D-24

5.6K 241 2
                                    

Hilang saja kapal yang membawa anggota paskau, semua ahli keluarga beransur pergi meninggalkan pangkalan. Ada yang menangis, ada yang sudah tawakal, menyerahkan semuanya kepada Allah agar mereka semua dilindungi. Selamat pergi dan selamat pulang.

Hanani memandang lama kapal yang sudah jauh terbang itu. Senyuman dibibir perlahan-lahan memudar.

Macam ini ke rasa ditinggalkan suami? Sakit sungguh rasanya. Menanggung rindu yang berat biarpun baru beberapa minit pergi.

"You're Nadim's wife, right?"

Hanani menoleh. Dia pusingkan badan menghadap lelaki asing yang menegurnya itu. Kening dijongketkan. Siapa ni?

"Awak siapa?"

Soalan dibalas soalan. Hanani takut untuk menjawab. Mengambil langkah berjaga-jaga kalau lelaki itu merupakan musuh Nadim.

"Oh, ya. Saya Eshaal. Kawan Nadim. Bawah TUDM juga." Eshaal memperkenalkan dirinya serta merta. Tidak mahu wanita itu menganggap buruk pada dirinya.

Hanani memandang lelaki itu atas bawah sebelum anggukkan kepalanya. Dia menarik senyuman nipis. Percaya dengan kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kawan Nadim.

"Ya, saya isteri dia. Maaf, saya tak kenal awak. Nadim tidak cerita pada saya."

Eshaal mengeluarkan tawa yang panjang membuatkan Hanani mengerutkan dahinya. Kenapa? Baku sangat ke ayat dia?

"Tak mengapa. Hari ini pun baru sempat nak jumpa dia. Dia lupa lah tu nak cerita."

Hanani senyum tawar. Dia angguk sahaja setuju dengan lelaki itu. Pelik benar!

"Lepas ni ada nak pergi mana-mana ke?" Eshaal bertanya sambil matanya melilau sekeliling.

"Kena pergi kerja. Dah lama sangat cuti, budak-budak tak ada siapa yang jaga."

Eshaal angguk kepala. "Pergi dengan siapa? Nak saya hantarkan? Alang-alang saya pun nak gerak dah."

Hanani menolak dengan sopan. "Tak... Tak apa. Saya naik grab je. Lagi pun tak manis berdua je."

"Tak apalah, saya boleh hantar. Jimat duit tu."

"She's with me, bro. Stay away from her."

Hanani ditolak supaya berdiri dibelakangnya. Mata helangnya memandang Eshaal tajam bersama wajahnya yang beku.

Hanani sudah garu kepala. Pula yang seorang ni. Tiba-tiba sahaja. "Farrel, jangan. Dia kawan Nadim. Dia tak buat apa pun. Cuma nak hantarkan saya pergi pusat asuhan."

Farrel menoleh memandang Hanani dibelakang, kemudian memandang Eshaal pula. Bersilih ganti. Mencari kebenaran dimuka dua manusia itu. Setelah itu dia berdecit.

"Let's go. Nanti lambat."

Perlahan-lahan Hanani membuka langkah ingin pergi. Apabila perasan yang Farrel sudah merenungnya tajam, dia akur. Takut dengan jejaka itu.

"Wait, kau Farrel? Aku Eshaal!" jerit Eshaal kuat pada Farrel yang sudah jauh berjalan mendapatkan keretanya.

Eshaal mencebik apabila sapaannya dibalas dengan jelingan Farrel. Jejaka itu benar-benar dingin. Hish! Nak berkawan aje! Kedekut betul! Serupa sangat Nadim! Sebijik!












"Terima kasih sebab tolong hantarkan. Nadim tu degil. Saya dah cakap nak pergi kerja sendiri, dia tak bagi pula." sempat Hanani membebel apabila Nadim tidak membenarkan dia pergi ke tempat kerja dengan menaiki kereta sendiri.

Farrel hanya diam mendengar. Matanya memandang ke depan. Ke arah jalan raya. Tidak pula dia menoleh sedikit memandang Hanani yang membebel itu.

Faham yang Nadim memang strict orangnya. Nak-nak lagi dia memang seorang tentera. Lagilah!

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now