadar angkat bahunya apabila ditegur oleh umi. Umi pun sekarang mana nak backup Khai dah. Sejak Khalaf ni jadi gila, tumpuannnya beralih sepenuhnya pada Khalaf. Membuatkan Khai rasa tidak adil sebagai anak bongsu kembar!
Umi gelengkan kepalanya. Khai pun dilihatnya sudah mula berubah menjadi orang yang lebih keras kepala. Bukan Khai yang dulu lagi. Entah, dia sebagai ibu pun dia tidak tahu. Dia ada salah dalam mendidik anak-anak ke?
"Khai kenapa makin keras kepala ni?"
Khai menarik senyuman sinis. Oh, dia pula yang kena?
Baru sahaja dia mahu membalas kata uminya, terdengar pintu terbuka. Mata mereka semua beralih ke arah pintu itu.
"Sorry, umi sebab Qaira datang balik sini."
Umi lantas bangun mendapatkan Qaira yang berdiri dihadapan pintu.
"Tak apa, Qaira. Umi lagi risau sebab Qaira patah balik sini. Kenapa Qaira? Kaiser ni? Kenapa nangis-nangis ni?"
Qaira rasa bersalah menggangu bekas ibu mentuanya lagi. Sepatutnya umi dah boleh berehat daripada menjaga Kaiser hari ini.
"Kaiser tak nak berpisah dengan pak cik dia lah ni. Bangun je tidur, menangis tak henti. Qaira takut nak bawa kereta tengok Kaiser menangis je."
"Alolo anak buah kita ni! Kesian dia sedih berpisah dengan pakcik dia ni ya?"
Apabila Kaiser bertukar dukungan, terus senyap tangisannya. Matanya bulatnya memandang Khai tidak teralih. Dia rasa seperti Khai itulah bapa kandungnya.
"Qaira minta maaf sangat susahkan umi dengan Khai."
Qaira betul-betul rasa bersalah pada bekas mentua dan bekas adik iparnya. Tidak sangka pula Kaiser tidak mahu berpisah dengan keluarga ini.
"Qaira?"
Qaira, umi dan Khai sama-sama menoleh.
"Qaira buat apa dekat sini? Tadi saya dengar Kaiser menangis." muncul Khalaf dengan rambut kusutnya.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...