"Hanan tak cari gaduh ya. Isteri kawan abang tu yang tiba-tiba sergah macam tu. Abang pun tahu kan Hanan tak boleh kena sergah macam tu. Lagilah Hanan marah." bebel Hanani tidak puas hati. Dalam bebelnya pun sempat lagi tu capai makanan di atas meja.
Nadim hanya senyum mendengar bebelan isterinya. Tangan kirinya memeluk pinggang Hanani. Membiarkan Hanani melepaskan rasa tidak puas hatinya.
"Abang dengar tak apa yang Hanan cakapkan ni? Nak bercakap pun penat dah sekarang ni."
Nadim tergelak kecil mendengar bebelan isteri. Tak apalah kena bebel setiap hari. Suara Hanani sedap didengari bila membebel.
Kalau dia ada anak nanti, dia nak cakap 'Jangan penat untuk dengar bebelan ibu kamu, sebabnya suara inilah yang akan kita rindu satu hari nanti. Tetaplah mendengar. Dalam bebelan itu, ada manfaat yang boleh kita ambil.'
"Ya, abang dengar. Telinga abang ni memang untuk dengar bebelan Hanan."
Hanani mengerutkan mukanya. Nak kata Hanan kuat membebel lah tu.
"Oh, by the way... suami." Hanani memusingkan badannya menghadap Nadim.
"Hanan cadang nak pergi Madinah. Tapi tak tahu lagi bila. Lepas tu, Hanan pernah terfikir nak sekolahkan anak kita nanti dekat sana. Apa pendapat abang?"
Nadim menjongketkan keningnya sebelah. "Why so sudden?"
Hanani gelengkan kepalanya. "Tak tahulah kenapa. Hanani cuma terasa nak buat macam tu."
"Hanani ada terdengar perbualan mama dengan abah. Dia orang pun cadang nak pindah sana memandangkan abah ada perniagaan dekat sana. Abah nak fokus perniagaan dia dekat sana." cerita Hanani.
Dia memang dah lama nak ikut mama dengan abah duduk sana, tapi entah kenapa mama dengan abah tangguhkan dulu niat mereka nak tinggal di sana. Padahal mama dengan abah dah siapkan pakaian, visa, tiket penerbangan apa semua tu.
Betullah perancangan Allah itu hebat. Sangat hebat. Mungkin ada sebab kenapa Allah tangguhkan sesuatu perjalanan kita. Boleh jadi apa yang kita fikir baik untuk kita itu sebenarnya boleh mendatangkan keburukan.
Nadim diam berfikir. Dia... tak tahu. Kontrak dia dengan tentera masih jauh lagi untuk habis. Tak lama lagi pun, dia perlu berangkat pergi misi yang sangat penting. Tak kan dia mahu lepaskan Hanani pergi begitu sahaja? Walaupun ada mama dan abah bersama, dia tak sanggup mahu berjauhan dengan Hanani.
Hanani risau melihat Nadim mendiamkan diri. Nadim tak benarkan dia pergikah?
"Abang?"
Nadim senyum pada Hanani. Tidak mahu Hanani risau dengan apa yang dia sedanh fikirkan. "Nanti abang fikir balik, okey?"
Hanani anggukkan sahaja. Mungkin Nadim risau nak lepaskan dia pergi jauh. Tak apalah, biarlah Nadim fikir masak-masak dulu.
8 bulan kemudian,
Hanani duduk antara dua sujud. Tangan diangkat untuk berdoa. Air mata perlahan-lahan sudah mengalir. Tak dapat dia tahan lagi merindui suaminya. Dia tewas tika ini. Dia lelah.
"Ya Allah..."
Setitik air mata jatuh.
"My husband, he has a beautiful name in this world."
Hanani diam. Setitik air mata jatuh lagi dipipinya.
"Ya Allah, dia suamiku, Mejar Nadim Kahfi. Aku sayangkan lelaki ini. Kagum tiada batas. Sayangilah dia dan lindungilah dia. Apa pun yang berada difikirannya, sesiapapun yang berada dalam hatinya dan dimana pun langkahnya, restui dia." suaranya sudah bertukar. Tenggelam dalam tangisan.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...